Anda di halaman 1dari 2

Kisah Anak Derhaka Si Tanggang

Salam sejahtera dan salam mesra saya ucapkan kepada pihak


penganjur yang dihormati, para hakin yang arif lagi bijaksana, rakan-
rakan seperjuangan dan penonton yang dihormati. Nama saya
_____________________.

“Hei ….perempuan tua,jangan engkau pandai-pandai mengaku


dirimu itu ibuku!Ibuku tidak sekotor ini.Aku anak orang kaya.Lebih
baik kau berambus dari sini…..”
“Pengawal halau perempuan tua ini. Hamba benci melihatnya!”

Para hadirin sekalian,


Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang terhadap
ibunya dalam kisah.”Si Tanggang Anak Derhaka” yang akan saya
ceritakan pada pagi yang berbahagia ini.

Pada zaman dahulu, hidup seorang budak kampung yang


bernama Si Tanggang. Pada suatu hari, Si Tanggang pergi memburu
dengan rakannya, Mudin. Mereka nampak sebuah kapal besar
berlabuh untuk mencari air bersih.

Si Tanggang cuba mendekati kapal besar itu walaupun


dihalang oleh Mudin. Nasib malang menimpa Si Tanggang kerana
ditemui oleh kelasi kapal.
Si Tanggang ditangkap dan dibawa jauh dari kampungnya.
Di atas kapal, Si Tanggang bekerja sebagai pencuci kapal.
Disebabkan kerajinannya, nakhoda kapal telah mengambilnya
sebagai anak angkat. Tidak lama kemudian Si Tanggang
dikahwinkan dengan seorang puteri raja. Setelah nakhoda kapal itu
meninggal dunia, Si Tanggang dilantik sebagai nakhoda
menggantikan bapa angkatnya.

Pada suatu hari Si Tanggang membawa isterinya belayar dan


telah berlabuh setibanya di suatu tempat. Si Tanggang tidak
menyedari bahawa dia telah berlabuh di kampung asalnya. Mudin,
rakan lamanya nampak Si Tanggang dan segera menceritakan hal itu
pada ibu Si Tanggang. Ibu Si Tanggang begitu gembira dan terus
menuju ke arah kapal besar anaknya.

Betapa sedih hati ibu Si Tanggang apabila anaknya tidak


mengaku dirinya sebagai ibu. Sambil mengayuh sampan, ibu Si
Tanggang bersumpah jika lelaki kaya yang ditemuinya itu anaknya,
dia menyumpah Si Tanggang menjadi batu. Sejurus selepas itu, Si
Tanggang dan kapalnya berubah menjadi batu. Demikianlah kisah
balasan anak yang derhaka terhadap ibunya.
Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai