Anda di halaman 1dari 2

Nama Suami & No Akaun Tabung Haji

Nama Isteri & No Akaun Tabung Haji


Alamat
No. Tel: (penting untuk dihubungi)
_____________________________________

10 Disember 2016

Bahagian Operasi Domestik


Lembaga Tabung Haji
Lantai 30, Banguana Ibu Pejabat Tabung Haji
201 Jalan Tun Razak
50732 Kuala Lumpur

Tuan,
RAYUAN PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN 1438 H/ 2017 M

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Untuk makluman tuan, kami telah membuat pendaftaran haji di


Tabung Haji Cawangan XXXX pada tahun 2009 dan disenaraikan
untuk ke sana pada tahun 2029 M.
Justeru itu, kami memohon dan merayu jasa baik pihak Tuan untuk
memperoleh penempatan ibadah haji pada tahun 1438H/2017
berdasarkan perkara berikut

1.Kesihatan kami yang baik pada masa sekarang memberikan


keyakinan untuk mengerjakan ibadah haji dengan sempurna
berbanding ketidaktentuan keadaan kesihatan di masa akan datang.
2. Kami diberikan pelepasan oleh majikan untuk mengerjakan haji
pada tahun ini. Kebiasaannya, tugasan kerjaya membataskan
peluang kami bercuti panjang
3. Anak-anak sudah bersekolah dan tidak ada yang mengambil
peperiksaan besar pada tahun ini.
4. Kami sudah mengikuti Kursus Asas Haji di Masjid XXXX
5. Akaun Tabung Haji sudah mencukupi untuk mengerjakan Haji

Besarlah harapan kami sekiranya rayuan ini dipertimbangkan dan


diberi peluang mengerjakan Rukun Islam ke -5 pada tahun ini.
Kerjasama dan maklum balas dari pihak tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih

Yang benar,

.....................                              ......................................
Nama Suami                              Nama Isteri
No Kad Pengenalan:                  No Kad Pengenalan

Anda mungkin juga menyukai