Anda di halaman 1dari 9

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya JURNAL PRAKTIKUM Nama Guru Pelatih Kursus & Ambilan Tempoh Praktikum

Pengkhususan Nama Guru Pembimbing : Mohd Allifizree Bin Mohammad : PISMP BM Ambilan Januari 2009 : 1 Bulan : Bahasa Melayu : Puan Salmah Binti Hamit

Nama Pensyarah Pembimbing : Encik Jamil Md Yassin Catatan Minggu 1. MASALAH :1 Tarikh : 21 Mac 2011 hingga 25 Mac 2011

Minggu ini merupakan minggu pertama saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pekan Putatan. Di Sekolah ini, saya dan seorang lagi rakan diberi amanah untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu bagi kelas tahun 5 Waja dan rakan saya mendapat kelas tahun 4 Perdana. Pada praktikum ini, tugasan kami hanya fokus untuk mengajar subjek major sahaja. Manakala bagi subjek minor akan diajar pada praktikum yang akan datang. Bermula daripada hari pertama saya mengajar sehinggalah pada hari yang kedua, masalah yang dikenalpasti ialah murid tidak menampakkan kesediaan untuk menerima ilmu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kebanyakkan dari mereka mempunyai sikap sambil lewa dan tidak memberi perhatian yang sepenuhnya ketika guru mengajar. Mereka masih lagi bermain-main iaitu dengan mengusik rakan di sebelah serta bercerita tentang hal yang bukan berkaitan dengan topik yang diajar pada hari itu. Hal ini menyebabkan keadaan kelas menjadi bising dan secara tidak langsung kawalan kelas juga kurang terkawal .

2. ANALISIS

Punca utama yang menyebabkan murid -murid bersikap demikian ialah tanggapan mereka terhadap saya. Mereka beranggapan bahawa saya hanya sekadar guru sementara atau guru pelatih bagi mereka. Malah, berkemungkinan mereka beranggapan bahawa saya bukan dari golo ngan guru yang akan menetap di sekolah itu untuk satu tempoh masa yang panjang. Selain daripada itu, saya juga tidak menetapkan peraturan yang saya mahukan semasa sesi saya mengajar pada hari pertama lagi. Hal ini membuatkan mereka tidak berasa takut dan segan ketika saya mengajar.
3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

a) Menetapkan peraturan di dalam kelas. b) Menampilkan diri sebagai seorang guru yang kemas, mempunyai penampilan yang tegas semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah; dan c) Memberi sedikit amaran kepada murid yang tidak menumpukan perhatian kepada sesi pengajaran pembelajaran
4. TEMPOH MASA PENYELESAIAN

21 Mac 2011 - 25 Mac 2011


5. CARA MENILAI KEJAYAAN

Saya akan melihat langkah yang diambil ini adakah berkesan kepada murid -murid tersebut. Jika tidak berkesan saya akan mengambil langkah yang lain untuk mengatasi masalah ini.
6. TINDAKAN SUSULAN

Bagi menangani masalah ini, saya telah membuat senarai peraturan yang saya kehendaki semasa proses pengajaran dijalakan. Hal ini demikian kerana, dengan adanya peraturan tersebut, perlakuan murid -murid yang boleh menyumbang kepada keadaan kelas yang tidak kondusif dapat dikawal dengan baik. Malah, murid -murid juga dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada isi pelajaran yang saya ingin saya sampaikan pada hari itu.

Selain itu, saya telah memperkenalkan sistem token kepada murid bertujuan untuk memberi galakan atau motivasi kepada murid untuk sentiasa berperilaku yang positif. Saya akan menilai perlakuan mereka melalui jumlah kehadiran mereka ke sekolah, sikap murid-murid sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Bagi murid yang mengumpulkan jumlah token yang paling banyak akan menerima hadiah daripada saya. Oleh itu, langkah ini membuatkan murid -murid bersaing secara sihat untuk mengumpulkan token yang banyak . Malah, murid-murid juga dapat mengubah sikap mereka menjadi seorang murid yang berdisiplin.

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya JURNAL PRAKTIKUM Nama Guru Pelatih Kursus & Ambilan Tempoh Praktikum Pengkhususan Nama Guru Pembimbing : Mohd Allifizree Bin Mohammad : PISMP BM Ambilan Januari 2009 : 1 Bulan : Bahasa Melayu : Puan Salmah Binti Hamit

Nama Pensyarah Pembimbing : Encik Jamil Md Yassin Catatan Minggu 1. MASALAH :2 Tarikh : 28 Mac 2011 hingga 1 April 2011

Bermulanya pada minggu kedua, saya mendapati murid -murid di kelas tahun 5 Waja tidak mempunyai kumpulan masing-masing terutamanya dalam menjalankan aktiviti yang melibatkan keraj kumpulan. Hal ini menyebabkan saya mengalami masalah untuk menjalankan aktiviti kumpulan. Selain itu, saya juga mengalami masalah untuk menghafal nama -nama bagi setiap murid di dalam kelas. Semasa sesi pengajaran berlangsung, saya hanya menunjuk murid yang saya mahukan tanpa menyebut nama mereka. Hal ini membuatkan murid-murid keliru tentang siapa yang saya mahukan. Malah, murid-murid ini juga jenis yang tidak suka berkomunikasi terutamanya aktiviti yang melibatkan berlainan jantina. Mereka akan berasa malu dengan murid murid yang lain. Contohnya murid -murid lelaki tidak suka bergaul dengan murid perempuan dan lebih suka duduk dalam kumpulan yang sama jantina sahaja.
2. ANALISIS

Dapatan saya menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu sebelum ini kurang menjalankan aktiviti yang melibatkan kerja berkumpulan. Oleh itu, guru tersebut tidak membuat pecahan kumpulan yang tetap.

Selain itu, saya dapati tidak semua murid memakai tanda nama dibahagian saku pada baju mereka. Hal ini menyebabkan saya mengalami kesukaran untuk memastikan nama mereka serta kedudukan susunan meja mereka yang tidak bergabung antara murid lelaki dan murid perempuan.
3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

a) Membuat pecahan kumpulan yang seimbang dalam bentuk jadual. b) Menggabungkan murid lelaki dan murid perempuan dalam satu kumpulan. c) Membuat tanda nama khas untuk setiap murid dengan meng gunakan warnawarna yang berbeza mengikut warna bagi setiap kumpulan. Contohnya kumpulan Mat Salleh berwarna biru. Oleh itu tanda nama bagi murid -murid dalam kumpulan Mat Salleh turut berwarna biru.

4. TEMPOH MASA PENYELESAIAN

Mengambil masa sehari bagi jadual kumpulan dan selama seminggu bagi tanda nama.
5. CARA MENILAI KEJAYAAN

Saya mengarahkan setiap kumpulan untuk memastikan ahli kumpulan mereka sentiasa memakai tanda nama tersebut terutamanya semasa kelas bahasa Melayu. Sekiranya murid ingkar dengan arahan, dendaan akan diberikan.
6. TINDAKAN SUSULAN

Saya akan sentiasa mengingkatkan kepada murid tentang pemakaian tanda nama tersebut. Selain itu, saya menerangkan tujuan saya membuat kumpulan yang mempunyai jantina yang berlainan iaitu untuk membina satu ikatan p ersahabatan dan memupuk nilai kerjasama dalam setiap murid tanpa membezakan warna kulit dan agama yang dianuti. Malah secara tidak langsung saya dapat menerapkan semangat perpaduan dalam diri murid. Seterusnya, saya juga akan memantau setiap pergerakan mur id dalam kumpulan agar tidak ada murid yang tidak memberi kerjasama dan curi tulang semasa menyiapkan kerja kumpulan.

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya JURNAL PRAKTIKUM Nama Guru Pelatih Kursus & Ambilan Tempoh Praktikum Pengkhususan Nama Guru Pembimbing : Mohd Allifizree Bin Mohammad : PISMP BM Ambilan Januari 2009 : 1 Bulan : Bahasa Melayu : Puan Salmah Binti Hamit

Nama Pensyarah Pembimbing : Encik Jamil Md Yassin Catatan Minggu 1. MASALAH :3 Tarikh : 4 April 2011 hingga 8 April 2011

Bermulanya minggu ketiga praktikum, pihak sekolah telah menjalankan ujian bulanan kepada semua murid tahun 4, 5 dan 6. Oleh itu, pihak sekolah telah mengeluarkan jadual pengawasan bagi setiap kelas ketika ujian berlangsung. Saya mengalami masalah semasa menjaga ujian kerana terdapat segelintir murid yang membuat bising semasa menjawab soalan ujian. Malah terdapat juga murid yang bersiul sambil menjawab kertas soalan. Selain itu, selesai sahaja mereka menjawab semua soalan, murid -murid yang sudah siap itu akan menganggu rakan yang lain dan membuat bising. Terdapat juga murid yang kerapkali hendak pergi ke tandas.
2. ANALISIS

Masalah ini

timbul

kerana

saya tidak

menjelaskan

peraturan -peraturan

peperiksaan dengan jelas. Selain itu saya juga terpaksa menge jar masa untuk mengedarkan kertas soalan kepada murid. Hal ini demikian kerana saya menjaga ujian tersebut selepas berakhirnya waktu rehat.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

a) Memberi arahan kepada murid untuk senyap dengan suara dan mimik muka yang tegas b) Menulis beberapa hukuman kepada kesalahan yang telah dilakukan oleh murid di papan hitam. Contohnya : kesalahan membuat bising adalah memberi amaran pertama, amaran kedua sekiranya murid masih lagi bising dan amaran ketiga mengarahkan murid menjawab kertas soalan di luar kelas dalam keadaan berdiri. c) Bagi kesalahan meniru, hukuman serta merta gagal akan diberikan.
4. TEMPOH MASA PENYELESAIAN

Melaksanakan penambaikan pada kelas yang seterusnya.


5. CARA MENILAI KEJAYAAN

Memerhatikan sejauhmana peraturan -peraturan dapat dipatuhi oleh murid. Sekiranya terdapat murid yang ingkar, murid tersebut akan dibawa berjumpa dengan guru disiplin.
6. TINDAKAN SUSULAN

Mengambil sedikit masa dengan menerangkan peraturan -peraturan peperiksaan dengan lebih lanjut dan penggunaan suara yang je las dan tegas agar murid dapat mengambil serius hal ini agar tidak berlaku sebarang perlanggaran peraturan sepanjang peperiksaan dijalankan. Selain itu, saya juga telah bergerak kesemua bahagian kelas untu memantau pergerakan murid dengan lebih dekat.

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya JURNAL PRAKTIKUM Nama Guru Pelatih Kursus & Ambilan Tempoh Praktikum Pengkhususan Nama Guru Pembimbing : Mohd Allifizree Bin Mohammad : PISMP BM Ambilan Januari 2009 : 1 Bulan : Bahasa Melayu : Puan Salmah Binti Hamit

Nama Pensyarah Pembimbing : Encik Jamil Md Yassin Catatan Minggu 1. MASALAH :4 Tarikh : 11 April 2011 hingga 15 April 2011

Penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak tahan lama dan mudah rosak terutamanya ketika murid-murid tidak berhati-hati menggunakannya dalam aktiviti permainan bahasa. Tiada ruang penyimpanan bahan bantu mengajar yang telah digunakan menyebabkan saya mengalami kesukaran untuk menyimpan bahan tersebut dengan selamat dan terpaksa membawanya balik ke bilik. Tiada peruntukkan kad manila dan sebagainya oleh pihak sekolah menyebabkan saya mengalami masalah dalam penghasilan bahan bantu mengajar yang berkualiti dan baik.
2. ANALISIS

Jenis bahan yang digunakan tidak tahan lama dan mudah rosak. Selain itu, murid-murid tidak diberi peringatan agar menggunakan sesuatu bahan dengan cermat. Malah, ruang penyimpanan bahan bantu mengajar yang tidak tersusun.
3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

a) Membeli bahan yang berkualiti agar bahan bantu mengajar yang digunakan tahan lama dan boleh digun akan kembali pada masa akan datang

b) Mengemas stor penyimpanan bahan bantu mengajar milik subjek bahasa Melayu. c) Mengubah bahan bantu sedia ada mengikut kesesuaian yang topik yang hendak diajar pada hari tersebut.
4. TEMPOH MASA PENYELESAIAN

Hanya mengubah bahan bantu mengajar mengikut topik di dalam rancangan pengajaran harian.
5. CARA MENILAI KEJAYAAN

Murid dapat memahami apa yang disampaikan oleh saya semasa mengajar dengan menggunakan bahan bantu mengajar tersebut. Selain itu, saya meminta pandangan dan nasiha t daripada rakan-rakan dan guru pembimbing dalam penghasilan sesuatu bahan bantu mengajar yang mantap.
6. TINDAKAN SUSULAN

Menggunakan kembali bahan bantu mengajar yang telah digunakan dalam sesi pengajaran lalu dengan mengubahnya kepada bahan bantu mengajar yang baharu mengikut kreativiti yang ada. Selain itu saya juga mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar agar murid-murid tertarik dengan mesej yang disampaikan oleh saya serta dapat menjadikan sesi pengajaran berlainan daripada sebelumnya. Malah saya juga telah berkongsi dengan rakan yang lain untuk membeli bahan yang berkualiti agar dapat menghasilkan bahan bantu mengajar yang tahan lama.