Anda di halaman 1dari 31

1.

PENGENALAN Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan harus dibentuk berdasarkan panduan dan cadangan yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Modul ini akan mengemukakan beberapa unsur penting dalam merancang sesuatu pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

2.

PENDIDIKAN JASMANI Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran,iaitu: Kecergasan, Kemahiran, Kesukanan.

2.1

Rancangan Pengajaran Harian PJ. Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani adalah penting kerana ia menjadi panduan untuk guru melaksanakan pelajaranya. Dengan adanya Rancangan Pengajaran Harian langkah-langkah

pelajaran akan lebih teratur. Dari segi penyeliaan praktikum, Rancangan Pengajaran Harian seseorang guru pelatih, dapat mencerminkan

kemahirannya dalam merancangkan pelajaran seperti memilih atau menyusun aktiviti yang sesuai dan mengelolakan isi pelajaran yang hendak diajar. Semasa memilih aktiviti untuk satu masa pengajaran perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan ialah; i. ii. iii. iv. tempoh masa pelajaran objektif pelajaran kebolehan murid-murid kemudahan, peralatan dan tempat 1

2.2

Butir-butir penting dalam Rancangan Pengajaran Harian PJ a. Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan ringkas, jelas dan tepat apa yang akan dicapai oleh murid-murid. Ia mesti menitikberatkan perubahan tingkahlaku dari segi psikomotor, kognitif dan afektif. Contoh: Pada akhir pengajaran dan

pembelajaran, diharapkan murid-murid dapat :

Psikomotor -

Melakukan aktiviti lari pecut mulaan berdiri dengan teknik yang betul pada jarak 30 50 meter dengan kadar tiga daripada empat percubaan.

Kognitif

Menyatakan secara lisan dua sebab mengapa tangan perlu dihayun lurus di sisi semasa berlari

Afektif

Menunjukkan sikap bekerjasama dengan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti.

b.

Peruntukan Masa Peruntukan masa bagi setiap bahagian mestilah bersesuaian dengan sesuatu aktiviti dalam pelajaran tersebut.

c.

Gerakerja-gerakerja / Aktiviti-aktiviti Gerakerja-gerakerja atau aktiviti-aktiviti hendaklah dipilih berdasarkan :

i. Kesesuaiannya untuk menyumbang terhadap pencapaian objektif pelajaran. ii. Kesediaan murid-murid dari segi keupayaan motor iii. Masa yang diperuntukkan.

d.

Pengelolaan Kelas Susunan yang sesuai semasa murid-murid menjalani aktiviti adalah salah satu aspek penting dalam pengelolaan kelas. Ia juga memastikan kelicinan dalam pengajaran.

e.

Butir Mengajar Butir-butir penting yang hendak ditegaskan oleh guru atau diberi perhatian oleh murid-murid semasa sesuatu aktiviti. Contoh; kedudukan tangan, kaki, badan dan mata semasa melakukan hantaran aras dada dalam permainan Bola Keranjang.

f.

Peralatan Senaraikan jenis dan bilangan alatan yang diperlukan.

g.

Penerapan Nilai Nilai-nilai murni hendaklah diterapkan.

2.3

Format Rancangan Pengajaran Harian PJ


: : : : Tarikh Masa Tahap / Tahun Bil. Murid : : : :

Mata Pelajaran Tunjang Kemahiran Tajuk

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :

1. Psikomotor 2. Kognitif 3. Afektif Kemahiran Berfikir Pengalaman Lepas Penerapan Nilai Penggabungjalinan Alatan

: : : : :

Bahagian / Masa

Aktiviti

Butir Mengajar

Organisasi

Alatan / Catatan / Strategi

Permulaan Perkembangan

Senaraikan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan oleh murid-murid. Tulis nama permainan yang mempunyai unsur kemahiran yang diajar

Kemuncak/ Permainan Kecil

Sebutkan butiran mengajar yang patut ditegaskan oleh guru atau beri perhatian oleh murid semasa menjalani aktiviti / latihan

Secara rigkas dan jelas nyatakan bagaimana kelas itu dikelolakan semasa muridmurid menjalani aktiviti

Penutup

Senaraikan aktiviti ringkas

2.4

Rangka Rancangan Pengajaran Harian PJ

Bahagian

Perincian

Permulaan

1.

Memanaskan Badan

2.

Murid-murid melakukan gerak kerja memanaskan badan, memberi kesan kepada; - melonggarkan sendi - menggerak dan meregangkan otot-otot utama - meransangkan kordinasi otot saraf - menambahkan ketangkasan Bahagian ini mempengaruhi suasana pembelajaran seterusnya, dijalankan secara - ringkas - berterusan - rancak - menyeronokkan kanak-kanak Mengandungi Inti Pelajaran iaitu fokus pelajaran. Semua murid menjalankan aktiviti yang sama di bawah arahan dan pengawasan guru. Pengajaran guru dan latihan murid dititikberatkan Pelbagaikan aktiviti satu kemahiran agar dapat mewujudkan peluang pembelajaran yang maksimum dan tidak bosan. Pembelajaran dalam kumpulan kecil dalam beberapa stesen. Perbezaan aktiviti bagi setiap stesen dan dilakukan secara bergilir-gilir oleh setiap kumpulan. Mengulang kemahiran lepas dan kemahiran yang sedang diajar . Memberi peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari. Permainan kecil pengelolaan hendaklah ringkas, mudah dan melibatkan semua murid.

Perkembangan

1. 2. 3. 4.

Gerakerja Kelas

1. Gerakerja Kumpulan

2. 3.

Kemuncak

1. 2.

Permainan Bersyarat / Pertandingan / Persembahan

Penutup

Cooling Down Gerak Kendur

1. 2.

Menenangkan murid dengan melakukan aktiviti gerak kendur. Ulasan guru mengenai prestasi murid.

Kuiz / Perbincangan / Soal Jawab

3.

Sesi soal jawab.

2.5

Panduan menulis hasil pembelajaran PJ Hasil pembelajaran mestilah dinyatakan dengan jelas dan boleh tercapai sejajar dengan kemampuan psikomotor, kognitif dan afektif murid murid. Pernyataan yang diguna hendaklah berbentuk hasil pembelajaran tingkahlaku (behavioral outcome) iaitu hasil yang menunujukkan

perubahan tingkahlaku murid-murid setelah mengikuti pelajaran. Hasil pembelajaran yang dicadangkan hendaklah dinyatakan secara eksplisit iaitu jelas kelihatan (observable) dan dapat diukur peringkat

pencapaiannya (measureable level of achivement) pada akhir pelajaran. Hasil pembelajaran yang berkesan adalah berpandukan panduan berikut.

a. Siapa Kumpulan Sasaran y y Individu yang akan mempamerkan tingkahlaku. Contoh; murid, pelajar, peserta.

b. Tingkahlaku Yang Diharapkan y Apa murid perlu lakukan untuk membuktikan pembelajaran telah berlaku. y Contoh; dapat melakukan. Menunujukkan, dapat menyatakan

c. Keperluan Pembelajaran y Apa yang murid perlu tahu dan alami setelah aktiviti pengajaran dan pembelajaran tamat. y Contoh; hantaran lob kepada kawan menggunakan teknik yang betul, tanggungjawab terhadap alatan sekolah, dua persamaan dan perbezaan antara hantaran lob dan hantaran atas kepala.

d. Situasi y Situasi yang dicipta khusus dan disesuaikan dengan sesuatu aktiviti yang telah dipilih. y Contoh; pada jarak 3 meter dengan kehadiran penghadang, dengan mnyusun semua alatan yang telah digunakan, di dalam lembaran kerja yang diedarkan.

e. Prestasi Piawai y Pencapaian minimum yang diharapkan dapat dicapai oleh muid sama ada kualitatif atau kuantitatif. y Contoh; sebanyak 5 kali daripada 8 percubaan, di tempat yang betul, dengan 100% betul.

2.6

Contoh Penulisan Hasil Pembelajaran PJ.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran:


Siapa Tingkahlaku yang diharapkan dapat melakukan Keperluan Pembelajaran Situasi Khusus Prestasi Piawai Domain

murid-murid

hantaran lob kepada kawan menggunakan teknik yang betul dua persamaan dan perbezaan antara hantaran lob dan hantaran atas kepala tanggungjawab terhadap alatan sekolah

pada jarak 3 meter dengan kehadiran penghadang di dalam lembaran kerja yang disediakan

sebanyak 5 kali daripada 8 percubaan.

Psikomotor

murid-murid

dapat menyatakan

dengan 100% betul

Kognitif

murid-murid

menunjukkan

dengan menyusun semua alatan yang telah digunakan

di tempat yang betul

Afektif

2.7

Contoh Rancangan Pengajaran Harian PJ

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHAP 1


Mata Pelajaran Tunjang Kemahiran Tajuk : Pendidikan Jsmani : 1.Kecergasan : Tarikh Masa : 07.07.2007 : 0745 0815

Tahap/Tahun : Tahap 1 / Tahun 1 Bil. Murid : 40 orang

: Imbangan

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat;

1. Psikomotor

: Mengimbangkan badan semasa meniti bangku gimnastik sambil menjunjung pundi kacang sekurang-kurangnya 2 kali pergi dan balik. : Menyatakan perbezaan mengimbangi badan semasa meniti bangku gimnastik dengan tangan didepakan dan memeluk tubuh. : Memupuk semangat kerjasama dan bersyukur menikmati kecergasan fizikal.

2. Kognitif

3. Afektif

Kemahiran Berfikir Pengalaman Lepas Penerapan Nilai Penggabungjalinan Alatan

: Membanding beza pelbagai imbangan. : Murid-murid melakukan imbangan dalam kehidupan harian. : Menghargai kawan, jujur dan berkeyakinan. : Manipulasi Alatan : 1. Bangku gimnastik 2. Pundi Manik 4 buah 40 buah

3. Gelung Plastik 4. Skitel

4 buah 4 buah

BAHAGIAN / MASA

AKTIVITI

BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN

ORGANISASI

ALATAN / CATATAN

Permulaan (3 4 minit)

Memanaskan Badan 1. Jalan berjengket 2. Lari kapal terbang 3. Jalan ulat bulu y Jalan di atas bebola kaki y Badan tegak. y Elak kawan semasa berjalan / berlari. y Tangan dan kaki di buka seluas bahu. y Bebas dan terkawal y Individu X X X X X X G X - murid-murid G - guru X X X 4 Skitel

Perkembangan (15 17 minit)

Gerakerja Kelas 1. Berjalan atas garisan. y Depakan tangan y Peluk tubuh y Badan tegak. y Mata pandang ke hadapan. y Imbangkan badan. y Badan tegak. y Mata pandang ke hadapan. y Imbangkan badan. y Badan tegak. y Mata pandang ke hadapan. y Imbangkan badan A 4 Bangku Gimnastik B 40 Pundi Manik

2. Berjalan atas bangku gimnastik. y Depakan tangan y Peluk tubuh 3. Berjalan atas bangku gimnastik dengan menjunjung pundi manik y Depakan tangan y Peluk tubuh

C - lalauan berjalan - bangku gimnastik

BAHAGIAN / MASA

AKTIVITI

BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN

ORGANISASI

ALATAN / CATATAN

Kemuncak (5 minit)

Permainan Bersyarat

y Meniti bangku gimnastik dan mengimbangan badan dengan tangan didepakan y Pandang ke hadapan

A X X X

B X X X

C X X X

D X X X

4 Bangku Gimnastik 4 Gelung Plastik 4 Pundi Manik

y Meniti bangku. y Menjunjung pundi manik y Masukkan pundi manik ke dalam gelung plastik tanpa memegang pundi manik. y Meniti semula balik ke barisan kumpulan

Penutup (2-3 minit)

Cooling Down (Gerak Kendur) Mengimbang badan sambil berjengket y Badan tegak. y Mata pandang ke hadapan. y Imbangkan badan. Perbincangan; Nyatakan perbzaan antara mengimbangi badan dengan tangan didepakan dengan y Bebas dan terkawal y Individu

Rumusan / Refleksi

y Duduk dalam barisan mengikut kumpulan

10

memeluk tubuh.

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHAP II

Mata Pelajaran Tunjang Tajuk Kemahiran

: Pendidikan Jsmani : 2. Kemahiran : Bola Tampar : Menyangga

Tarikh Masa

: 17.07.2007 : 0730 0830

Tahap/Tahun : Tahap 2 / Tahun 4 Bil. Murid : 30 orang

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat;

1. Psikomotor

: Menyangga bola tampar dengan ketinggian 2 meter tepat ke arah sasaran dari jarak 5 meter sekurang-kurangnya 5 kali dari 7 kali percubaan. : Menjelaskan mekanisme pelakuan menyangga yang menitikberatkan aspek daya, ketinggian, imbangan dan ikut lajak. : Memupuk minat, keseronokan dan membina keyakinan.

2. Kognitif

3. Afektif

Kemahiran Berfikir Pengalaman Lepas

: Membuat ramalan. : Murid-murid telah mempelajari kemahiran asas manipulasi alatan. : Menghargai berkeyakinan. : Komponen kecergasan : 10 biji Bola Tampar

Penerapan Nilai Penggabungjalinan Alatan

11

BAHAGIAN / MASA Permulaan (10 minit)

AKTIVITI

BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN

ORGANISASI

ALATAN / CATATAN

Memanaskan Badan 1. Larian sisi, depan dan belakang y Bergerak atas bebola kaki y Individu y Bergerak ke sisi kiri / y Lari mengeliling skitel kanan, depan dan belakang X XXXXXXXXX y Tapak dirian seluas bahu y Siku separas bahu. y Berdiri atas bebola kaki. y Badan tegak. y Lutut dibengkokkan. y Berdiri tegak. y Pangkal lengan cecah telinga.. y Pergerakan fleksi, dorsi fleksi X X X X X X G X - murid-murid G - guru arah larian 4 Skitel

Regangan 1. Tolak dan lawan siku. 2. Halfsquat

Kelonggaran 1. Kuak depan / belakang 2. Pergelangan kaki.

Perkembangan (30 minit)

Gerakerja Kelas Menyangga 1. Tanpa Bola Fasa Persediaan y Buka kaki seluas bahu. y Kaki dominan di hadapan. y Fleksi lutut dan siku. y Kedua-dua tangan di hadapan badan Fasa Pelaksanaan y Terima bola di hadapan badan. y Genggam tangan dan luruskan siku. y Ekstensi siku dan lutut semasa kontak bola. y Kontak bola pada kawasan pergelangan tangan y Mata pandang bola. Fasa Ikut Lajak y Siku kekal lurus

y Bertiga A X

10 biji bola tampar

2. Dengan Bola Lantun bola dan menyangga Lambung bola dan menyangga

X B

X C

A melantun / melambung B dan C menyangga balik kearah A.

12

y Mata pandang pergerakan bola dan sasaran

BAHAGIAN / MASA

AKTIVITI

BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN

ORGANISASI

ALATAN / CATATAN

Gerakerja Kumpulan 3. Dengan Bola Menyangga bola yang melantun. Menyangga bola tinggi y Lantun bola ke arah rakan. y Pergi ke arah bola Fasa Persediaan y Buka kaki seluas bahu. y Kaki dominan di hadapan. y Fleksi lutut dan siku. y Kedua-dua tangan di hadapan badan Fasa Pelaksanaan y Terima bola di hadapan badan. y Genggam tangan dan luruskan siku. y Ekstensi siku dan lutut semasa kontak bola. y Kontak bola pada kawasan pergelangan tangan y Mata pandang bola. Fasa Ikut Lajak y Siku kekal lurus y Mata pandang pergerakan bola dan sasaran y Kumpulan Bertiga y Menyangga sekurangkurangnya ketinggian 2 meter A X 10 Biji Bola Tampar

X B

X C

Bola dibiar melantun sebelum menyangga. Murid terdekat dengan bola yang melantun akan menyangga. Menyangga bola yang tinggi secara berterusan antara murid A,B danC

Kemuncak (15 minit)

Permainan Bersyarat Pertandingan Menyangga Paling Banyak.

Syarat permainan: y Jumlah menyangga terbanyak. y Ketinggian 2 meter. y Masa 5 minit y 5 kumpulan bermain dan 5 kumpulan mengadili. y Kumpulan yang menyangga paling banyak menjadi pemenang. y Kumpulan Bertiga A X 10 biji bola tampar

X B

X C

13

BAHAGIAN / MASA

AKTIVITI

BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN

ORGANISASI

ALATAN / CATATAN

Penutup (5 minit)

1. Cooling Down (Gerak Kendur)

y Jalan perlahan smbil mengangkat dan menurunkan tangan y Jalan bongkok sambil hayun tangan y Apa berlaku jika siku dibengkok semasa menyangga?

y Bebas dan terkawal. y Dalam kawasan terhad.

2. Refleksi Soal Jawab

y Duduk dalam barisan mengikut kumpulan

Ulasan / Refleksi Kendiri : _______________________________________________

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Ulasan Pensyarah / Guru Pembimbing : _____________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

14

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHAP II

Mata Pelajaran Tunjang Tajuk Kemahiran

: Pendidikan Jasmani : 3. Kesukanan : Keselamatan Semasa Berakiviti : Kemudahan tempat semasa beraktiviti

Tarikh Masa

: 27.07.2007 : 0730 0800

Tahap/Tahun : Tahap 2 / Tahun 6 Bil. Murid : 30 orang

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat; 1. Psikomotor 2. Kognitif 3. Afektif : Menyediakan kawasan yang selamat untuk beraktiviti. : Menerangkan 5 ciri-ciri keselamatan tempat berekreasi. : Menunjukkan kerjasama dan tanggungjawab membersih kawasan permainan.

Kemahiran Berfikir Pengalaman Lepas

: Membuat ramalan. : Murid-murid telah didedahkan tentang pentingnya keselamatan semasa beraktiviti : Keselamatan semasa bersukan : Komputer riba, VCD keselamatan, kertas mahjung, marker pen. LCD.

Penerapan Nilai Alatan

15

BAHAGIAN / MASA

AKTIVITI

BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN

ORGANISASI

ALATAN / CATATAN

Permulaan (5 minit)

Soal jawab 1. Pengalaman semasa bermain di dalam gimnasium / dewan sekolah. 2. Kemalangan yang pernah dialami. y Murid bercerita tentang pengalaman semasa bermain di dalam gimnasium / dewan sekolah. y Siapa pernah mengelami kemalangan semasa bermain di dalam gimnasiun, dewan, taman rekrasi ? Saya Cikgu y Enam orang murid (3 lelaki dan 3 perempuan diminta berkongsi pengalaman.

y Kenapa kemalangan tersebut berlaku. - Terlanggar kawan - Lantai licin - Bola keras sangat - Kena bola - dsb

Perkembangan (10 minit)

1. Menonton VCD Keselamatan

y Mengenalpasti dan menyenaraikan kemudahan dan alatan di tempat bermain Jongkang-jongkit, buaian, palang imbangan, monkey rack dsb.

y Berpasangan seorang menyebut nama alatan dan kemudahan dan pasangan menulis dalam lembaran kerja

VCD Keselamatan Komputer Riba LCD Lembaran Kerja Kertas Mahjung

2. Keselamatan semasa melakukan aktiviti

y Menyenaraikan ciri-ciri keselamatan semasa

y Kumpulan berlima dan menulis pada kertas mahjung.

16

melaku aktiviti. - Pakaian sesuai - Jangan bermain di tempat licin - Jangan mengguna alatan rosak, dsb

Marker Pen y Tampal hasil kerja di dinding kelas

BAHAGIAN / MASA

AKTIVITI

BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN

ORGANISASI

ALATAN / CATATAN

Kemuncak (15 minit)

Menyusun Alatan di gimnasium / dewan

y Susunan alatan yang mengutamakan keselamatan murid. - Bangku - Kerusi - Bakul bola - Tiang badminton - Dsb

y Sebelum kelas bermula guru menyelerakkan alatan di dalam dewan. y Murid di bawa ke dewan untuk menyusun alatan tersebut

Penutup (3 minit)

Rumusan menggunakan borang Pengurusan Grafik

y Ciri-ciri keselamatan di - Padang permainan - Gimnasium / Dewan - Gelanggang - Taman permainan

y Individu

Ulasan / Refleksi Kendiri : _______________________________________________

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Ulasan Pensyarah / Guru Pembimbing : _____________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 17

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

2.8 Garis Panduan Penyeliaan Kelas PJ

BIL.

BAHAGIAN

CIRI-CIRI i. Memanaskan badan - Meningkatkan Kadar Denyutan Nadi - Regangan - Kelonggaran ii. Ada perkaitan dengan kemahiran yang akan diajar. iii. Menarik dan memotivasi

KOMEN

1.

Permulaan

2a

Perkembangan - Gerakerja Kelas

i. Pengajaran kemahiran baru secara ansur maju. ii. Semua murid menjalankan aktiviti yang sama.

i. Kumpulan kecil. 2b Perkembangan - Gerakerja Kumpulan ii. Aktiviti berlainan bagi setiap stesen semua kumpulan melakukan setiap aktiviti secara bergilir. (jika perlu) iii. Mengulang kemahiran lepas dan kemahiran yang diajar dalam pelajaran ini.

i. Permainan kecil / bersyarat. 3. Kemuncak - Permainan / - Pertandingan / - Persembahan ii. Aplikasi kemahiran permainan yang telah dipelajari iii. Memperkenalkan satu / dua undang-undang permainan yang diajar. iv. Bagi pelajaran Pendidikan Pergerakan, boleh buat persembahan koregrafi oleh setiap kumpulan.

4.

Penutup - Cooling Down - Perbincangan

i. Menyejukkan badan. ii. Refleksi / Maklumbalas murid.

18

- Bersurai iii. Pelajar bersurai secara teratur

2.9 Panduan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran PJ Yang Cemerlang.

BIL

KRITERIA

HURAIAN

1. 2. 3. 4.

Persediaan Alatan Arahan Pengelolaan Kelas Pemulihan

Telah disusun secara teratur sebelum pelajar tiba. Ringkas, jelas, dapat diikuti pelajar. Cepat, kemas, teratur. Membetulkan kelemahan / kesilapan murid-murid sepanjang pelajaran Peluang yang maksimum untuk setiap murid menyertai aktiviti. Alatan tidak diperlu, dikeluar dari kawasan latihan. Ada langkah keselamatan. Menghentikan aktiviti, mendapatkan perhatian murid, mengawal permainan. Pelajar bebas bergerak secara terkawal. Digunakan sepenuhnya khususnya semasa gerakerja kelas. Jenis latihan dinamik / ansur maju / bergerak dan berterusan. Teknik yang betul / tegasan butiran mengajar / semua dapat melihat.

5.

Penyertaan Maksimum

6.

Keselamatan Murid

7.

Penggunaan Wisel

8. 9. 10. 11.

Penggunaan Ruang Penggunaan Alatan Aktiviti Tunjukcara

19

12. 13. 14. 15.

Butiran Mengajar Disiplin Murid Kemahiran Berfikir Nilai Murni

Betul dan ringkas. Dikawal secara rapi. Unsur KBKK diterapkan. Diterapkan / diaplikasikan.

3.

PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran, iaitu: Kesihatan Diri dan Keluarga, Gaya Hidup Sihat dan Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.

3.1

Rancangan Pengajaran Harian PK. Guru seharusnya merancang pengajaran Pendidikan Kesihatan supaya usahanya adalah berlandaskan prinsip-prinsip pedagogi yang akan memudahkan murid-murid mencapai objektif pelajaran. Dalam konteks mengajar Pendidikan Kesihatan di sekolah, Rancangan Pengajaran Harian perlu disediakan sebagai panduan kepada guru melaksanakan sesuatu pelajaran Pendidikan Kesihatan secara sistematik dan berkesan. Jadi secara ringkas Rancangan Pengajaran Harian boleh ditakrifkan sebagai suatu rancangan tindakan yang menerangkan mengapa, apa dan bagaimana guru mengajar.

3.2

Butir-butir penting dalam Rancangan Pengajaran Harian PK a. Hasil Pembelajaran

20

Hasil Pembelajaran berbentuk tingkahlaku yang ideal, lengkap dan eksplisit hendaklah menunjukkan tiga ciri asas dalam pernyataan; i. Tingkah laku atau kebolehan murid akan tunjukkan. ii. Peringkat pencapaian yang murid akan tunjukkan. iii. Kriteria atau syarat perlakuan. Contoh ; Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyenaraikan (tingkah laku) dengan perkataan sendiri (syarat) lima langkah keselamatan (peringkat pencapaian) semasa menjalani aktiviti rekreasi air.

b.

Pengetahuan Sedia Ada Aspek ini penting dan perlu dipertimbangkan oleh guru semasa merancang pelajaran Pendidikan Kesihatan. Pengetahuan yang sedia ada pada murid-murid dalam sesuatu tajuk atau topik dijadikan titik tolak (start off point) atau (entry behaviour) bagi sesuatu pelajaran. Dengan mengambil kira perkara ini guru dapat merancang pelajaran secara realistik di mana tahap isi kandungan pelajaran, jenis aktiviti dan perancangan hasil pembelajaran akan dibuat sejajar dengan kebolehan murid-murid.

c.

Permulaan Ini merupakan langkah pertama dalam sesuatu pelajaran yang hendak dismpaikan oleh guru. Guru hendaklah memikirkan satu teknik yang ringkas untuk meransangkan atau menyediakan muridmuridnya dari segi mental untuk mengikut pelajarannya. Antara tujuan lain permulaan dalam Pendidikan Kesihatan adalah:

21

i. Mewujudkan perasaan ingin tahu murid-murid tentang sesuatu perkara yang berkait dengan topik pelajaran. ii. Mengarahkan perhatian murid-murid kepada tajuk pelajaran. iii. Menimbulkan minat murid-murid terhadap pelajaran.

Guru

Pendidikan

Kesihatan

yang

berkesan

akan

menggunakan pelbagai teknik untuk memulakan pelajarannya dan tidak terikat atau mengamalkan teknik serupa untuk setiap waktu pelajarannya. Penggunaan sesuatu teknik yang terlalu kerap (overused) boleh mengakibatkan kesan sebaliknya (counter-effect) dan menjejaskan suasana pelajaran.

Kemahiran Permulaan Pelajaran Pendidikan Jasmani.


Cara Menarik Perhatian Melalui soalan. Menggunakan Sumber Pengajaran dan pembelajaran. Menggunakan suara, isyarat-isyarat bahagian badan. Cara Hubungkait / Asosiatif Kaitkan dengan pelajaran atau pengetahuan yang sedia ada. Menyentuh tentang pengalaman muridmurid.

KEMAHIRAN PERMULAAN YANG GURU BOLEH APLIKASIKAN

Cara Menimbulkan Motivasi Memperkenalkan sesuatu yang menghairankan atau menakjubkan. Menjalankan aktiviti yang

Cara Menjelaskan Tugasan Menyatakan bentuk tugasan atau latihan.

22
Menerangkan tujuan pelajaran.

d.

Perkembangan Pelajaran Langkah-langkah pelajaran hendaklah disusun secara berurutan untuk memudahkan murid-murid mengikuti pelajaran. Isi pelajaran disampaikan melalui teknik penyampaian yang tertentu dan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran disediakan untuk mengukuh pembelajaran. Contoh: aktiviti pembelajaran adalah seperti berikut; i. Bersoal jawab ii. Penglibatan dalam aktiviti atau latihan. iii. Penjelasan sesuatu fakta. iv. Gerak kerja kumpulan v. Penyelesaian masalah

Di setiap langkah pelajaran guru hendaklah mengambil peluang untuk menyelitkan dan menegaskan bilai murni yang munasabah dan menepati tajuk pelajaran. Juga, perhatian perlu diberi kepada perkembangan kemahiran berfikir di kalangan muridmurid melalui aktiviti yang sesuai. Peruntukan masa diperuntukan untuk setiap langkah di bahagian ini hendaklah disesuaikan dengan kepentingan langkah. Langkah-langkah pengajaran berkait rapat dengan hasil

pembelajaran yang dirancangkan oleh guru.

e.

Penilaian

23

Penilaian tertumpu kepada pencapaian hasil pembelajaran muridmurid. Soalan utama adalah, sejauh manakah murid-murid telah mempelajarai perkara yang disampaikan dalam sesuatu waktu pelajaran. Penilaian dibuat secara ringkas dalam pelbagai cara dan bentuk. Di antara caranya adalah; i. Menjawab soalan (lisan / bertulis) ii. Persembahan iii. Melakukan tunjuk cara iv. Merumuskan isi pelajaran v. Mempamerkan hasil kerja.

f.

Penutup Pelajaran Penutup pelajaran memberi peluang kepada guru membuat rumusan tentang butir-butir utama yang telah dipelajari oleh muridmuridnya. Masa diperuntukan kepada bahagian penutup adalah ringkas, guru perlu merancang dengan teliti cara penutup pelajaran dan mejalankannya dengan cekap dengan hanya menyentuh perkara-perkara yang penting sahaja. Guru boleh juga menggunakan penutup pelajaran untuk ; i. Penilaian ringkas untuk menentukan pelajaran ii. Memberi latihan bertulis kepada kelasnya sebagai

pengukuhan pembelajaran. iii. Menjelaskan tugasan yang perlu dibuat oleh muridnya.

24

3.3

Format Rancangan Pengajaran Harian PK


: : : : Tarikh Masa Tahap / Tahun Bil. Murid : : : :

Mata Pelajaran Tunjang Tajuk Sub-Tajuk

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :

1. Kognitif 2. Psikomotor 3. Afektif Kemahiran Berfikir Pengalaman Sedia Ada Penerapan Nilai Alatan

: : : :

Bahagian / Masa

Aktiviti

Fokus Pembelajaran

Organisasi / Sumber

Permulaan

Perkembangan

Kemuncak

Penutup

25

3.4

Penulisan Hasil Pembelajaran PK Dalam pelajaran Pendidikan Kesihatan, sungguhpun pembelajaran aspek kognitif dan psikomotor dapat dinyatakan dalam bentuk eksplisit, aspek afektif iaitu perkembangan sosial, nilai dan sikap terpaksa dinyatakan secara implisit. Ini adalah memandangkan bahawa perubahan tingkah laku dalam domain afektif lebih merupakan satu perubahan dalaman dan tidak nyata (jelas) dan sukar diukur serta merta. Apabila menulis hasil pembelajaran, guru perlu menggunakan kata kerja yang tepat. Kata kerja yang tepat membantu seorang guru untuk mengetaui sama ada murid-murid telah mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Contoh kata kerja yang sesuai digunakan dalam pernyataan hasil pembelajaran adalah seperti berikut;

Domain Kognitif Menamakan Melabelkan Menyatakan Menerangkan Membezakan Merumuskan Memberi Contoh Menunjukkan Mengaitkan Mengenal pasti Mengkelaskan Membandingkan

Domain Psikomotor Melukiskan Menunjukkan Menyusun Mendemonstrasikan Menceritakan Menyesuaikan Menyusun semula Membina Mencipta Melakonkan Melakukan

Domain Afektif Mengikut Memberi perhatian Mematuhi Memilih Membezakan Mencadangkan Menggunakan Mengamalkan Menunujukkan minat Membandingkan Menunjukkan kepakaran Menunjukkan kesedaran

26

Menilai Mentafsirkan

Menunjukkan sikap Menikmati Menghargai Menilai

3.5

Contoh Rancangan Pengajaran Harian PK

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHAP 1

Mata Pelajaran Tunjang Tajuk Sub-Tajuk

: Pendidikan Kesihatan : Kesihatan Diri dan Keluarga : Kesihatan Diri : Amalan Asas Kesihatan

Tarikh Masa

: 25.07.2007 : 0800 - 0830

Tahap / Tahun : Tahap 1/ Tahun 1

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat : 1. Kognitif 2. Psikomotor 3. Afektif Menyatakan tiga amalan harian yang dilakukan bagi menjaga kebersihan. Menunjuk dua cara menggosok gigi mengikut kedudukan gigi. Mengamalkan penjagaan kebersihan diri sepanjang masa.

Pengalaman Sedia Ada Persediaan Guru Penerapan Nilai Alatan

: Murid-murid pernah melakukan aktiviti menjaga kebersihan diri. : Gambar-gamabr penjagaan kesihatan: mandi, menggosok gigi dan gambar bersiri : Kasih sayang, berdikari : Berus gigi. Tuala, sabun, tiub ubat gigi.

27

Bahagian / Masa

Aktiviti

Fokus Pembelajaran

Organisasi / Sumber / Strategi

Permulaan (3 minit)

1. Soal Jawab.

Bagaimana murid-murid boleh buktikan kewujudan kuman pada anggota tubuh badan ? Tubuh badan kotor dan berbau. Amalan kebersihan pagi, petang dan malam Memberus gigi, Mandi Menukar pakaian Mengemas bilik tidur Mencuci pakaian Gambar-gambar amalan kebersihan diri

2. Memerhati gambar amalan kebersihan pagi, petang dan malam

Perkembangan (8 minit)

1. Mengumpul dan menyusun gambar amalan kebersihan.

Susun gambar kegiatan harian mengikut turutan amalan mengikut masa. Buka tingkap bilik tidur Mengemas tempat tidur Berus gigi Mandi

Kumpulan 5 orang 6 kumpulan 6 set gambar bersiri

Pagi -

Petang - Cuci pakaian yang sudah dipakai - Berus gigi - Cuci rambut - Mandi Malam - Tukar ke pakaian tidur - Berus gigi - Cuci kaki

28

2. Menamakan alat dan bahan diguna untuk amalan kebersihan

Nama alat dan bahan - Berus gigi - Tuala - Sabun - Ubat gigi

Kelas 1 batang berus gigi 1 ketul sabun 1 helai tuala 1 tiub ubat gigi

Bahagian / Masa

Aktiviti

Fokus Pembelajaran Tunjukcara menggosok gigi yang betul. Pergerakan berus dari atas ke bawah. Jangan gerak berus dari secara melintang sebab ia akan merosakan gigi Berlakon cara mandi Cara menggunakan sabun. Cara menggunakan tuala.

Organisasi / Sumber Individu Sebatang berus gigi seorang Gambar besar cara menggosok gigi

Kemuncak (7minit)

1. Latihan Amali cara menggosok gigi

2. Lakonan cara mandi

y -

Individu

Penutup (2 minit)

1. Melihat semula gambar bersiri dan bercerita semula.

y Susunan Gambar Bersiri Pagi Buka tingkap bilik tidur Mengemas tempat tidur Berus gigi Mandi

Kumpulan 5 orang 6 kumpulan 6 set gambar bersiri

Petang - Cuci pakaian yang sudah dipakai - Berus gigi - Cuci rambut - Mandi Malam - Tukar ke pakaian tidur - Berus gigi - Cuci kaki

29

2. Menegaskan kepentingan menjaga kebersihan diri

y Kurangnya kebersihan diri memudahkan penyakit bertapak dalam diri seseorang.

RUJUKAN

Baley, J.A. & Field, D.A. (1976). Physical education and physical educator (2nd.Ed.) Boston: Allyn & Bacon. Barrow, H.M. (1971). Man and his movement principles of physical education. Philadelphia: Lea & Febiger. Bucher, C.A. (1983). Foundation of physical education (9th.Ed.). St. Louis C.V. Mosby. Bucher, C.A. (1994). Teaching children movement concepts and skills. Champaign, IL: Human Kinetics. Graham, G. (1992). Teaching physical education: Becoming a master teacher. Chamaign, IL: Human Kinetics. Grout, R.E. (1968). Health teachin in schools: for teachers in elementary and secondary schools (5th.Ed.). Philadephia: W.B. Saunders Co. Read, D.A. & Greene, W.H.(1975). Creative Teaching in Health. (2nd.Ed.). New York MacMillan Publishing Co.Inc. Teng Boon Tong. (1984). Pendidikan jasmani dan kesihatan. (3rd.Ed.). Kuala Lumpur: Longman. Teng Boon Tong. (1994). Paduan pengajaran kemahiran permainan. Petaling Jaya: Longman. Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan. Shah Alam: 30

Fajar Bakti.

31