Surat Permohonan Parit SG Siputeh (JPS)

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 5

Encik Mohamad Norhisyam Bin Hussain

Ketua Kampung
Sungai Siputeh
34140 Rantau Panjang
Selama Perak
Perak Darul Ridzuan

Encik Taquddin Azmy Bin Zawawi


Jurutera Daerah
Pejabat Jurutera Daerah,
Jabatan Pengairan Dan Saliran
Larut Matang Dan Selama,
34000 Taiping Perak
Perak Darul Ridzuan. 13 September 2022

Tuan,

PERMOHONAN PEMBESARAN PARIT SALIRAN SEDIA ADA KAMPUNG SUNGAI SIPUTEH,


SELAMA PERAK

Dengan segala hormatnya, perkara diatas dirujuk

2. Saya selaku ketua kampung sungai siputeh ingin memohon jasa baik daripada pihak tuan untuk
membaik pulih dan membesarkan parit jalan di kampung sungai siputeh untuk mengelak bencana banjir
yang sering melanda Kawasan tersebut yang menyebabkan rumah dan jalan utama penduduk sekitar
dinaiki air banjir.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, keadaan parit yang sedia ada sekarang adalah kurang
memuaskan kerana terlalu kecil dan dipenuhi tumbuhan serta berlaku runtuhan tanah yang
menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik menyebabkan lebih 10 buah rumah terjejas akibat
banjir, turut terjejas adalah jalan utama menuju ke kampung sungai bayor.

4. Sehubungan itu, bersama-sama dengan surat ini saya lampirkan gambar keadaan parit yang
sedia ada tersebut.

5. Segala keperihatinan dan Kerjasama dari pihak tuan amat sangat dihargai supaya masalah ini
dapat di selesaikan dan pihak kami mendahulukan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Yang benar, Sokongan,

………………………………………. …………………………………………….

Anda mungkin juga menyukai