Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN YDP PIBG

SEMPENA SAMBUTAN “TEACHERS RAYA ARAMAITI”


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t, selamat sejahtera dan
Selamat Hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.

Yang Berusaha En. Ahmad Ladju, Timbalan PPD Sandakan,


Yang Berusaha, En. Masri b Ahmad, Nain pengersi PIBG
Yang berusaha, Pn. Aminah bt. Latuwo. Guru besar Sk Kg. Pertanian
Yang Dihormati, Guru-guru dan para ibu bapa.

Yang Dikasihi para murid-murid SK Kg. Pertanian.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya ,


dapatlah kita berkumpul untuk sama-sama merayakan majlis sambutan “Teachers
Raya Aramaiti” di peringkat sekolah SK Kg Pertanian dengan dengan jayanya.

“Teachers Raya Aramaiti


“Teachers raya aramaiti ini adalah bermaksud guru menyambut raya secara
beramai-ramai. Majlis sambutan ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi
hubungan silaturrahim antara para murid, ibu bapa dengan semua warga
pendidik di sekolah ini. Disamping kita menyambut perayaan ini, ada banyak
manfaat yang kita boleh dapat dan pelajari berkenaan dengan nilai-nilai murni
dalam kehidupan seharian.

Berkenaan dengan prasarana sekolah saya ada membuat beberapa


perancangan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sama ada
di dalam bilik darjah atau pun di luar bilik darjah. Oleh yang demikian, dalam
tempoh masa terdekat ini saya akan mengadakan perbincangan bersama-sama
dengan semua AJK PIBG dan guru-guru untuk mendapatkan kata sepakat atau
pun keputusan berkenaan dengan hal tersebut. Namun demikian sumber
kewangan atau pun peralatan kita boleh memohon sumbangan daripada pihak-
pihak berkenaan sebagai contoh meminta sumbangan kepada YB-YB di sekitar
kawasan ini.
Sebagai wakil ibu, bapa dan penjaga pelajar, kami amat menyedari
kegigihan para guru untuk menyerlahkan lagi kemampuan para murid. Para guru
berperanan serta bertanggungjawab untuk mengembangkan minat para pelajar
dalam bidang masing-masing. Sebagai guru, besar sungguh peranan para guru.
Para guru jugalah yang amat menyedari kesungguhan para pelajar dalam
merealisasikan impian masing-masing. Pelajar merupakan tunjang negara pada
masa hadapan. Para murid juga mesti menanamkan azam untuk mencapai
kecemerlangan.

Murid-murid adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah
pembangunan pada masa akan datang. Dengan tujuan membangunkan potensi
murid-murid secara menyeluruh. Namun demikian masih banyak ruang yang
perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi
mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang
dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang
dari segi jasmani , emosi, rohani, intelek dan sosial.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Di kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan kepada para guru
di SK Kg Pertanian yang terus berusaha dengan gigih dan cemerlang demi
tanggunggjawab dan amanah yang sangat besar serta bermakna kepada
masyarakat, agama dan Negara.

Terima kasih juga saya ucapakan kepada semua AJK PIBG dan semua ibu
bapa, guru yang terlibat semasa mesyuarat agung PIBG yang diadakan pada Isnin
lepas kerana telah melantik saya dengan sebulat suara untuk menjadi pengerusi
PIBG bagi sesi 2022. Oleh itu, saya berharap agar ukhuwah atau hubungan antara
semua warga sekolah, murid dan ibu bapa akan sentiasa utuh dan semakin erat
dari semasa ke semasa. Saya akhiri ucapan saya dengan ucapan Selamat Hari Raya
Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang hadir dan bekerjasama dalam
menjayakan Majlis Teacher’s Raya Aramaiti ini. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai