Anda di halaman 1dari 7

MODERATOR Bismillahirahmannirrahim

Assalamualaikum warahmatullahitaalahiwabarakatuh,
Salam sejahtera , salam sayangi alam sekitar.

Ahli panel dan sidang hadirin yang dirahmati Allah

    Alhamdulillah, bersyukur kita  ke hadrat Allah Subhanahu Wataala


kerana dengan limpah kurnia  dan izin-Nya dapat kita bersama-sama
bersua dalam bicara intelek iaitu forum remaja. Saya Muhammad
Tirmizi B Shaudi selaku moderator forum anda pada hari ini.

Hadirin yang dihormati


    

     Tajuk forum kita   bertemakan melestarikan alam sekitar iaitu


Apakah nasib alam sekitar kita kini ?.

sidang hadirin yang dihormati, sebelum tirai forum dibuka bagi


menelusuri  lebih mendalam topik perbincangan , molek kiranya kita
berkenalan  dengan  ketiga-tiga ahli panel  kita pada hari ini.
     
Di sebelah kanan saya, saudari Nur Syafiqah Aini Bt Md Fadzil yang
merupakan ahli panel yang pertama, nampak yakin dan tenanag
saudari hari ini. selamat datang saudari Syafiqah.

 Seterusnya, di sebelah kiri saya , perkenalkan ahli panel kedua,


saudara Wan Muhammad Hafizuddin B Wan Zaki, kacak  bergaya
orangnya. Walaupun Nampak pemalu, namun petah bicaranya.

 Berada di sebelah ahli panel kedua, tak lain tak bukan tentulah ahli
panel kita yang ketiga , nampak tampan dan murah dengan
senyuman iaitu saudara Muhammad Nadzrun Najmi B Muhrim

Usai salam perkenalan daripada semua ahli panel,kembali kita


kepada topik  forum kita  iaitu  Apa Nasib Alam Sekitar Kita Kini ?

Sidang hadirin yang dihormati


    
Sidang hadirin, ahli panel yang dihormati
Izinkan saya untuk membuka tirai diskusi forum remaja kita dengan
soalan pertama yang akan saya ajukan kepada ahli panel pertama.  
Saudari Syafiqah , mohon saudari memberikan definisi alam sekitar
dan penjelasan mengenai tajuk kita hari ini.  

PANEL 1 Terima kasih saudara  pengerusi,

Sidang hadirin dan ahli panel  yang dihormati.

Sungguh menarik persoalan yang  diajukan oleh saudara pengerusi


tentang definisi alam sekitar . Apakah sebenarnya alam sekitar
sehingga  kita sibuk untuk membahaskan dan mempersoalkan
tentang nasib alam sekitar kita kini ?

Saudara Pengerusi , ahli panel  dan Sidang hadirin

Menurut kamus dewan edisi keempat , ALAM bermaksud dunia, bumi


atau segala yang terdapat di langit dan di bumi dan SEKITAR
bermaksud di tempat atau di sekeliling. Oleh itu , alam sekitar
membawa maksud apa sahaja yang ada di sekeliling kita.

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia,


tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini
termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti
sungai dan laut. Alam sekitar kini semakin tercemar kerana terdapat
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan
pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai,
penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar
seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada
masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun
lagi.

Pembangunan Malaysia yang pesat pada masa ini telah


menyebabkan terlalu banyak perbezaan alam sekitar yang berlaku di
negara kita. Pokok-pokok digantikan dengan bangunan-bangunan
yang tinggi , pusat-pusat peranginan dan rumah-rumah yang mewah.
ada baiknya kerana menjadikan negara lebih maju , namun ada
buruknya kerana menjadikan negara ‘tidak hijau’ seperti dulu lagi.
Negara kita kini terdedah dengan banyak pencemaran yang terdiri
daripda pencemaran air , pencemaran udara dan pencemaran tanah.

Tak tumbuh tak melata


Jika tak sungguh, kami tak kata

Sidang hadirin yang dihormati ,

Pada 7 mac yang lalu , Malaysia digemparkan dengan satu bencana


alam yang amat kritikal di mana pencemaran udara yang melibatkan
gas kimia berbahaya yang dikenal pasti sebagai gas metana telah
berlaku di Sungai Kim Kim , Pasir Gudang. Pencemaran ini telah
melibatkan beratus orang mangsa yang terdiri daripada pelajar dan
orang awam dan merupakan jumlah yang begitu besar sehingga
negeri Johor hampir diisytiharkan darurat.

Jelaslah disini , anda dapat lihat bagaimana mendefinisikan nasib


yang dialami oleh alam sekitar kita kini. Sedar atau tidak , nasib alam
sekitar yang luas ini terletak pada tangan-tangan kecil kita.

Sekian sahaja daripada saya , kembali kepada saudara pengerusi.


MODERATOR Terima kasih saudari Syafiqah ,

Sungguh terkesan di hati saya apabila mendengar peristiwa di Pasir


Gudang , Johor yang telah diceritakan oleh saudari sebentar tadi.
Betapa kejamnya tangan-tangan manusia sehingga menyebabkan
tragedi buruk seperti itu berlaku. Salam takziah saya ucapkan kepada
mangsa yang terlibat.

Seterusnya, saya mohon  penjelasan daripada ahli panel kedua,


saudara Wan tentang faktor yang menyebabkan pencemaran alam
belaku di negara kita. Dipersilakan.

PANEL 2 Faktor pencemaran alam


1) Antara puncanya ialah Masalah sikap individu – tiada kesedaran
sivik( buang sampah merata)
2) Selain itu, Pembangunan scra x sistematik—organisasi x
bertanggungjawab( kilang)
3) Seterusnya, Penggunaan kenderaan—asap kenderaan kandungi
gas berbahaya
4) Hal demikian, Pembakaran secara terbuka—mnybabkan suhu
bumi meningkat
5) Walaubagaimananpun, Kurangnya peranan kerajaan—kurang
memberi cakna tntg hal sprti ini

MODERATOR Terima kasih atas penjelasan  yang panjang lebar  daripada saudara
WAN berhubung   faktor yang menyumbang kepada nasib buruk
alam sekitar kita kini

Saudara Najmi , bolehkah saudara menceritakan serba sedikit


tentang langah-langkah pencegahan yang perlu diambil untuk
mengelakkan nasib buruk alam sekitar kita daripada terus
berleluasa ?

PANEL 3 Terima kasih saya ucapkan kepada moderator majlis diatas


soalan yang cukup baik itu. Pepatah melayu ada mengatakan, “tiada
penyakit yang tiada penawarnya”. usaha untuk mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar ini seharusnya dimulakan daripada institusi
kekeluargaan. Dalam hal ini ibu bapa memainkan peranan yang
sangat penting. Mereka sebagai insan yang paling hampir dengan
anak-anak sepatutnya mendidik mereka untuk menghargai dan
mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi. Hal ini selaras dengan
peribahasa melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Oleh itu, ibu bapa hendaklah mendedahkan kepada
anak-anak berkaitan isu pencemaran alam sekitar terkini untuk
menyedarkan mereka tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Tidak cukup dengan itu ibu bapa juga harus menjadi suri teladan
kepada anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa janganlah
membuang sampah merata-rata ataupun melakukan pembakaran
terbuka. Hal ini kelihatan remeh sahaja namun begitu membawa
pengajaran yang besar kepada anak-anak.
Seterusnya, sekolah boleh diibaratkan sebagai rumah kedua
kepada para pelajar. Oleh itu, pihak sekolah juga berperanan dalam
usaha mengatasi pencemaran alam sekitar. Antara langkah yang
boleh dilakukan oleh pihak sekolah termasuklah kempen kesedaran
untuk memupuk perasaan cinta akan alam sekitar dalam kalangan
pelajar. Melalui aktiviti yang dilakukan murid dapat menyedari kesan
buruk yang disebabkan oleh pencemaran alam sekitar. Selain itu,
usaha-usaha ini juga boleh dilakukan melalui penubuhan Kelab Alam
Sekitar. Misalnya, Kelab Alam Sekitar boleh mengadakan program
gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dengan tujuan
mendedahkan pelajar dengan aktiviti alam sekitar secara intensif.
Akhir sekali, perancangan dan pengurusan sisa secara
sistematik juga dapat mengatasi langkah menguruskan masalah
pencemaran alam sekitar dengan efektif. Masyarakat seharusnya
mempraktikkan program 3R dalam kehidupan seharian iaitu ‘Reduce,
Reuse, Recycle’. ‘Reduce’ merujukkan kepada usaha mengurangkan
penggunaan bahan sumber yang terhad. Dalam erti kata lain,
masyarakat haruslah berjimat cermat. ‘Reuse’ pula membawa
maksud menggunakan semula bahan buangan yang terpakai. Hal ini
dapat menjimatkan bahan sumber dan mengurangkan sampah sarap
yang mencemarkan alam sekitar. ‘Recycle’ pula menggalakan
masyarakat kita supaya mengamalkan sifat kitar semula. Hal ini
dapat mengurangkan kos pelupusan sampah. Oleh itu, masyarakat
sentiasa peka terhadap isu-isu pencemaran alam sekitar untuk
mengelakkannya menjadi lebih serius.
Sekian sahaja daripada saya, kembali kepada moderator majlis.

MODERATOR Terima kasih sahabat-sahabat ahli panel yang sungguh bersemangat


dan beriltizam  

Demikian tadi rumusan bual bicara  daripada semua ahli panel kita
tentang Apa nasib alam sekitar kita kini.

Tuntasnya, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana


muafakat, kalau tidak dipecahkan ruyung , manakan dapat sagunya.
Kalau masyarakat kini bersatu untuk mengamalkan langkah
pencegahan tersebut , pasti nasib alam sekitar akan terjaga sampai
ke hujung hayat.

Terima kasih kepada semua ahli panel yang sudi hadir untuk
membicarakan isu alam sekiar ini . Semoga forum ini menjadi wadah
melahirkan remaja yang cakna terhadap isu-isu alam sekitar
seterusnya bersama-sama menjaga alam sekitar kita. Harapan saya
forum ini juga mampu memberikan informasi bermanfaat buat semua
hadirin yang dihormati.

Sebelum mengakhiri forum kita pada hari ini , terimalah serangkap


pantun daripada saya:
Tuailah padi antara masak ,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara Nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

      Sekian sahaja untuk hari ini , tersilap kata mohon dimaafkan.
wabillahitaufik wal hidayah, wassalam mualaikum warah matullah.

Anda mungkin juga menyukai