Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN WAKIL MURID

SEMPENA
MAJLIS PERSARAAN & PERPISAHAN

PUAN RODZIAH BT KHALID


DAN
EN. HISHAM BIN MOHAMAD DAUD

TARIKH: 22 JULAI 2022

Terima kasih Pengerusi Majlis..


Yang Berusaha Puan Suryati bt Othman, Guru Besar SK Pengkalan
Yang Dihormati Puan Zulaiha bt Zulkifli, Penolong Kanan 1,
Tn Hj Mohamad Ridhauddin bin Mohd Isa, Penolong Kanan HEM
En Amirudin bin Zakeria, Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Zuriny bt Bunyamin, Penolong Kanan Petang
Yang diraikan Cikgu Rodziah bt Khalid dan Cikgu Hisham bin Mohamad Daud,
guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT
kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis
perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini.

Para Hadirin Yang Diraikan dan Dikasihi Sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat
menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi
detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana
kehilangan kedua-dua guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, kedua-dua guru ini
bukan sahaja guru, tetapi ibarat ibu dan bapa kami dalam sebuah keluarga besar di Sekolah
Kebangsaan Pengkalan ini.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid SK Pengkalan ingin merakamkan setinggi-tinggi
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru kami yang tidak pernah mengenal erti
jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak muridmu. Kami berdoa, semoga
Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Cikgu Rodziah binti Khalid
dan Cikgu Hisham bin Mohamad Dawod serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan
tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara.

Kepada Cikgu Rodziah selamat bersara. Semoga diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan
rezeki. Untuk Cikgu Hisham , tahniah atas kenaikan pangkat dan semoga terus cemerlang di
tempat kerja yang baharu.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu, patah kan
tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang akan tetap kekal abadi. Saya akhiri ucapan
saya dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai