Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADAN, KHATAM AL QURAN DAN

PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI

Bismillahhirrahmannirrahim

Yang Berhormat, Dato Haji Azizul Kamar bin Abd Rahman,


Yang Dipertuan PIBG SM Sains Alam Shah

1. Yang Berusaha En Jasmi bin Md Isa,


2. Pengetua SM Sains Alam Shah.
3.
4. Yang Berusaha Pn Ku Zaleha binti Ku Saad,
5. Penolong Kanan SM Sains Alam Shah.

6. Yang Dihormati En Zuri Afizu bin Mat Jusoh,


7. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SM Sains Alam Shah.
8.
Yang Dihormati Pn Nor A’inun binti Mat@Muhammad,
Penolong Kanan Kokurikulum
9.
Aluan Seterusnya Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru dan murid-
murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t
2
Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekelian,

Di majlis yang permai ini, marilah kita sama-sama memanjatkan


kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya
kita diberikan kekuatan dan kelapangan masa untuk sama-sama
menjayakan  majlis khatam al-quran dan penyampaian sumbangan
Eidilfitri pada tahun ini bersempena juga dengan dan majlis penutupan
program ihya’ ramadhan SM Sains Alam Shah 2022/1443H

Hadirin-hadirat sekalian
Membaca dan mempelajari Al-Quran di bulan yang mulia ini sangatlah
besar ganjarannya. Oleh itu, warga ASIS tidak ketinggalan untuk
membaca Al-Quran secara berkumpulan bagi mendapat manfaat
bersama. Kita telah melaksanakan tadarus al-Quran setiap hari sebagai
salah satu program ihya ramadan kali ini. Sebagai penutup program
tadarus al-quran, majlis mempersilakan Al Fadil Ustaz Azri bin Andullah
untuk memimpin Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini.. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari


ini.Terima kasih di atas alunan ayat-ayat Al-Quran tadi.

Lampu neon penyeri malam,


Malam syahdu sambut lebaran,
Cantik di mata indah di dalam,
Hiasan rumah bacalah Al-Quran.

Hari redup udarapun nyaman,


Duduk berehat di taman kekwa,
Al-Quran dibaca jadi pedoman,
Pelita dunia menuju taqwa.

Ucapan Warga ASIS yang dikasihi,


perasmian
penutup ihya
Duduk sekawan si burung unta,
ramadan
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Jesteru, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan


yang berusaha pengetua SM Sains Alam Shah, En Jasmi bin Md Isa
untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang berusaha pengetua SM Sains Alam Shah, En Jasmi bin Md
Isa atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput tetamu kehormat kita, Yang Berhormat,


Dato Haji Azizul Kamar bin Abd Rahman, Yang Dipertuan PIBG SM Sains
Alam Shah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
menyempurnakan upacara penutupan program ihya’ ramadhan
2022/1443H

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Berhormat, Dato Haji Azizul Kamar bin Abd Rahman atas
ucapan dan
penyempurnaan perasmian penutup program ihya’ ramadhan 2022
sebentar tadi.

Penyampaian Guru-guru dan para pelajar sekalian,


hadiah khatam
al-quran dan
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah dan
sumbanagn
sumbangan hari raya.
eidilfitri

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Azri


untuk menjemput dan mengiringi Yang berusaha Penolong Kanan HEM,
En Zuri Afizu bin Mat Jusoh bagi menyempurnakan penyampaian
hadiah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.................................

- Peserta Khatam Al-Quran


- Imam & Bilal Solat Terawih

Terima kasih En Zuri atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar


tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata dan hadiah


kepada peserta yang terlibat di dalam pertandingan Ihya Ramadan.

Dijemput Ustazah Badriah untuk mengiringi Yang Berusaha Penolong


Kanan, Puan Ku Zaleha binti Ku Saad bagi menyempurkan penyampaian
hadiah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..........

- Hakim Pertandingan
- Pertandingan Ihya Ramadan

Terima kasih Puan Ku Zaleha atas kesudian menyampaikan hadiah


sebentar tadi.

Sekarang dijemput Ustaz Mohd Yusri untuk menjemput dan mengiringi


Yang Berusaha Tuan Pengetua, En Jasmi bin Md Isa dan Yang Dipertuan
PIBG, Dato Haji Azizul Kamar bin Abd Rahman naik ke pentas untuk
menyampaikan sumbang Hari Raya dan Piala Pusingan Ihya Ramadan
2022.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

- Sumbangan Pekerja Pembersihan dan Pegawal Keselamatan


- Sumbangan Anak Yatim dan Asnaf
- Piala Pusingan Juara Keseluruhan 2022
- Cenderamata tetamu kehormat.

Terima kasih Dato Haji Azizul Kamar, En Jasmi dan En Yusri di atas
kesudian menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan Ihya
Ramadan 2022.

Bersurai Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Dengan berakhirnya pemberian sumbangan sebentar tadi, maka majlis


sudah sampai kepenghujungnya

Sebelum berakhirnya majlis pada pagi ini, marilah kita menonton


persembahan multimedia yang menjadi johan bagi pertandingan video.
Dipersilakan…..

Harum baunya Si bunga cengkih


Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

Kutanam-tanam padi seladang


Malang nasibku lalang yang jadi
Andai ada masa terluang
Salam hormat berjumpa lagi.

Dikesempatan ini juga, saya mewakili guru-guru semua merakamkan


sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ihya’
ramadhan  pada tahun  ini.
Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Selamat bercuti dan selamat hari raya aidilfitri kepada semua……

Anda mungkin juga menyukai