Anda di halaman 1dari 1

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


02600 PAUH PUTRA, PERLIS

Tuan/Puan,

MEMOHON PENAJAAN / SUMBANGAN UNTUK ACARA “ BATIK KAMI ”

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Diploma Pengurusan Acara semester 4, Politeknik


Tuanku Syed Sirajuddin akan menganjurkan acara “Batik Kami” bagi memenuhi keperluan kursus
DTM40134 - Event Operation And Management sebagai projek pengajian. Program ini adalah berbentuk
jenis/ ringkasan acara. Butiran acara adalah seperti butiran berikut:

Tarikh : 02 November 2022 ( Rabu )

Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Perlis

3. Acara ini bertujuan untuk mempromosikan dan memperkenalkan batik Perlis kepada setiap
individu di negeri Perlis. Selain itu, acara ini merupakan satu acara yang mampu menarik kedatangan
pelancong ke negeri ini terutama kepada golongan yang meminati seni batik.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak Tuan/Puan dapat
memberikan penajaan untuk besama-sama menjayakan acara ini. Bersama-sama ini disertakan borang
jawapan penajaan untuk rujukan dan tindakan Tuan/Puan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan
pihak Tuan/Puan boleh menghubungi Pengarah Projek kami Mohamad Faiz Hilmi bin Kamarudin (014-
3288371) dan Timbalan Pengarah iaitu Lok Mee Wan (013-7368731).

5. Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak Yang Berbahagia Datuk amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHAMAD FAIZ HILMI BIN KAMARUDIN)


Pengarah Projek Batik Kami

Anda mungkin juga menyukai