Anda di halaman 1dari 4

Globalisasi telah menjadikan Asia Tenggara sebuah wilayah yang telah berkembang ke arah menjadi lebih demokratik.

PENGENALAN Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi. Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalisasi menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat. Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadansempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan kewujudan globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini. DEFINISI Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Lodge (1993) mendefinisikan globalisasi sebagai, a process forced by global flows of people, information, trade and capital. It is accelerated by technology, which is driven by only a few hundred multinational corporations and may be harmful to the environment. There in lies the conundrum of whether it is wise to leave globalization in the hands of these few corporations, or might it not make more sense to seek greater involvement from the global ciommunity. Kenichi Ohmie (1995) pula menyatakan teknologi canggih telah menggalakkan pemampatan ruang dan masa. Manusia seluruh dunia boleh berhubung dengan kerap dalam masa yang singkat. Abd. Rahman Embong (2000) menyatakan bahawa globalisasi berkait rapat dengan pengurangan kedaulatan negara, keterobosan sempadan, kecanggihan teknologi, perdagangan bebas sempadan. Globalisasi juga boleh merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain.

GLOBALISASI DAN DEMOKRASI. Globalisasi juga berkait rapat dengan demokrasi. Demokrasi yang dimaksudkan ialah demokrasi yang memberi kebebasan seperti kebebasan maklumat (media), kebebasan hak asasi, gender, kebebasan memilih pemerintah (pilihan raya) kebebasan berpartisipasi (masyarakat sivil), perniagaan (kapitalis/liberalis) dan sebagainya. Kebebasan maklumat Maklumat boleh diperolehi melalui internet, televisyen, radio, surat khabar, telefon bimbit, dan sebagainya. Globalisasi tidak menyekat maklumat dari terus tersebar. Ini bermaksud masyarakat dunia boleh mendapatkan maklumat atau informasi dari negara jiran atau serantau atau merentas benua tanpa sebarang sekatan. Penyebaran maklumat ini berkait rapat dengan kecanggihan teknologi maklumat. Sebagai contoh, rakyat negara Singapura boleh mendapatkan perkembangan terkini isu-isu semasa negara Thailand melalui internet tanpa perlu pergi ke sana. Persoalannya, adakah negara demokrasi di Asia Tenggara mempraktikkan kebebasan? Dua (2) contoh negara Asia digunakan untuk melihat sejauh manakah globalisasi memberi nilai demokrasi kepada rakyat. Kebebasan Media. Singapura misalnya, mendokong amalan demokrasi namun tidak mempraktikkannya dengan jelas. Rakyat tidak bebas mendapatkan maklumat berkaitan isu-isu politik dalam negara. Ini disebabkan media massa singapura yang pro pemerintah. Mereka tidak menyebarkan maklumat dengan telus sebalikkan menyebarkan berita yang memberi keuntungan kepada pemerintah sedangkan kita ketahui kebebasan maklumat itu bukanlah diberikan kepada pemerintah semata-mata malah rakyat juga harus menerimanya dengan adil. Kebanyakan media di Singapura tidak dapat menyebarkan berita yang telus kerana sekatan undang-undang yang tidak membenarkan media menyebarkan. Hukuman yang dikenakan juga menyebabkan media Singapura tidak berani untuk berlaku adil dalam menyebarkan maklumat. Indonesia pula dilihat memberi kelongggaran kepada media massa menyampaikan berita kepada rakyat namun ianya masih dibelenggu sekatan dan undang-undang dari pemerintah. Hanya isu-su tertentu sahaja yang boleh disebarkan kepada rakyat dengan adil seperti isu hiburan, isu bencana alam, isu negara luar yang sedang berkonflik dengan Indonesia dan sebagainya. Namun isu politik dalam indonesia tidak dibenarkan disebarluas oleh media. Ini disebabkan media Indonesia adalah pro pemerintah dan informasi haruslah memberi kebaikan dan keuntungan kepada pemerintah dan menyanjung pemimpinnya. Sekiranya ada media yang mewujudkan provokasi di kalangan rakyat berkaitan isu politik dalaman, makan tindakan tegas akan dikenakan. Masyarakat Sivil

Secara amnya, masyarakat sivil diertikan sebagai suatu set kesatuan sosial yang autonomi atau bebas daripada pengaruh pemerintah dan tidak bermatlamatkan politik. Ianya juga dilihat sebagai mata kepada rakyat dan bertindak sebagai pemerhati terhadap pemerintah dan juga dasar yang dilaksanakan. Peranan masyarakat sivil di Singapura dilihat sangat sedikit kerana kebanyakan rakyat singapura tidak begitu berminat untuk melibatkan diri dalam pertubuhan-pertubuhan NGO kerana pada mereka apa yang disampaikan oleh perjuangan NGO ini tidak sampai terus kepada pemerintah atau kerajaan. Ini membayangkan kepada kita bahawa NGO di Singapura tidak mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pemerintah. kewujudannya hanyalah lambang demokrasi semata-mata. Walau bagaimanapun tidaklah semua NGO itu tidak mampu mengubah keputusan pemerintah, sebagai contoh; pertubuhan WWF misalnya mempunyai banyak cawangan di serata dunia. Pertubuhan ini memainkan peranan menggesa kerajaan supaya memelihara alam sekitar dan menyelamatkan haiwan. Ini merupakan NGO sejagat dan kerajaan harus mematuhinya. Di Indonesia pula, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) memang banyak jika dibandingkan dengan Singapura. Ini kerana rakyat di Indonesia lebih terdedah dengan konsep demokrasi dan masyarakat sivil. Mereka juga sering menjalankan aktiviti kemanusiaan dan sebagainya. Namun begitu, NGO ini sering bertelagah kerana mereka sering memperjuangkan kepentingan komuniti mereka sahaja. Justeru, kehadiran pihak berkuasa seperti polis dilihat banyak menjadi penghalang kepada berlaku rusuhan. Selain polis, kehadiran tentera juga boleh menjadi penghalang kepada NGO untuk membuat demonstrasi jalanan kerana mereka bimbang ia mampu mengancam ketenteraman rakyat dan mengakibatkan keputusan pemerintah akan dipertikai oleh rakyat. Mengapa kebebasan disekat? Walaupun pemerintah sering mengakui bahawa sistem demokrasi adalah sistem yang memberi kebebasan kepada rakyat memilih dan membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak, namun kebebasan ini tidak diberi sepenuhnya kepada rakyat. Mengapa? Jawapannya ialah kerana pemerintah ingin mengekalkan regimnya dan terus menguasai negara dan memerintah mengikut acuan mereka. KESIMPULAN. Globalisasi telah banyak membawa perubahan kepada negara di Asia Tenggara. Jika dahulunya globalisasi dilihat sebagai satu pencabulan sempadan negara namun kini banyak negara di Asia Tenggara telah mula menerima kehadiran globalisasi. Globalisasi bukan sahaja berkaitan dengan keterobosan sempadan negara, ianya juga berkaitan dengan perubahan sistem ekonomi, perubahan budaya, kecanggihan teknologi, perubahan budaya kerja, kemasukan syarikat asing dalam negara dan sebagainya. Negara Asia Tenggara tidak dapat mengelak dari menerima arus globalisasi. Sebagai contoh; sistem ekonomi Vietnam dahulunya ialah sistem ekonomi sosialis kini telah bertukar kepada sistem kapitalis atau liberalis. Ini menunjukkan bahawa negara Asia telah menerima perubahan yang dibawa

oleh arus globalisasi. Globalisasi juga bermaksud demokrasi. Demokrasi yang dimaksudkan ialah kebebasan bersuara, berpertubuhan, menerima hak yang sama rata tanpa memilih kasih. Justeru, globalisasi sememangnya memberi kesan dalam negara di Asia Tenggara dan menjadikan negara di Asia Tenggara lebih demokratik. Namun Nilai Asia yang dijunjung tinggi oleh kebanyakan negara melihatkan kepada kita bahawa demokrasi yang di bawa oleh Asia berbeza dengan demokrasi di barat.