Anda di halaman 1dari 11

MJA 1013 PENGANTAR SAINS SOSIAL

1.0

PENGENALAN Apakah yang dimaksudkan dengan sosiologi? Sosiologi merupakan kajian tentang hukum

masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial ataupun lebih dikenali sebagai masyarakat. Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Kajian sosiologi adalah berkaitan dengan perangai manusia atau secara amnya mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat.

Perkataan sosiologi mula digunakan oleh ahli sains sosial Perancis iaitu Auguste Comte (1798-1857). Ia berasal daripada perkataan latin. Beberapa takrifan telah diberikan oleh ahli-ahli sosiologi tentang bidang dan disiplin yang baru ini. Neil J.Smelser mentakrifkan sosiologi sebagais atu kajian saintifik tentang masyarakat dan hubungan sosialnya. Manakala de fleur dan dantonio mentakrifkan sosiologi sebagai satu percubaan untuk meneliti tingkah laku sosial manusia secara sistematik. Ia bertujuan untuk memahaminya, meramal tingkah laku tersebut dan juga melakukan sesuatu yang berkaitan dengannya. Sosiologi juga adalah ilmu pengetahuan yang mempelajari gejala-gejala dalam pergaulan manusia. Walau apapun takrifan yang diberikan, sosiologi adalah berkaitan dengan interaksi sosial budaya, birokrasi, peranan jantina, umur, tingkah laku, politik, kuasa, nilai dan norma dan sebagainya.

MJA 1013 PENGANTAR SAINS SOSIAL

Sosiologi merupakan satu bidang baru jika dibandingkan dengan sains social yang lain. Sosiologi juga bukan bidang sains fizikal atau sebahagian daripada bidang kemanusian kerana ianya terletak di tengah-tengah iaitu diantara sains fizikal dan kemanusiaan. Konsep ini dapat digambarkan seperti berikut:-

Kemanusiaan ------

Sosiologi

------

Sains Fizikal

Auguste Comte juga dikenali sebagai bapa sosiologi

telah menggunakan perkataan

sosiologi di dalam karyanya di Perancis yang bertajuk Positive Philosophy yang diterbitkan pada tahun 1842.

2.0

AUGUSTE COMTE (1789-1851): PENGASAS BIDANG SOSIOLOGI

Auguste Comte atau nama sebenarnya nama penuh Isidore Marie Auguste Franois Xavier Comte dilahirkan di kota Monpellier, Perancis pada tahun 1789. Bapanya merupakan seorang pegawai kerajaan dan penganut agama Kristian Katolik. Walaupun membesar didalam pengaruh agama kristian katolik yang kuat, Comte mempunyai pemikiran

yang bebas iaitu pada usia 13 tahu Comte mempelajari ilmu matematik di sekolah di 2

MJA 1013 PENGANTAR SAINS SOSIAL

Monpellier. Comte menyertai penganut Republik yang mempunyai fahaman yang berbeza daripada ajaran-ajaran agama katholik.

Pada usia 16 tahun, Comte berpindah ke Paris kerana telah diterima masuk di sebuah sekolah elit iaitu di cole Polytechnique, Paris. Di situ beliau lebih menumpukan

pengajiannya di dalam bidang matematik dan sains natural. Namun tidak lama kemudian pada tahun 1816, cole ditutup untuk penyusunan semula. Bagaimanapun, pelajar boleh memohon untuk kemasukan semula pada tarikh lain. Dengan itu, Comte terpaksa meninggalkan cole dan meneruskan pengajiannya di sekolah perubatan di Montpellier. Apabila cole dibuka semula, beliau tidak cuba memohon masuk kembali. Setelah keluar dari sekolah tersebut, Comte kembali ke Monpellier dan tidak lama kemudian beliau berpindah sekali lagi ke Paris. Di Paris beliau telah bekerja secara sambilan untuk menyara hidup dan dalam pada masa yang sama beliau menjadi penuntut kepada Saint Simon yang bertanggungjawab memperkenalkan Comte kepada golongan cendiakawan.

Tidak lama selepas itu pada tahun 1824, Comte meninggalkan Saint-Simon kerana terdapat perbezaan yang tidak dapat diselesaikan. Setelah meninggalkan saint simon, Comte mempunyai matlamatnya sendiri iaitu melengkapkan falsafah positivismenya. Beliau telah menerbitkan sebuah karya yang bertajuk Plan De Traveaux Scientifiques Ncessaires Pour Rorganiser La Socit (1822) tetapi gagal menjawat sebarang jawatan sebagai tenaga pengajar. Comte hanya bergantung hidup atas bantuan kewangan dan tajaan daripada rakan-rakan yang bersimpati denganya.

MJA 1013 PENGANTAR SAINS SOSIAL

Tidak lama selepas itu Comte menamatkan zaman bujangnya bersama seorang wanita yang bernama Caroline Massin dan bercerai tidak lama kemudian. Comte dikenali sebagai seorang lelaki yang panas baran, angkuh dan mengalami penyakit delusi. Beliau pernah dimasukan ke hospital sakit jiwa pada tahun 1826 tetapi tidak lama selepas itu beliau dikeluarkan semula tanpa sebarang rawatan dan hanya diberi ubat sebagai penahan sakit. Sepanjang tempoh ini beliau telah berjaya menerbitkan 6 buah karya penulisanya yang bertajuk Cours. Pada tahun 1844, Comte telah menjalinkan persahabatan dengan seorang wanita bernama Clotilde de Vaux, namun hubungan persahabatan itu lama kelamaan menimbulkan perasaan cinta terhadap Clotilde de Vaux. Walaupun, Comte sangat mencintainya hingga akhir hayat Clotilde tidak pernah menerima cinta Comte kerana sudah bersuami. Selepas kematian Clotilde pada tahun 1846, Comte melihat dirinya sebagai pengasas dan nabi agama kemanusiaan yang baru. Beliau menerbitkan empat jilid Systme de politique positive (1851 - 1854). Tidak lama kemudian Comte meninggal di Paris dan dikebumikan di Cimetire du Pre Lachaise yang termasyhur.

Karya beliau yang terbesar telah dibuat pada awal abad ke 19 dan karya-karya beliau banyak di pengaruhi oleh krisis politik dan masyarakat yang berlaku pada zamanya. Beliau telah memperkenalkan konsep positivism iaitu kaedah yang menggunakan pemerhatian dan penyelidikan untuk memahami fenomena semula jadi sebagai satu cara yang utama untuk kemajuan manusia. Comte telah menyusun semua ilmu sains yang ada pada satu tingkat atau hierarki mengikut urutan yang lebih mudah kepada yang kompleks. Beliau telah meletakan ilmu sosiologi di kemuncak hierarki tersebut dan menggelarnya sebagai permaisuri kepada semua ilmu sains yang ada.

MJA 1013 PENGANTAR SAINS SOSIAL

3.0 TEORI FUNGSIONAL Teori ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim. Kajian teori ini lebih tertumpu kepada fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang memberikan sumbangan terhadap perkembangan masyarakat. Teori ini beranggapan bahawa masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan-perubahan semasa. Masyarakat dalam teori fungsionalisme dianggap seperti anggota tubuh manusia yang mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri.

Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan dan keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989: 9) merumuskan tiga andaian utama ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama bagi menentukan keupayaan struktur masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni pula merupakan pengukuran bagi menentukan bagaimana sesebuah bahagian masyarakat saling bekerjasama bagi mencapai tujuannya. Manakala evolusi menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku dalam struktur masyarakat ke arah pembaharuan. Teori ini turut mempengaruhi beberapa ahli sosiologi moden Amerika seperti Talcott Parson dan Robert K. Merton.

Teori fungsionalisme juga mengkaji terhadap perubahan-perubahan sosial dalam sesebuah struktur masyarakat. Merton (1957) melihat kesan struktur sosial kepada dua iaitu fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi ketara merupakan sesuatu yang diketahui dan dikehendaki dalam sesuatu aktiviti sosial. Manakala fungsi tersembunyi ialah sesuatu yang tidak 5

MJA 1013 PENGANTAR SAINS SOSIAL

disedari. Merton juga membezakan antara fungsi dan disfungsi. Fungsi bermaksud kesan-kesan positif daripada struktur sosial. Disfungsi pula merupakan kesan negatif yang wujud daripada struktur sosial yang diamalkan. Oleh itu, jelaslah bahawa persefahaman dalam kalangan anggota masyarakat adalah penting bagi mencapai kestabilan masyarakat dan setiap perlakuan anggota masyarakat akan memberikan kesan terhadap struktur sesebuah masyarakat.

Comte

lebih

dikenali

sebagai

bapa

sosiologi

kerana

sumbanganya

dalam

memperkenalkan perkataan sosiologi dalam bukunya Cours de Philosophy Positive. Beliau berpendapat bahawa sejarah manusia adalah mengikut satu susunan yang mematuhi hokum tertentu. Evolusi masyarakat akan disertai dengan kemajuan yang mewujudkan perkembangan iaitu perkembangan intelek. Comte juga terkenal kerana hokum Law of Human Progress yang diperkenalkanya. Beliau telah menyatakan tiga peringkat perkembangan teori yang berturut-turut iaitu:a. Peringkat Kegamaan atau teologi b. Peringkat metafizikal atau abstrak c. Peringkat Saintifik atau Positif

3.1

Peringkat Teologi Pada ketika itu semua peristiwa yang berlaku diterangkan melalui kejadian kuasa alam. Benda semula jadi diberikan taraf kemanusiaan dan keperibadian oleh manusia primitive. 6

MJA 1013 PENGANTAR SAINS SOSIAL

Mereka beranggapan benda semula jadi mempunyai daya kemahuan dan kesedaran dan mungkin juga disertai oleh semangat. Menurut comte lagi manusia bergantung kepada pemikirannya dalam memahami dan member erti kepada peristiwa dan persekitaran yang didudukinya.

3.2

Peringkat Metafizikal Pada peringkat ini pula tidak jauh berbeza daripada peringkat pertama kecuali dewa dan semangat yang bersifat persaorangan yang telah membawa kepada kepercayaan terhadap semangat dan abstrak seperti zat dan kuasa.

3.3

Peringkat Saintifik Seperti juga bidang sains, sosiologi juga menggunakan kaedah sains untuk menerangkan dan memahami The Law of Process seperti hujan tidak akan turun kecuali bila awam mendung berkumpul di langit. Comte juga berpendapat bahawa masyarakat boleh dianggap sebagai suatu bentuk organism seperti pokok dan binatang. Masyarakat juga mempunya struktur dan bahagian-bahagian yang bersangkutan dan berkembang dari bentuk yang mudah ke bentuk yang lebih kompleks melalui proses evolusi. Oleh yang demikian comte berpendapat sosiologi seharusnya memberikan penumpuan terhadap social static (struktur organisma) dan sosial dinamisme (proses dan bentuk perubahan organism). 7

MJA 1013 PENGANTAR SAINS SOSIAL

Sosial static melibatkan penyelidikan tentang undang-undang, tindakan yang melibatkan pelbagai bahagian system sosial daripada pergerakan yang penting dan sentiasa

mengubahsuaikanya. Sosial dinamisme atau dinamik sosial pula ialah bahagian yang lebih penting dalam sosiologi dan dalamnya comte telah menggunakan kaedah sejarah. Comte juga telah membuktikan adanya satu lagi perkembangan masyarakat manusia yang sejajar dari peringkat ketenteraan kepada peringkat undang-undang dan seterusnya kepada peringkat perindustrian. Menurut comte ketenteraan amatlah diperlukan bagi perkembangan kelompok-kelompok sosial yang primitif manakala peringkat peperangan pula lebih bersifat mempertahankan diri dan peraturan dalam masyarakat lebih bergantung kepada undang-undang dan perkembangan dan bukannya bergantung kepada kekerasan serta ketakutan. Comte juga percaya kestabila di dalam masyarakat dan perdamaian di luar boleh dicapai jika semua manusia hidup mewah, dunia baru boleh di bina dan dibentuk. Disamping itu comte juga menganggap masyarakat adalah sebagai satu organism seperti tanaman dan binatang di mana mempunyai struktur dan bahagian yang berkaitan atau berhubungan dan ia bergerak daripada keadaan yang ringkas kepada yang lebih kompleks. Kajian yang dilakukan beliau keatas masyarakat menggunakan pendekatan rasional dan saintifik di mana lebih bersifat positif.

MJA 1013 PENGANTAR SAINS SOSIAL

4.0 KESIMPULAN Apabila dilihat kembali sejarah perkembangan manusia dari zaman ke zaman, tidak dinafikan berlaku pelbagai pergolakan hebat yang mampu mengubah nasib sesuatu bangsa dan sejarah bangsa itus endiri hinggakan adakalanya perubahan itu menandakan suatu zaman baru. Dalam hal ini comte sendiri pernah menjadikan dan menganggap dirinya pelopor kepada zaman baru disebabkan oleh kejayaannya didalam bidang sosiologi. Penuli barat seringkali mengagung-agungkan tokoh-tokoh yang hidup dalam kurun ke 19 sebagai manusia yang bertanggungjawab melahirkan sosiologi dan antropologi moden. Antara nama yang sering di sebut ialah Auguste Comte, Herbert Spencer, Emile Durkheim dan sebagainya. Di sebaliknya tidak ramai penulis dari barat yang mengakui sumbangan yang telah diberikan oleh para sarjana Islam terhadap kewujudan ilmu sosiologi dan antropologi. Antara sarjana Islam yang banyak member sumbangan didalam bidang ini ialah Ibnu Khaldun. Terdapat beberapa tokoh yang menolak dan mempersoalkan comte sebagai pengasas ilmu sosiologi iaitu Pelto (1965), Abraham (1973) dan Sorokin (1930) yang telah mengiktiraf Ibnu Khaldun sebagai bapa atau manusia pertama yang bertanggungjawab melahirkan ilmu sosiologi, falsafah, politik, sejarah dan ekonomi. Kesimpulan yang dapat dinyatakan disini ialah walaupun Comte merupakan seorang manusia biasa yang menderita penyakit mental atau delusi yang melampau sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital sakit jiwa beliau tetap bersemangat menjalankan kajian tentang masyarakat dan juga ilmu sains sosial sehingga ke akhir hayatnya. Semangat yang di tunjuk oleh Comte ini sepatutnya dicontohi oleh masyarakat masa kini dengan mendalami ilmu dan

MJA 1013 PENGANTAR SAINS SOSIAL

menjalankan penyelidikan tentang ilmu-ilmu baru yang mendatangkan keuntungan dan impak yang positif kepada masyarakat.

10

MJA 1013 PENGANTAR SAINS SOSIAL

Rujukan

http://www.sociologyguide.com/thinkers/Auguste-Comte.php

http://www.historyguide.org/intellect/comte_cpp.html Ismail Yusoff (2001), Pengenalan Sains Sosial, Penerbit Universiti Utara Malaysia

11

Anda mungkin juga menyukai