Anda di halaman 1dari 6

SOALAN TEMU BUAL

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah inkuiri?

Kaedah inkuiri merupakan satu pendekatan di mana murid membina pengetahuan

dan kefahaman sendiri melalui penyiasatan dan penerokaan berasaskan

penngetahuan murid yang sedia ada. Kaedah ini berfokus kepada Learning By

Doing iaitu ia melibatkan murid dalam pelaksanaan aktiviti penerokaan,

penyoalan, dan sebagainya.

2. Adakah puan mengamalkan kaedah inkuiri ini?

Ya. Saya mengamalkan kaedah inkuiri ini dalam proses PdP semasa saya

menjalankan kelas.

3. Bagaimanakah pelaksanaan kaedah inkuiri ini?

Selalunya, saya menggunakan kaedah inkuiri ini dalam set induksi. Sebagai

contoh, semasa saya mengajar tahun 5 topik berkenaan bunga raya, dalam set

induksi saya memberikan satu puzzle dengan gambar bunga raya. Murid-murid

akan mencantumkan puzzle tersebut dan hasil daripada puzzle tersebut akan

menjadi jawapan kepada murid bagi topik yang dipelajari. Ini merupakan salah

satu contoh kaedah inkuiri yang saya amalkan.

4. Apakah yang perlu diberi keutamaan dalam mengaplikasikan kaedah inkuiri ini?

Pada pendapat saya, keutamaan yang perlu diberikan dalam kaedah inkuiri adalah

penglibatan murid dimana mengikut sistem Pendidikan di negara kita, murid-

murid perlu melakukan aktiviti dengan sendiri. Dalam kes ini, guru bertindak

sebagai fasilator sahaja. Pembelajaran inkuiri juga menekankan idea


pembelajaran konstruktivis dimana pengetahuan adalah dibina daripada

pengalaman murid yang dihadapi.

5. Apakah bahan-bahan utama yang dijadikan sumber bagi pelaksanaan kaedah inkuri ini?

- Saya akan menggunakan video, gambar dalam puzzle, bahan maujud, lagu dan

sebagainya. Salah satu contoh adalah saya melaksanakan model dengan tanah liat cara

kehidupan manusia pada zaman neolitik mesolitik

6. Apakah peranan guru dalam kaedah inkuiri ini?

Dalam kaedah inkuiri ini, guru bertindak sebagai satu mentor dan fasilotor dalam

setiap sesi PdP. Murid-murid akan melakukan aktiviti dan guru akan menolong

mereka untuk menyempurnakan aktiviti PdP.

7. Apakah kekangan dalam pelaksanaan kaedah inkuiri ini?

Kekangan yang dihadapi dalam pelaksanaan kaedah inkuiri ini adalah kekangan

bahan bantu mengajar dimana kaedah inkuiri ini dilaksanakan dengan bahan

bantu mengajar. Sebagai seorang guru, kita perlu menggeluarkan banyak duit

untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang kreatif dan kita tidak dapat

menggunakan bahan bantu mengajar dalam kesemua Langkah dalam PdP. Ia akan

menyebabkan masa pengajaran tidak cukup. Seterusnya, kekangan masa dimana

pelaksanaan kaedah inkuiri dalam aktiviti pdp mengambil masa yang banyak. Kita

tidak dapat laksankan kaedah inkuiri ini untuk ke semua Langkah dalam PdP.

8. Adakah murid tertarik dengan kaedah inkuiri ini?


Ya. Murid-murid suka dengan kaedah inkuiri kerana aktiviti-aktiviti yang

dilaksanakan dalam proses pdp amat disukai oleh murid seperti puzzle, kerja-

kerja kumpulan dan sebagainya.

9. Apakah reaksi murid terhadap kaedah inkuiri ini?

Murid-murid berasa gembira dan terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti dalam

sesi PdP yang berasaskan kaedah inkuiri.

10. Apakah kesan-kesan yang boleh dinilai hasil daripada pengaplikasian kaedah inkuri ini

terhadap terhadap perkembangan pembelajaran Sejarah dalam kalangan murid.

Pengaplikasian kaedah inkuiri ini memberi kesan yang positif kepada murid

dimana murid akan meningkatkan pengetahuan sejarah secara mendalam. Hal ini

kerana, murid-murid sendiri menjalankan aktiviti pdp dengan bimbingan guru.

Oleh itu, murid-murid dapat meningkatkan kemahiran -kemahiran seperti

meneroka, sikap ingin tahu, membuat inferens dan sebagainya. Dengan ini, dapat

simpulkan bahawa kaedah inkuri ini dapat memperkembangan ilmu Sejarah

dalam kalangan murid.

11. Yang manakah memberikan kesan yang positif terhadap proses P&P? Pengajaran

bersifat tradisional atau pengajaran berkonsepkan inkuiri?

Pada pendapat saya, pengajaran berkonsepkan inkuiri memberikan kesan yang

positif dalam proses pdp berbanding dengan Pengajaran bersifat tradisional. Hal

ini kerana, Pengajaran bersifat tradisional lebih kepada pembelajaran berpusatkan

guru dan buku teks sahaja. Ini bermakna, hanya guru berinteraksi dengan murid
secara berlebihan dan murid-murid mempunyai penglibatan serta impak yang

lebih rendah dalam Pdp. Dalam kaedah inkuiri, murid akan melaksanakan aktiviti

dengan sendiri. Murid -murid akan meneka dan mengenalpasti topik yang guru

hendak diajar. Dalam kaedah inkuiri, guru hanya bertindak sebagai fasilator.

Sebagai contoh, semasa saya mengajar topik jalur gemilang, saya akan

menggunakan bendera Malaysia. Dengan ini, murid akan dapat mengenalpasti

topik yang dipelajari. Hal ini akan merangsang minat dan sikap ingin tahun murid.

Oleh itu, oada pendapat saya, kaedah inkuiri lebih baik.

12. Jika kita lihat kaedah tradisional lebih kepada berpusatkan guru. Hanya guru yang

berinteraksi dengan murid secara berlebihan. Tetapi jika kaedah inkuiri ini adakah guru

yang berinteraksi berlebihan dengan murid atau murid sendiri melibatkan diri secara

aktif? Bagaimana puan?

Sebagaimana saya katakana dahulu, murid-murid akan melaksanakan aktiviti-

aktiviti dengan sendiri dan melibatkan diri secara aktif semasa kaedah inkuiri

diamalkan. Pada masa yang sama, guru bertindak sebagai fasilator sahaja. Oleh

hal yang demikian, murid-murid mendapat pemahaman yang dalam mengenai

topik yang dipelajar. Murid-murid juga berpeluang untuk berkongsi idea-idea

mereka antara rakan sekelas mereka. Dengan ini, murid-murid dapat

meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.

13. saya pernah mendengar murid-murid bercerita mengenai subjek sejarah, mereka

mengatakan bahawa subjek sejarah merupakan subjek yang agak membosankan dan

tidak penting. Adakah kaedah inkuiri ini dapat menukar persepsi tersebut?
Satu soalan yang baik. Ya, kaedah inkuiri ini dapat menukar persepsi murid iaitu

subjek sejarah merupakan subjek yang agak membosankan dan tidak penting.

Sebelum ini, murid-murid menghafal fakta sejarah yang terdapat dalam buku teks

bagi mendapat markah yang baik dalam peperiksaan. Selepas penggunaan

kaedah inkuiri dalam PdP Sejarah, saya mendapati murid-murid melibat diri

secara aktif. Hal ini kerana, aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut kaedah

inkuiri seperti aktiviti menyanyi, aktiviti bermain, aktiviti mencatumkan puzzle

akan menjadikan murid-murid lebih minat terhadap subjek sejarah. Oleh itu,

kaedah inkuiri dapat menukar persepsi murid terhadap subjek sejarah.

14. Apakah pandangan anda secara holistik terhadap keberkesanan kajian dan kaedah

inkuiri ini puan?

Pada pandangan saya, kaedah inkuiri merupakan satu kaedah yang amat baik.

Saya pernah mengajar dalam kaedah tradisional dan kaedah inkuiri. Saya

mendapati murid-murid lebih suka dan seronok semasa saya menggunakan

kaedah inkuiri. Saya mendapati murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam

aktiviti kumpulan berbandingan dengan guru hanya mengajar sejarah dengan

buku teks. Oleh itu, kaedah inkuiri ini memberi keberkesanan yang baik kepada

murid-murid. Pada masa yang sama, kaedah ini membuka ruang untuk

mewujudkan generasi murid mengikut Falsafah Pendidikan.

15. Baik puan. Ada sebarang kata-kata terhadap kajian saya puan?

Semoga cik Tharsmila menjalankan kajian anda dengan baik dan sempurna. Saya

berharap kajian yang anda lakukan akan menjadi panduan kepada bakal warga

pendidik.

Anda mungkin juga menyukai