Anda di halaman 1dari 3

Kebaikan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia

Sains dan teknologi dilihat sebagai satu perkara yang prima dalam kehidupan manusia
sejak memasuki abad ke 21. Perkembangannya dilihat tumbuh ibarat cendawan selepas hujan
apabila kos menggunakan teknologi semakin berpatutan dan dikomersialkan sesuai dengan
kehidupan manusia. Mungkin kehadiran teknologi pada zaman dahulu tidak mempunyai
ekosistem yang seimbang untuk disokong. Kini, perkembangan yang pesat dirai malah
menjadi perlumbaan antara negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Pelbagai
manfaat  yang diperoleh kesan daripada perkembangan terhadap kehidupan manusia. Ada
juga yang mendatangkan mudarat tetapi sebagai masyarakat yang berminda kelas pertama,
kita perlu membuang yang keruh dan mengambil yang jernih. Oleh itu, wajar untuk kita
bincangkan apakah kepentingan sains & teknologi dalam kehidupan manusia?

Antara kepentingannya adalah memudahkan komunikasi antara manusia. Dalam


mendepani era globalisasi ini, kita dapat berhubung dengan semua manusia di segenap
pelusuk dunia walaupun berbeza bahasa dengan adanya teknologi. Perbezaan bahasa yang
sebelum ini perlu mengambil masa ynag lama untuk dipelajari boleh diselesaikan dalam
beberapa saat sahaja. Impaknya, pelbagai ilmu, budaya dan juga perkara-perkara lain dapat
dikongsi dan dimanfaatkan bersama-sama. Selain itu, kita juga dapat berhubung antara satu
sama lain tanpa mengira masa dan jarak pada hari ini dan kesannya bukan sahaja pada sektor
ekonomi malah mengubah cara sosial masyarakat masa kini. Misalnya penggunaan aplikasi
Whatsapp yang membolehkan kita menghantar mesej atau membuat panggilan video kepada
kenalan kita hasil daripada ciptaan teknologi dan penggunaan sains yang difahami oleh
manusia hari ini. Bak kata pepatah Melayu, lain dahulu lain sekarang. Intihannya,
perkembangannyamembuka ruang komunikasi antara manusia yang tidak pernah
dibayangkan pada zaman dahulu.

Di samping itu, hasil perkembangannya telah menyumbang kepada kemajuan industri


kesihatan secara global. Pelbagai ubat dan rawatan baharu yang dapat dihasilkan bagi
merawat pesakit-pesakit yang menghidapi pelbagai jenis penyakit. Ia juga membantu dalam
mencegah penyakit-penyakit berjangkit daripada menular dan mengorbankan ribuan nyawa
manusia seperti zaman dahulu. Kini, ianya telah menjadikan makmal perubatan sebuah
institusi yang penting bagi manusia untuk mengkaji dan mencari penawar kepada penyakit-
penyakit yang memudaratkan kehidupan manusia. Selain itu, kolaborasi antara sains &
teknologi juga menyumbang kepada obeservasi kesihatan kendiri apabila jam tangan pintar
berjaya dicipta. Pemakai jam tangan ini dapat melihat kadar degupan jantung yang memberi
indikasi kepada tahap kesihatan seseorang individu. Sekiranya setiap individu dapat
menggunakan jam ini dan menjaga kesihatan secara kendiri, ia pasti dapat melahirkan
masyarakat yang sihat dan sejahtera. Izharnya, pelabgai manfaat dari sudut kesihatan yang
kita peroleh hasil daripada perkembangan sains & teknologi. Kita hendaklah menyediakan
payung sebelum hujan supaya tidak kesal dikemudian hari.

Kepentingan lain yang ketara hasil daripada perkembangan sains & teknologi adalah
meningkatkan sektor pendidikan. Sebelum ini, pendidikan khususnya di peringkat tertiari
menggunakan kaedah yang mengambil masa yang lama kerana pelajar perlu menelaah dan
mentafsir buku-buku yang berkaitan untuk menghasilkan laporan atau menyiapkan tugasan.
Tetapi dengan kemudahan Internet, pelajar boleh menyediakan laporan atau menyiapkan
tugasan dalam tempoh masa yang lebih pantas. manakal bagi pelajar di peringkat rendah,
pendidikan secara interaktif semakin diketengahkan supaya dapat menarik minat pelajar. Ia
bukan sahaja memberi kesan terhadap ilmu dan pengetahuan pelajar malah membantu
mereka untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Pada masa akan datang, tiada lagi
pembelajaran yang membosankan dan kanak-kanak dapat menikmati ilmu dan pengetahuan
dalam bentuk yang mereka sukai. Justifikasinya, dengan adanya perkembangan sains &
teknologi maka pendidikan dapat ditambah baik dan memberi kesan yang positif serta efisien
kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana, laut yang ditimba tidak akan kering.

Pada waktu yang sama, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dapat direalisasikan
dengan perkembangan sains & teknologi. Saban hari kita disiarkan dengan berita bencana alam yang
menimpa kawasan tertentu seperti pembakaran hutan semulajadi, tanah runtuh, banjir kilat dan ribut
yang luar biasa. Para saintis telah pun menyatakan sejak beberapa tahun dahulu bahawa ekosistem
dunia menjadi tidak seimbang dek kerana ketamakan manusia mengejar pembangunan tanpa
memikirkan kesannya. Perindustrian,  pembuangan sampah dan pelbagai lagi masalah yang
menyumbang kepada pemanasan global serta efek rumah hijau yang menggangu ekosistem bumi.
Maka, sains & teknologi adalah penyelamat kepada spesis manusia jika ingin terus menetap di muka
bumi ini. Ciptaan teknologi yang mesra alam dan alternatif kepada sumber boleh diperbaharui perlu
disokong supaya sumber alam yang tidak boleh diperbaharui, tidak dimusnahkan. Tamsilnya,
penggunaan kereta elektrik yang mengurangkan penghasilan karbon serta menggunakan tenaga
boleh diperbaharui. Tuntasnya, perkembangan sains & teknologi penting dalam mengekalkan
khazanah alam yang kita miliki hari ini demi masa hadapan kerana generasi hari ini hanyalah
menumpang sumber dan khazanah yang dimiliki generasi akan datang.
Kesimpulan kepada perbincangan di atas, sains & teknologi adalah komponen yang
mustahak dalam kehidupan manusia serta memainkan peranan yang penting dalam
kelangsungan hidup manusia. Sinergi antara dua komponen ini dapat membawa ketamadunan
manusia ke satu tahap yang lebih tinggi. Persis kata peribahasa Melayu, kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Namun begitu, dalam mengejar kemajuan
diharapkan usaha untuk memastikan ia dimanfaatkan oleh segenap pelusuk manusia tanpa
mengira darjat atau latar belakang juga diberi perhatian. Masih banyak negara yang
ketinggalan dari segi aplikasi sains & teknologi. Sekiranya sains & teknologi tersebut penting
untuk kebajikan manusia seperti penghasilan air bersih dan pertanian yang efisien maka ia
wajar disokong serta diberikan secara percuma atas dasar kemanusiaan. Semoga sains &
teknologi menjadi komponen yang dimanfaatkan oleh manusia untuk kebaikan dan bukannya
kemudaratan.

Anda mungkin juga menyukai