Anda di halaman 1dari 1

maksud: masih sangat muda; belum ada pengalaman.

Ali sukar mendapat pekerjaan kerana cekur jeranggau ada lagi di ubun-ubun.

8. Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai

maksud: sekiranya hendak mengetahui ataupun menguasai sesuatu perkara belajarlah daripada
orang-orang yang ahli ataupun akar dalam perkara itu.

Nabila akan bertanya kepada guru yang mengajarnya jika ada perkara yang tidak difahaminya.
Baginya hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai.

9. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

maksud: Jika mempunyai cita-cita, seseorang akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
mencapainya.

Ali berpegang pada prinsip di mana ada kemahuan, di situ ada jalan telah berusaha dengan
bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mancapai keputusan SPM yang cemerlang.

10. Orang mengantuk disorongkan bantal

maksud: memperoleh apa yang benar-benar diingininya.

Danny amat gembira kerana hajatnya untuk melancong ke China tercapai apabila mendapat tiket
melancong percuma ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.

Anda mungkin juga menyukai