Anda di halaman 1dari 1

Antara kebaikan di sebalik kerjasama atau usaha kolaboratif antara pihak sekolah

(program Pendidikan khas ) dengan pelbagai pihak ialah :

1.Manfaat yang pertama adalah dapat melancarkan penganjuran sesuatu


program.Hal ini demikian kita dapat menjayakan sesuatu program jika ada bantuan
dari pihak luar. Ini kerana mereka boleh membantu kita dari pelbagai aspek.Ini akan
lebih memudahkan kita serta dapat mengurangkan beban kita.

2.Kebaikan yang kedua ialah dapat menyediakan fasiliti kepada pelajar berkeperluan
khas.Dengan adanya kolaboratif antara pihak luar kita kemungkinan akan mendapat
sumbangan untuk membantu golongan ini.Maka sumbangan ini boleh dimanfaatkan
untuk tujuan menyediakan kemudahan yang lebih eksklusif kepada pelajar
ini.Sebagai contoh boleh menggunakan dana itu untuk membina tandas khas dan
sebagainya.

3.Mengeratkan hubungan antara pihak luar dengan pihak sekolah juga salah satu
kebaikan yang kitab oleh dinikmati apabila berkolaberasi dengan pihak luar.Hal ini
demikian kerana apabila ada interaksi antara dua pihak maka persefahaman dapat
ditingkatkan.

4.Manfaat yang keempat ialah dapat meningkatkan kemahiran pelajar.Dengan


adanya kolaberasi antara pihak luar dengan pihak sekolah maka penganjuran
program akan terus giat diperluaskan.Maka ini akan jadi peluang untuk pelajar-
pelajar berkeperlua khas untuk mengeluarkan segala bakat mereka.Pihak sekolah
juga harus memanfaatkan keadaan ini untuk mencungkil bakat mereka supaya
membentuk mereka menjadi insan yang lebih terdidik untuk masa akan datang.

5.Kebaikan yang kelima adalah pihak sekolah dapat mengurangkan kos untuk
penjagaan murid berkeperluan khas.Hal ini kerana pihak luar pastinya akan
berkongsi peralatan maka kos pembelian peralatan kepada murid ini dapat
dikurangkan.

6.Kebaikan yang keenam adalah dapat meningkatkan keyakinan guru dan ibu
bapa.Dalam konteks ini, kita akan mempunyai bantuan untuk menjada murid
berkeperluan khas.

7.Seterusnya adalah dapat membantu murid yang menghadapi masalah dengan


lebih efisien.Bagi pihak sekolah menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh
pelajar adalah sukar kerana guru-guru juga terikat dengan pengajaran.Maka pihak
luar ini boleh mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh setiap pelajar dengan
lebih berkesan.Hal ini kerana pihak luar mempunyai banyak sukarelawan yang boleh
membantu pelajar ini.

8.Manfaat yang terakhir adalah dapat membuat fisioterapi jika ada bantuan dari
pihak luar.

Anda mungkin juga menyukai