Anda di halaman 1dari 7

Bab 11 Daya dan Gerakam

11.3 Pecutan Graviti dan Jatuh Bebas


EKSPERIMEN 11.2 Mengkaji Masa Yang Diambil Oleh Objek Jatuh Bebas
Dan Bukan Jatuh Bebas.

Kaji situasi berikut.

Graviti

Graviti

Rintangan
Angin Rintangan
Angin

Di Bumi,graviti bukanlah satu-satunya daya pada objek ketika jatuh bebas.


Kacang jatuh lebih cepat daripada daun kerana mempunyai rintangan udara yang kurang

(1) Berdasarkan maklumat di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk
mengkaji situasi tersebut. Tuliskan satu laporan eksperimen yang lengkap. Anda
dibekalkan dengan Cebisan kertas, Tiub silinder lut sinar, penutup getah, dan pam
vakum.
(2) Laporan tersebut perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
(3)

1. Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:


a. Nyatakan inferens bagi dapatan eksperimen ini.
b. Berdasarkan dapatan eksperimen, tuliskan satu hubungan antara pemboleh ubah
dimanipulasikan dan pembolehubah bergerak balas.
c. Berikan definisi secara operasi jatuh bebas dalam eksperimen ini.
d. Apakah kesimpulan eksperimen ini?
e. Mengapakah saiz objek mempengaruhi jatuh bebas?
f. Wujudkah daya lain selain daya graviti yang bertindak terhadap objek semasa
berkeadaan jatuh bebas?
EKSPERIMEN 1.2 (Buku teks m/s 244)
MENJALANKAN EKSPERIMEN UNTUK MENGKAJI MASA YANG DIAMBIL OLEH OBJEK JATUH
BEBAS DAN BUKAN JATUH BEBAS.

Pernyataan masalah : Adakah masa yang di ambil oleh sesuatu objek jatuh bebas sama dengan
masa yang diambil oleh objek bukan jatuh bebas sampai ke permukaan bumi?
K1P1
(Pernyataan masalah)

Tujuan : Untuk mengkaji masa yang di ambil oleh objek jatuh bebas dan bukan jatuh bebas
K1P2
(Tujuan penyiasatan)

Hipotesis : Masa yang diambil oleh objek jatuh bebas untuk sampai ke Bumi lebih singkat
berbanding dengan objek bukan jatuh bebas
K1P3
(Hipotesis)
Pembolehubah
(a) dimanipulasikan : Kehadiran udara
(b) bergerak balas : Masa yang diambil untuk objek jatuh ke atas penutup getah
(c) dimalarkan : Ketinggian objek dilepaskan
K1P4
(Mengawal pembolehubah)

Bahan : Cebisan kertas


Radas : Tiub silinder lut sinar, penutup getah, dan pam vakum.

K1P5
(Radas dan bahan
Prosedur

K1P7
(Kebolehan melukis dan melabel radas dan bahan dengan susunan yang betul)
(1) Rada disusun seperti yang ditunjukkan dalam Rajah diatas.
(2) Cebisan kertas dimasukkan ke dalam tiub silinder lutsinar.
(3) Hujung terbuka tiub silinder ditutupkan dengan penutup getah dengan kemas.
(4) Tiub silinder lutsinar itu disambungkan kepada pam vakum.
(5) Tiub silinder diterbalikkan dengan pantas dan cebisan kertas dibiarkan jatuh .
Masa yang diambil untuk cebisan kertas jatuh ke atas penutup getah dicatatkan di
dalam jadual .
(6) Udara di dalam tiub silinder dipam keluar dan langkah 5 diulangi.
K1P6
(Prosedur)
Keputusan

Kehadiran Udara Masa yang diambil untuk objek jatuh ke atas penutup getah

Ada
Tiada(vakum)
K3P1
(Boleh melengkapkan pemboleh ubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerak balas dalam jadual
dengan betul)
K3P2
(Boleh mencatatkan data/pemerhatian yang diperoleh daripada
eksperimen dengan betul)

KONSTRUK 4 : MENTAFSIR DATA DAN MEMBUAT KESIMPULAN/RUMUSAN

K4P1
(Boleh melukis graf dengan perkara yang berikut:
a. Paksi berlabel dan
berunit
b. Skala
seragam
c. Plot
graf

d. Bentuk graf sesuai dengan


eksperimen)

a. Nyatakan inferens bagi dapatan eksperimen ini.


Masa yang diambil untuk cebisan kertas jatuh lebih lama dengan kehadiran udara
kerana terdapat rintangan udara di bawah cebisan kertas tersebut.
K4P2 (a)
(Membuat inferens)

b. Berdasarkan dapatan eksperimen, tuliskan satu hubungan antara pemboleh ubah


dimanipulasikan dan pembolehubah bergerak balas.
Kehadiran udara mempengaruhi masa yang diambil untuk objek jatuh ke atas penutup
getah
K4P2 (b)
(Menghubungkait pemboleh ubah dimanipulasikan dengan pemboleh ubah bergerakbalas)

c. Berikan definisi secara operasi jatuh bebas dalam eksperimen ini.


Jatuh bebas adalah keadaan di mana masa yang diambil untuk cebisan kertas jatuh ke
penutup getah lebih singkat setelah disambungkan ke pam vakum
K4P2 (c)
(Mendefinisi secara operasi)

d. Apakah kesimpulan eksperimen ini?

Masa yang diambil oleh objek jatuh bebas untuk sampai ke Bumi lebih singkat berbanding
dengan objek bukan jatuh bebas
K4P3
(Membuat kesimpulan/rumusan)

KONSTRUK 5 : MENILAI DAPATAN EKSPERIMEN


K5P1
Menghubungkaitkan dapatan penyiasatan dengan mengaitkan teori, prinsip dan hukum sains
dalam membuat laporan.

1. Mengapakah saiz objek tidak mempengaruhi jatuh bebas?

Jatuh bebas ialah satu gerakan sesuatu jasad yang dipengaruhi oleh daya gravity sahaja
K5P1
Menghubungkaitkan dapatan penyiasatan dengan mengaitkan teori, prinsip dan
hukum sains dalam membuat laporan.

2. Berdasarkan susunan radas yang anda sediakan, adakah pemerhatian terhadap


a. Wujudkah daya lain selain daya graviti yang bertindak terhadap objek semasa
berkeadaan jatuh bebas?

Tidak
K5P3
Membincangkan kesahan data
b. Jika wujud daya lain selain daya gravity yang bertindak terhadap objek semasa
berkeadaan jatuh bebas,terangkan apakah daya tersebut?

Rintangan udara hanya mempengaruhi sesuatu jasad dalam keadaan bukan jatuh bebas
K5P4
Mewajarkan kesahan data

Anda mungkin juga menyukai