Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih Pengacara Majlis.

Salam sejahtera saya ucapkan


kepada Yang Berusaha Puan Aniza bt Zakaria Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Segari, Barisan Guru Kanan, guru-guru dan rakan
sekalian. Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat
menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. 
Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan
sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16
Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, 
GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI   dipilih sebagai tema Hari
Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan
sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid yang lebih
berakhlak dan bersahsiah mulia. Segalanya bermula daripada
inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita menghargai dan
mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga
kita dapat mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan
kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya.
Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah
jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca, menulis dan
mengira. 
Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu,
kita mestilah menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar
guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan
segala nasihat dan bimbingan mereka. 

Rakan sekalian, 
Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk
rajin belajar sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala
masalah yang kita fahami dalam pelajaran. Oleh itu, guru
merupakan pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita
di sekolah. 
Terima kasih cikgu-cikgu
Dengan cara apapun kau berbakti
di perantauan nun jauh dari yang dikasihi
di papan tulis jari jemari mu menari
di pancuran wuduk mengajarku bersuci
di balapan padang kau memacu lelah ku berlari
di dalam kereta mu menjadi nadi aktiviti
di saat ku jatuh tersungkur kau suntikkan motivasi
di bilik rawatan sakit demam ku kau ubati
di pentas hari kecemerlangan kejayaan ku dirai
Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami
ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar.
Jasamu sungguh bererti kepada kami semua. Terima kasih, cikgu.
Selamat Hari Guru, daripada kami murid-murid SK Segari.
Sekian, terima kasih. 

Anda mungkin juga menyukai