Anda di halaman 1dari 3

PK01 – Pengurusan Panitia

PK01/3

LAPORAN PROGRAM

1. Nama Program : KEM BESTARI SOLAT 2021

2. Tarikh : 27-28 Oktober 2021

3. Hari / Masa : Rabu-Khamis 12.00 tengah hari-4 petang

4. Tempat : Kediaman masing-masing (Google Meet)

5. Objektif : - Menguasai bentuk-bentuk perbuatan wuduk serta


bacaannya dengan betul dan sempurna.
- Murid dapat menguasai dan menghafaz surah – surah
yang terpilih.

6. Sasaran : Murid Islam Tahun 1-6

7. Butiran aktiviti :

Program Kem Bestari Solat ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam di
bawah program j-Qaf bertempat di kediaman murid secara online. Program ini
bertujuan untuk menerap aspek solat dalam kalangan pelajar. Pelaksanaan
seawal umur 7 - 9 tahun adalah bertepatan dengan ajaran al-Quran dan al-
Sunnah dan di peringkat usia 10 tahun adalah sebagai latihan ke arah
memantapkan lagi pelaksanaan ibadah dalam kalangan murid-murid. Program
ini bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 4.00 petang.
Program KBS ini melibatkan murid-murid islam tahun 1 hingga 6. 1 orang guru
agama yang terlibat dalam pelaksanaan program ini. Peserta kem ini terdiri
daripada 4 orang murid tahun 1, 4 orang murid tahun 2, 2 orang murid tahun
3, 5 orang murid tahun 4 dan 2 orang murid tahun 6. Sepanjang program
tersebut banyak aktiviti telah dijalankan antaranya ialah bengkel amali solat
secara maya, tayangan video tentang cara berwudhuk dan amali solat. Kuiz
juga dilaksanakan selepas bengkel amali solat selesai.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


1 Februari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program :

Program ini dapat membantu murid untuk mengetahui pelbagai perkara asas
di dalam solat seperti cara berwudhuk, cara solat yang betul, niat solat, solat
berjemaah dan sebagainya. Murid telah diberi tujuk ajar secara amali oleh
guru. Guru akan memperbetulkan kesalahan yang dilakukan ketika dalam
solat.

8.2 Kelemahan Program :

Kelemahan yang dapat dilihat ketika perlaksanaan program ini ialah


kehadiran murid yang mana kehadiran bukan sepenuhnya seperti yang
diharapkan. Murid juga kurang memahami Bahasa Malaysia menyebabkan
berlaku sedikit masalah komunikasi.

8.3 Cadangan Penambahbaikan :

Guru-guru perlu memantau murid dari masa ke semasa untuk memastikan


murid-murid dapat mengingati perkara-perkara dalam solat serta melakukanya
dengan betul. Selain itu untuk kem seterusnya hendaklah dilaksanakan
permainan atau aktiviti yang menarik lagi berbanding kem sebelumnya ini
untuk menarik minat murid supaya berminat dalam mempelajari solat.

9. Dokumentasi Bergambar :

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


1 Februari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


1 Februari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai