Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA PERSATUAN BOLA JARING INSTITUT PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM

1.0

MUKADIMAH Kertas cadangan ini merupakan program yang dirancang oleh Persatuan Bola Jaring PISMP Ambilan Jan 2010, Institut Sultan Abdul Halim. Program ini merupakan program berfaedah untuk memberi peluang kepada para guru pelatih mengaplikasikan teknik-teknik bermain bola jaring dalam pertandingan ini.

2.0

NAMA PERTANDINGAN Pertandingan Bola Jaring Institut Sultan Abdul Halim 2010.

3.0

ANJURAN Persatuan Bola Jaring PISMP Ambilan Jan 2010, Institut Sultan Abdul Halim.

4.0

RASIONAL Teknik-teknik bermain bola jaring dapat diasahkan dan dikuasai oleh para guru pelatih melalui pertandingan ini. Di samping itu, para guru boleh mengisi waktu tersebut dengan menceburkan diri secara aktif dalam permainan bola jaring. Yang pentingnya, bermain bola jaring dapat meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran tentang bola jaring supaya mereka boleh mengintegrasikan sukan ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 5.0 OBJEKTIF 5.1 Mengisi masa lapang dengan mengambil bahagian dalam pertandingan bola jaring.

5.2

Menggalakkan guru pelatih bergiat secara aktif dalam bidang sukan, khususnya permainan bola jaring.

5.3

Mencungkil bakat dan potensi baru dalam permainan bola jaring khususnya di kalangan guru pelatih Institut Sultan Abdul Halim.

5.4 Melatih dan memperkaya kemahiran guru dalam bidang kepengadilan, khususnya bagi permainan bola jaring. 5.5 Melatih ahli-ahli persatuan dalam bidang pengurusan sukan. 5.6 Menggalakkan kerjasama, kesabaran dan mengeratkan silaturrahim di antara guru pelatih dengan rakan sebayanya yang terlibat dalam pertandingan ini. 6.0 SASARAN 6.1 Guru pelatih PISMP ambilan Jan 2010, Institut Sultan Abdul Halim 7.0 Masa, Tarikh dan Tempat Tarikh Masa Tempat : : : 25 Oktober 2010 8.10 am Gelanggang Bola Jaring, Institut Perguruan Sultan Abdul Halim 8.0 AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR Rujuk Lampiran 1

9.0 SYARAT PERTANDINGAN Rujuk Lampiran 2 10. HADIAH Johan Naib Johan Cenderahati 11. PENUTUP Semoga kertas kerja cadangan ini dapat menerangkan tentang program yang dirancang ini dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Adalah diharapkan agar kertas cadangan ini dipertimbangkan agar segala yang telah dirancangkan sebelum ini dapat dilaksanakan secepat yang mungkin. Disediakan oleh, : : : Sijil Penyertaan Sijil Penyertaan Sijil Penyertaan bagi setiap peserta

. (Nur Halizah Binti Abu Bakar) Ahli Gerko Bola Jaring, PISMP Ambilan Jan 2010, Institut Sultan Abdul Halim

Disemak oleh:

. (DR SITI SAKINAH BT MAMAT)

.. (PN FARIDAH BT SAMAD)

Pensyarah Penasihat Gerko Bola Jaring Ambilan Jan 2010

Diluluskan oleh

. (EN.

IBRAHIM BIN YUSUF)

Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim

1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN Keseluruhan pertandingan ini dijalankan adalah tertakluk di bawah undangundang Gabungan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa serta peraturan Am MSSD dan MSSJ. 2.0 PENDAFTARAN PEMAIN 2.1 Kelayakan pemain seperti di peraturan Am MSSD dan MSSJ. 2.2 Perubahan akhir nama pemain hendaklah mematuhi peraturan Am MSSD dan MSSJ 2.3 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar lebih daripada satu (1) Pasukan yang mengandungi 12 orang peserta yang terdiri daripada Pengurus Pasukan Jurulatih Pemain 1 1 10 orang orang orang

2.4 Pemain yang tidak disenaraikan di dalam senarai nama tidak dibenarkan mengambil bahagian. 2.5 Perubahan nama pemain masih boleh digubah semasa mesyuarat Pengurus Pasukan atau jam sebelum perlawanan pertama dimulakan. 2.6 Senarai nama pemain akan diserahkan kepada pengadil perlawanan 10 minit sebelum sesuatu perlawanan bermula. 2.7 Semua perlawanan akan bermula pada masa yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. 2.8 Setiap pasukan terdiri daripada pengurus dan sekurang-kurangnya 7 orang memakai bib lengkap dalam masa 15 minit sebelum memulakan
5

perlawanan. Jika gagal mematuhi peraturan Am MSSD dan MSSJ , pasukan berkenaan dianggap kalah dan memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawannya. 2.9 Pendaftaran: Tarikh : Masa Tempat : : 25 October 2010 7.40 am 8.10 am Gelanggang Bola Jaring, Institut Perguruan Sultan Abdul Halim 3.0 Pasukan dan Masa Bermain 3.1 Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 7 orang berkumpul di gelanggang sebelum pertandingan perlawanan pertama bermula. 3.2 Masa: 3.2.1 Tiap-tiap pasukan mesti berada di gelanggang bola jaring pada pukul 7.40 am. 3.2.2 3.2.3 Masa pertandingan bermula pada pukul 8.30 pagi. Masa bermain ialah 15 minit, tiap-tiap separuh masa dengan 5 minit masa rehat (15 x 5 x 15). 4.0 4.1 PERTUKARAN Pemain-pemain dibenarkan membuat penukaran sekiranya berlaku sebarang kemalangan seperti luka atau pemain tidak dapat meneruskan permainan.

4.2

Penukaran pemain dapat dilaksanakan setelah kedua-dua pasukan bersetuju dengan cadangan tersebut selepas setengah masa permainan dijalankan walaupan pemain tidak mengalami kecederaan.

4.3

Mana-mana pemain yang telah diganti tidak dibenarkan bermain semula dalam perlawanan itu.

4.4

Kecederaan dan kesakitan yang kemungkinan akan berlaku semasa pertandingan sedang dijalankan,seperti berikut: Apabila seorang pemain mendapat cedera atau sakit semasa bermain,pemain dalam pasukan boleh meminta pemberhentian masa daripada pengadil perlawanan. Hanya Pegawai Penjagaan Utama (Primary Care Personnel) sahaja dibenarkan masuk ke dalam gelanggang untuk merawat pemain yang cedera tersebut. Sekiranya pasukan tidak mempunyai Pegawai Penjagaan Utama, pasukan perubatan yang bertugas di venue secara automatik bertindak sebagai Pegawai Penjagaan Utama tersebut. Pemain lain tidak dibenarkan keluar daripada

gelanggang. Hanya Pengurus Pasukan sahaja yang boleh memberi minuman, tuala muka dan sebagainya yang diminta oleh pemain yang berada di dalam gelanggang. Air tidak boleh dibaling atau seumpamanya. Pemain simpanan dan jurulatih TIDAK DIBENARKAN meninggalkan kerusi simpanan, bercakap atau memberi sebarang berada di KEJURULATIHAN dalam kepada pemain yang

gelanggang

semasa

tempoh

pemberhentian ini. Masa pemberhentian kecederaan yang dibenarkan

adalah seperti berikut:

Pemberhentian

kecederaan

kali

pertama

daripada mana-mana pasukan diberi sehingga dua (2) minit sahaja. Pemain boleh dirawat di dalam atau di luar gelanggang. Pemberhentian kecederaan kali kedua dan seterusnya daripada pasukan yang sama dalam masa permainan yang sama diberi sehingga tiga puluh (30) saat sahaja. Pemain hendaklah dirawat di luar gelanggang atau pertukaran daripada pemain keputusan dilakukan jurulatih (bergantung pasukan).

Sekiranya pemain lewat mengambil tempat selepas tempoh 30 saat, pemain tersebut tidak boleh terus memasuki gelanggang sehingga diberitahu oleh pengadil mengikut peraturan pemain yang lewat memasuki gelanggang. Sekiranya pasukan pemberhentian yang berbeza diminta maka oleh kiraan

kecederaan akan dikira bermula daripada yang pertama (1) dan seterusnya. Pemberhentian kecederaan adalah mengikut pemberhentian yang ke berapa, pasukan yang meminta dan masa permainan yang terlibat. Pemberhentian kecederaan akan bermula baru apabila perlawanan memasuki masa

perlawanan berikutnya.

5.0 5.1

PAKAIAN Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian baju asrama iaitu corak, bentuk sama. Pakaian yang sama hendaklah dipakai di sepanjang kejohanan.
8

5.2 Setiap pemain hendaklah memakai baju-T atau Jersi dengan skirt atau Track-bottom. Seluar pendek atau tight tidak dibenarkan. 5.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib berlainan warna yang ketinggian hurufnya adalah 4-6 inci. 5.4 Huruf-huruf dibawah hendaklah disemadikan di bahagian hadapan dan belakang baju pemain iaitu : GS - Penjaring Gol (Goal Shooter) GA - Penyerang Gol (Goal Attack) WA - Penyerang Sayap (Wing Attack) C - Pemain Tengah (Centre) WD - Penangkis Sayap (Wing Defence) GD - Penahan Gol (Goal Defence) GK - Penjaga Gol (Goal Keeper)

7.0

KELEWATAN

Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu, pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma kepada pasukan yang berada di gelanggang dengan 3 mata dan jaringan 10-0.

8.0

PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN

Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan tidak cuaca, dapat atau kerana atau hal-hal yang tidak

dijangkakan,perlawanan

dimainkan,

sekiranya

sesuatu

perlawanan dihentikan akibat hal-hal di luar kawal kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau dihentikan hendaklah dilangsungkan pada tarikh, tempat dan masa yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.

9.0

CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

Secara Kalah Mati

Jika keputusannya berakhir dengan seri pada peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut:9.2.1 Pertandingan disambung semula setelah berehat 3 minit. 9.2.2 Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap bahagian akan dimainkan. 9.2.3 Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah. 9.2.4 Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat. 9.2.5 Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah yang berikutnya. 9.2.6 Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.

10.0

PENGADIL PERTANDINGAN 10.1 Jawatankuasa pengelola akan menyediakan pengadil-pengadil yang bertauliah sepanjang pertandingan. 10.2 Segala keputusan pengadil berkaitan undang-undang permainan adalah muktamad.

10

Anda mungkin juga menyukai