Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
pedang pusaka
tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
di istana wangsa
pasak saksama
di lautan kesumat
tentang siapa
pahlawan sebenarnya.
1.0.1 Maksud
Penyajak mengatakan bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa akan
sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau
bagaimanapun, penyajak masih bersyukur kerana berpeluang menikmati kehidupan
sambil mencari-cari pahlawan sejati.
Penyajak sedar bahawa kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang menjadi
saksi pertelingkahan antara mereka. Perlbagai kekeliruan tentang kepahlawanan
sebenar menyebabkan manusia tertanta-tanya tentang pemimpin sebenar yang
benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah.
Penyajak tidak mahu menyanjung tuah sebagai pendekar paling gagah kerana
kesetiaan tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan
bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan
kesengsaraan berlaku di kota.
Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai sebagai pengkhianat kerana dia
masih mengingati perjuangan Jebat mempertahankan keadilan. Namun, pengikut
Jebat telah beranggapan bahawa Jebatlah pemimpin yang sebenar.
Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu
yang menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga
membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Oleh itu, usaha untuk
membangunkan negara amatlah sukar.
Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyung, Melaka, kira-kira dalam
tahun 1444. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu
Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu,
begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah
Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Sultan dan merupakan petarung
silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.
Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan seorang Dato' Bendahara (iaitu Perdana
Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamuk. Dato' Bendahara kagum dengan
ketangkasan mereka lalu menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya
mengambil mereka untuk bertugas di istana.
Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang
Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di
tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa
bernama Taming Sari. Dalam pertarungan itu, Taming Sari yang merupakan seorang
pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa
kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu, Hang Tuah berjaya
merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya
dianugerahkan oleh raja Majapahit Suraprabhawa kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini
akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.
Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan
permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung
Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma
Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali
dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan
perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina
dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak
dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan
di Hulu Melaka.
Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan
keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat
karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani
hukuman mati. Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi
(menurut Sejarah Melayu), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana.
Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau
Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa
itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah
masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya
telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari
bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang
Jebat dan membunuhnya.
Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang
telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu
menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata
kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata,
kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan
dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih
menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang.
Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan
saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka yang
tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang
Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati
terhadap pembunuh.
Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia, Selagi
Berpegang Teguh Pada Islam" yang bererti bangsa Melayu tidak akan punah di bumi ini.
Hang Tuah dikurniakan oleh Raja Gowa kepada rombongan diplomatik dari Melaka yang
terdiri daripada Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja, iaitu sebagai hadiah kepada
Sultan Mansur Shah, Sultan kerajaan Melaka pada waktu itu. Ketika dikurniakan oleh
Raja Gowa kepada rombongan Melaka, umur Hang Tuah pada waktu itu baru berusia 12
tahun. Walaupun baru berusia 12 tahun, Hang Tuah pernah membunuh dua orang yang
mengamuk di negerinya.
Nama "Hang Tuah" diberikan oleh Sultan Mansur Shah setelah baginda berkenan melihat
beliau. Hang Tuah kemudian dikurniakan keris yang bernama Keris Tempa Melaka (bukan
keris Taming Sari). Sepanjang berada di Melaka, Hang Tuah berguru dengan
hulubalang-hulubalang yang ada di Melaka, bukan dengan Adi Putera di gunung Ledang
seperti di dalam hikayat yang masyhur itu. "Perhangan" yang kita sedia maklum adalah
lima orang tetapi sebenarnya di dalam Sulalatus Salatin, Sultan Mansur telah memilih
lapan orang "Hang" sebelum kedatangan Hang Tuah, iaitu:
● Hang Jebat
● Hang Kasturi
● Hang Lekir
● Hang Lekiu
● Hang Ali
● Hang Iskandar
● Hang Hassan
● Hang Hussin
Maka dengan kedatangan Hang Tuah, "Perhangan" (pahlawan Melaka) menjadi sembilan
orang semuanya. Mereka semuanya saling bermuafakat dan berkasih sayang. Hang Tuah
adalah pahlawan yang paling handal di antara sembilan orang "Hang" ini.
Hang Tuah dikenali sebagai seorang yang rupawan, cerdik, perkasa, mempunyai hikmat
dan berani. Apabila ada orang yang mengamuk di dalam Melaka dan tidak ada sesiapa
yang mampu mengawal amukan tersebut maka Hang Tuah akan dititahkan oleh Sultan
untuk mengatasinya. Dikatakan bahawa Hang Tuah pernah membunuh 74 orang yang
mengamuk di Melaka. Pemuda-pemuda di Melaka menggelarnya Laksamana kerana apabila
Hang Tuah bergurau dengan rakan-rakannya, beliau akan menyinsing lengannya dan
berkata: "Laksamana akan lawanku". Sejak dari itu para pemuda memanggilnya dengan
Laksamana hingga akhirnya sultan juga terikut-ikut memanggilnya Laksamana.
Pada suatu hari ada seorang dari suku Jawa mengamuk kerana berasa malu diejek oleh
para pemuda Melaka. Ramai yang telah dibunuh oleh orang Jawa tersebut dan tidak ada
sesiapa yang mampu menghalanginya. Sultan Mansur Shah kemudian menghantar Hang
Tuah untuk menyelesaikannya dan akhirnya orang yang mengamuk itu berjaya dibunuh.
Dengan kejayaan itu, Sultan terus melantik Hang Tuah menjadi Laksamana. Digambarkan
juga di dalam Sulalatus Salatin akan ketampanan Hang Tuah. Ketika berada di Majapahit,
Hang Tuah telah menjadi kegilaan para wanita Jawa sama ada gadis sunti atau isteri
orang. Dikatakan jika seorang isteri sedang berada dalam dakapan suaminya sekalipun
pasti akan terkejut dan terus keluar untuk melihat Hang Tuah.
Ketika pertarungan dengan Hang Jebat, Hang Tuah dalam keadaan tubuh yang sangat
kurus. Berjalan pun terketar-ketar kerana beliau dipasung dalam tempoh yang lama oleh
Seri Nara Diraja di Dusun akibat kesalahan berzina dengan Dayang Istana. Hang Tuah
berjaya menewaskan Hang Jebat kerana kepintarannya memperdaya Hang Jebat. Ketika
keris beliau terlekat di dinding, beliau meminta belas kasihan daripada Hang Jebat agar
memberikannya peluang untuk mencabut kembali kerisnya. Hal tersebut berlaku selama
dua tiga kali. Tetapi apabila keris Hang Jebat tersangkut ke dinding, cepat-cepat beliau
menikam Hang Jebat. Apa yang perlu diperhatikan, tidak ada diceritakan bahawa Hang
Tuah dan Hang Jebat bertarung di atas talam kerana para pengawal menjolok dengan
lembing dari bawah istana. Juga tidak ada perebutan keris Taming Sari yang mana
sesiapa yang memiliki keris tersebut akan menjadi kebal. Malah Keris Taming Sari itu
juga tidak wujud dalam Sulalatus Salatin.
Dinyatakan di dalam Sulalatus Salatin bahawa Hang Tuah berkahwin dengan mempunyai
dua orang isteri, tiga orang anak, empat orang cucu, dua orang cicit dan seorang piut
iaitu:
● CUCU DARI ISTERI PERTAMA: 1) Tun Abdullah (lelaki), 2)Tun Biajid (lelaki), 3)
Tun Daerah (perempuan) - berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah
● CICIT DARI ISTERI PERTAMA: 1) Raja Dewi binti Sultan Mahmud Shah
● ISTERI KEDUA (Nama tidak disebutkan), dari keluarga Bendahara Paduka Raja
Tun Perak.
● ANAK DARI ISTERI KEDUA: 1) Sang Guna (lelaki), 2) Tun Emas Jiwa
(perempuan) - berkahwin dengan Hang Nadim
● CUCU DARI ISTERI KEDUA: 1) Tun Mat Ali bin Hang Nadim
● CICIT DARI ISTERI KEDUA: 1) Tun Hamzah bin Tun Mat Ali
● PIUT DARI ISTERI KEDUA: 1) Tun Ali bin Tun Hamzah - Tun Ali bergelar Seri
Petam.
Ketika ekspedisi mendaki Gunung Ledang untuk meminang Puteri Gunung Ledang, Hang
Tuah tidaklah merasa sangat kecewa hingga ghaib di Sungai Melaka akibat gagal mendaki
ke puncak Gunung Ledang seperti dalam Hikayat Hang Tuah. Hang Tuah masih lagi hidup
hingga beliau meninggal dunia setelah sekembali menantunya, Hang Nadim dari Benua
Keling. Hang Tuah telah dimakamkan dengan penuh adat istiadat di Tanjung Keling,
Melaka oleh Sultan Mahmud. Hingga sekarang makam tersebut masih lagi wujud dan
terjaga dengan baik oleh kerajaan negeri Melaka. Jawatan Laksamana kemudiannya
disandang oleh menantunya sendiri, Temenggung Khoja Hassan. Selepas Khoja Hassan
meninggal dunia, jawatan Laksamana disandang pula oleh Hang Nadim, namun ketika itu
kesultanan Melaka telah berpindah ke Johor.
Satu lagi perkara yang perlu diperhatikan, bukanlah Hang Tuah yang melarikan Tun Teja
dari Pahang. Peristiwa tersebut berlaku selepas Hang Tuah meninggal dunia. Dicatatkan
yang melarikan Tun Teja adalah Hang Nadim, iaitu menantu Hang Tuah.
Keris itu dikatakan menjadikan Hang Jebat kebal tidak lut senjata. Hang Tuah telah
berjaya merampas semula keris Taming Sari dalam pergelutan dan menikam Hang Jebat.
Selepas menikam Hang Jebat, Hang Tuah yang baru kembali dari buangan, kembali
kerumahnya. Hang Jebat tidak terus mati, tetapi telah membalut lukanya dengan kain
Cindai dan kemudiannya memasuki kampung-kampung untuk mengamuk, membunuh
sesiapa sahaja yang melintas dihadapannya. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir
di pangkuan Hang Tuah.[1]
Hang Jebat dikatakan telah membuat perhubungan sulit dengan seorang dayang istana
bernama Dang Wangi. Ada kisah yang menyebut bahawa sebenarnya Hang Jebat telah
bernikah dengan Dang Wangi dan semasa Hang Jebat terbunuh, Dang Wangi sedang
hamil anak Hang Jebat. Hang Tuah kemudiannya menghantar Dang Wangi tinggal di
Singapura untuk melahirkan dan membela anak Hang Jebat yang dikatakan bernama
Hang Nadim.[2] Dalam kisah Singapura Dilanggar Todak, budak bijak yang memberi
pendapat supaya berkubukan batang pisang dari serangan todak dikatakan adalah Hang
Nadim anak kepada Hang Jebat.[3]
Keberanian dan ketegasan Hang Jebat untuk mencari keadilan sehingga sanggup
menderhaka kepada Sultan menjadikan dia disanjung oleh sesetengah golongan sehingga
ke zaman ini. Ungkapan katanya Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja
Disanggah! menjadi kata-kata hikmat setiap kali memperkatakan perjuangan untuk
menuntut keadilan atau bila hendak memperkatakan kezaliman raja yang memerintah.
Perbalahan di antara dua wira Melaka telah menimbulkan tanda tanya tentang moral
Hang Jebat yang bertindak membunuh rakyat yang tidak berdosa dan mengenai sejauh
mana Hang Tuah bertindak mematuhi perintah Sultan.