Anda di halaman 1dari 4

TAJUK: SERULING SAKTI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis

Yang Dihormati Para Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana, guru-guru dan rakan-
rakan sekalian.

Ucapan salam pembuka kata,

Tangan dihulur bersemi dihati,

Berdirinya saya untuk bercerita,

Tajuk dan kisah Seruling Sakti.

Pada zaman dahulu, terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di
kaki bukit. Pekan tersebut di kenali sebagai Hamelyn. Penduduk di pekan
tersebut hidup denga naman damai tetapi, sikap mereka tidak prihatin terhadap
kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap. Mereka membuang
sampah di merata-rata menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat pembiakan
tikus. Semakin hari semakin banyak tikus membiak, menyebabkan pekan
tersebut dipenuhi oleh tikus-tikus.

Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya di pekan tersebut. Setiap rumah,


tikus-tikus bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk di
pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan ada di antara
mereka memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau
banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk
menghapuskan tikus-tikus tersebut.
Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan lain
sehinggalah pada suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke
pekan tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk menghalau
semua tikus dengan syarat penduduk pekan tersebut membayar upah atas kadar
dua keping wang mas setiap orang. Penduduk di pekan tersebut berbincang
sesama mereka diatas tawaran pemuda tadi. Ada diatara mereka tidak bersetuju
oleh kerana mereka tidak sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal.
Setelah berbincang dengan panjang lebar akhirnya mereka bersetuju untuk
membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak
mempunyai pilihan lain.

Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia


mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu
sangat merdu dan mengasikkan sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang
berada di merata tempat di dalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul
mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambal meniupkan
seruling sakti dan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut.
Apabila sampai di tepi sungai, pemuda tadi terus masuk ke dalamnya dan
diikuti oleh semua tikus. Tikus-tikus tadi tidak berenang dan semuanya mati
lemas.

Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus dan penduduk


bersorak dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya,
penduduk tersebut enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana mereka
mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yang
diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling sahaja. Pemuda tadi sangat
marah lalu dia menuipkan seruling saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari
seruling itu sangat memikat hati kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak
berkumpul di sekelilingnya.

Setelah semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan sambil


meniupkan seruling dan diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa
kanak-kanak tersebut keluar dari pekan Hamelyn. Setelah Ibu Bapa menyedari
bahawa mereka akan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa cemas kerana
kanak-kanak telah meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka
mengejar pemuda tadi dan merayu supaya menghentikan daripada meniup
seruling dan memulangkan Kembali anak-anak mereka. Mereka sanggup
memberi semua harta benda yang ada asalkan pemuda tersebut mengembalikan
anak-anak mereka

Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu dia membawa kanak-
kanak tersebut menuju ke suatu tempat. Apabila mereka sampai di situ muncul
sebuah gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi masuk ke dalam gua itu dan diikuti
oleh kanak-kanak. Setelah semuanya masuk, tiba-tiba gua tersebut hilang
daripada pandangan penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat berbuat apa-
apa oleh kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Mereka
menyesal di atas perbuatan tadi tetapi sudah terlambat. Ibarat kata pepatah
Melayu, “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.Sehingga
hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang dilakukan
oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat
diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga ke hari ini.

Dengan ini, berakhirlahkisah seruling sakti. Pengajaran yang terdapat di dalam


cerita ini ialah kita tidak boleh memungkiri janji, kelak hidup akan rugi. Sekian,
dari saya yang memegang nombor tiga belas. Wabillahitaufiq walhidayah.
Wassalamualaikum warrahmatullah hi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai