Anda di halaman 1dari 12

Ῠΐ⃨Ῠ侀ΐ un侀Ῠ (Ῠ u⃨ 侀n ΐu 侀(Ῠ侀, ΐn侀 n u⃨⃨ 2020

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU

1.0 PENDAHULUAN

Dalam Pendidikan prasekolah, Bahasa dan komunikasi merupakan teras kepada


pembelajaran murid. Dengan penguasaan kemahiran asas Bahasa, murid boleh
memahami konsep, menerima mklumat, berfikir, menyelesaikan masalah serta
berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Kebolehan berbahasa dan
berkomunikasi dengan baik dan berkesan akan meningkatkan keyakinan murid untuk
melibatkan diri secara aktif di dalam pembelajaran. Penguasaan kemahiran ini boleh
dicapai melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menggembirakan
seperti aktiviti bercerita . Kesepaduan aktiviti berteraskan kepada pendekatan belajar
melalui bermain, bersepadu dan bertema akan menjadikan matlamat kurikulum
prasekolah kebangsaan dapat dicapai. Aktiviti bercerita ini merupakan asas amalan
yang bersesuai dengan perkembangan murid.

2,0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan
menyakinkan.

2.2 Menggalakkan murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-


penulis tempatan dan karya tradisional.

2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya
saing di kalangan murid.

2.4 Meningkatkan kemahiran bertutur dan mendengar dalam bahasa


Melayu.

3.0 PENYERTAAN

Penyertaan ini terbuka kepada murid-murid prasekolah KPM Daerah Kota Tinggi
berumur 5 dan 6 tahun.
Ῠΐ⃨Ῠ侀ΐ un侀Ῠ (Ῠ u⃨ 侀n ΐu 侀(Ῠ侀, ΐn侀 n u⃨⃨ 2020

4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

4.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid prasekolah KPM Daerah Kota


Tinggi yang berumur 5 dan 6 tahun.

4.2 Hanya seorang ( 1 ) peserta sahaja dibenarkan mengambil bahagian


Bagi setiap sekolah.

4.3 Setiap peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan yang disahkan


Guru Besar beserta dengan sijil kelahiran.

4.4 Skrip cerita menggunakan saiz 12, font Century Gothic, langkau 2 baris
dan hendaklah kepada pihak pengelola sebelum atau semasa
pendaftaran sebanyak 3 salinan.

4.5 Sumber bahan bercerita hendaklah dipilih daripada medium berikut:


4.5.1 Buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.
4.5.2 Cerita-cerita dari majalah dan media massa lain.
4.5.3 Cerita-cerita dari bahan elektronik/Internet.
4.5.4 Hasil karya sendiri

4.6 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai


murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.

4.7 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan
penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.

4.8 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta :

4.8.1 Menyentuh isu-isu politik, ras dan agama

4.8.2 Membaca teks cerita atau bahan secara terus menerus

4.8.3 Dibantu oleh orang lain.

4.9 Setiap peserta diberi masa bercerita 5 hingga 8 minit. 10 markah akan
dipotong sekiranya tempoh masa persembahan bercerita kurang
daripada 5 minit dan lebih daripada 8 minit.

4.10 Props, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

4.11 Peserta dibenarkan memakai kostum.


Ῠΐ⃨Ῠ侀ΐ un侀Ῠ (Ῠ u⃨ 侀n ΐu 侀(Ῠ侀, ΐn侀 n u⃨⃨ 2020

4.12 Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diamnil kira untuk meneruskan
pemenangnya :

4.12.1 Teknik persembahan

4.12.2 Penghayatan cerita

4.13.3 Bahasa dan pertuturan

4.13 Bilangan panel hakim di peringkat zon sekurang-kurangnya tiga ( 3 )


orang.

4.14 Keputusan para hakim adalah muktamad dan markah tidak akan
diumumkan.

5.0 KRITERIA PEMARKAHAN

BIL KRITERIA PENERANGAN JUMLAH


MARKAH

1 TEKNIK PERSEMBAHAN TEKNIK PERSEMBAHAN 25


MENARIK DAN MEMIKAT
PENONTON, TENANG,
MENYAKINKAN DAN
GERAK GERI BERSAHAJA

2 KELANCARAN BAHASA BAHASA GRAMATIS, 25


INTONASI YANG BETUL,
SEBUTAN JELAS DAN
TEPAT

3 PENGHAYATAN CERITA MENGHAYATI DAN 25


MENYAMPAIKAN CERITA
DENGAN LANCAR

4 NILAI MURNI MEMPUNYAI NILAI MURNI 10

5 KAWALAN SUARA MENGIKUT KESUAIAN 10


CERITA

6 KOSTUM PAKAIAN MENGIKUT 5


KESUAIAN CERITA

7 JUMLAH 100
Ῠΐ⃨Ῠ侀ΐ un侀Ῠ (Ῠ u⃨ 侀n ΐu 侀(Ῠ侀, ΐn侀 n u⃨⃨ 2020

PRESCHOOL STORY TELLING

1.0 INTRODUCTION
In Preschool Education field, Language and Communication are the core of student
learning. With the mastery of basic language skills, students can understand
concepts, receive information, think, solve problems, interact and communicate
with others. The ability to speak and communicate well and effectively will increase
students' confidence. Mastery of these skills can be achieved through meaningful
and enjoyable learning experiences such as storytelling activities. The integration of
activities based on learning approaches through play, integrated and themed will
make the goals of the National Standard Preschool Curriculum achievable. This
storytelling activity is the basis of practice that is appropriate to the development of
students.

2,0 OBJECTIVES

2.1 Enhance students talent and creativity in story telling.


2.2 Encourage students to read and appreciate the author's creative
work - local writers and traditional works.
2.3 Build high self-confidence and the competitive spirit among students.
2.4 Improve speaking and listening skills in English Language.

3.0 PARTICIPATION
This participation is open to KPM Kota Tinggi District preschool students aged 5
and 6 years.
Ῠΐ⃨Ῠ侀ΐ un侀Ῠ (Ῠ u⃨ 侀n ΐu 侀(Ῠ侀, ΐn侀 n u⃨⃨ 2020

4.0 CONDITIONS OF THE COMPETITION


4.1 Participation is open to KPM Kota Tinggi District preschool students aged 5
and 6 years.
4.2 Only one (1) participant is allowed to participate for each school.
4.3 Each entry must complete a registration confirmation form that has been
verified by the headmaster and accompanied by a copy of the
participant's birth certificate.
4.4 The registration must also be accompanied by 3 copies of the text of the
story using Arial font size 12 with 2 lines spacing.
4.5 The source of storytelling material should be selected from the following
medium:
4.5.1 Story books available in the market.
4.5.2 Stories from magazines and other mass media.
4.5.3 Stories from electronic / Internet materials.
4.5.4 Self-produced stories.
4.6 The content of the story should have an element of teaching and
application of noble values. Avoid the political, racial and religious issues.
4.7 Side elements such as poetry, singing and proverbs are allowed to
reinforce the story but not exaggerated to the point of interrupting the
storytelling.
4.8 Entries will be disqualified if participants:
4.8.1 Using the political, racial and religious issues.
4.8.2 Read the text of the story or material continuously.
4.8.3 Assisted by others.
4.9 The storytelling time is 5 to 8 minutes. 10 marks will be deducted if the
participant does not follow the set time which is less than 5 minutes or
more than 8 minutes.
4.10 Props, music and sound effects during storytelling are not allowed.
4.11 Participants are allowed to wear costumes.
4.12 If the participants get the same score, the panel judges will consider the
following criteria :
Ῠΐ⃨Ῠ侀ΐ un侀Ῠ (Ῠ u⃨ 侀n ΐu 侀(Ῠ侀, ΐn侀 n u⃨⃨ 2020

4.12.1 The presentation techniques.


4.12.2 The teaching and value elements of the story.
4.13.3 The language and speech fluency.
4.13 Three panel of judges will be selected for each zone.
4.14 The judge's decision is final and the marks will not be announced.
5.0 MARKING CRITERIA
NO CRITERIA DESCRIPTION TOTAL MARKS
1 Presentation Techniques Attractive presentation 25
techniques, can attract the
attention of the listener, calm,
convincing and show
unpretentious and spontaneous
gestures.
2 Language Fluency Using grammatical language, 25
interesting and appropriate
intonation, clear and precise
language pronuntiation.
3 Appreciation of the story Deliver the story with good 25
feelings and appreciation.
4 Pure Value The story contains pure values 10
and good teaching elements.
5 Voice Controlling According to the story suitability. 10
6 Costume According to the story suitability. 5
7 TOTAL 100
Ῠΐ⃨Ῠ侀ΐ un侀Ῠ (Ῠ u⃨ 侀n ΐu 侀(Ῠ侀, ΐn侀 n u⃨⃨ 2020

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PRASEKOLAH

2.0 PENDAHULUAN
Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia
pendidikan. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan,
bermakna dan menyeronokkan dapat membekalkan murid dengan kemahiran,
keyakinan diri dan sikap yang positif untuk pembelajaran seterusnya. Salah satu
tunjang yang digariskan di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
adalah Tunjang Komunikasi yang menekankan kemahiran berbahasa secara lisan
dan bukan lisan semasa berinteraksi. Aspek seni bahasa juga diterapkan dalam
tunjang ini. Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid memahami,
mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang
menyeronokkan secara didik hibur melalui pelbagai aktiviti dan permainan bahasa
seperti nyanyian, bercerita, berlakon dan berpuisi.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid di dalam aktiviti mendeklamasi sajak.
3.2 Membina keyakinan diri dan konsep kendiri positif di dalam diri murid.
3.3 Memupuk semangat juang yang tinggi serta berdaya saing.
3.4 Meningkatkan kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar di dalam
Bahasa Melayu.
3.5 Menghayati aspek seni bahasa di dalam diri setiap murid prasekolah.

4.0 PENYERTAAN
4.1 Penyertaan terbuka kepada murid prasekolah KPM daerah Kota Tinggi yang
berumur 5 dan 6 tahun.
4.2 Hanya seorang (1) peserta sahaja dibenarkan mengambil bahagian bagi
setiap sekolah.
4.3 Setiap peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan yang disahkan oleh
Guru Besar beserta salinan sijil kelahiran.
Ῠΐ⃨Ῠ侀ΐ un侀Ῠ (Ῠ u⃨ 侀n ΐu 侀(Ῠ侀, ΐn侀 n u⃨⃨ 2020

5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


5.1 Tema sajak adalah terbuka dan bebas.
5.2 Penyertaan adalah berbentuk rakaman video dengan durasi masa antara 3-
5 minit.
5.3 Setiap penyertaan perlu dihantar ke sekolah penyelaras pertandingan bagi
setiap zon mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
5.4 Nama peserta dan nama sekolah perlu disertakan pada rakaman video
tersebut. Skrip cerita menggunakan saiz 12, font Century Gothic, langkau 2
baris
dan hendaklah kepada pihak pengelola sebelum atau semasa pendaftaran
sebanyak 3 salinan.

5.5 Pemarkahan peserta akan mengambil kira anugerah emas, perak dan
gangsa
4.6.1 Markah 85 hingga 100 - Anugerah emas
4.6.2 Markah 70 hingga 84 - Anugerah perak
4.6.3 Markah 69 ke bawah - Anugerah gangsa
4.6 Keputusan pemenang akan diumumkan di dalam laman web PPD Kota
Tinggi.

6.0 KRITERIA PEMARKAHAN


5.1 Bahagian A - Kelancaran bahasa ( 20 markah )
5.2 Bahagian B - Suara dan intonasi ( 20 markah )
5.3 Bahagian C - Nilai murni ( 20 markah )
5.3 Bahagian D - Penghayatan ( 15 markah )
5.4 Bahagian E - Gaya persembahan & kreativiti ( 20 markah )
5.5 Bahagian F - Kostum ( pakaian tema ) ( 5 markah )
Ῠΐ⃨Ῠ侀ΐ un侀Ῠ (Ῠ u⃨ 侀n ΐu 侀(Ῠ侀, ΐn侀 n u⃨⃨ 2020

7.0 PENGHAKIMAN
7.1 Diadili oleh 3 orang panel hakim yang diketuai oleh seorang ketua hakim.
7.2 Keputusan dan pembahagian markah dijalankan secara perbincangan.
7.3 Jika berlaku persamaan markah, markah kelancaran bahasa dan gaya
persembahan akan dirujuk.
7.4 Muzik latar belakang (minus 1) dibenarkan.
7.5 Keputusan para hakim adalah muktamad dan markah tidak akan
diumumkan.
Ῠΐ⃨Ῠ侀ΐ un侀Ῠ (Ῠ u⃨ 侀n ΐu 侀(Ῠ侀, ΐn侀 n u⃨⃨ 2020

PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN PRASEKOLAH

8.0 PENDAHULUAN
Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia
pendidikan. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan,
bermakna dan menyeronokkan dapat membekalkan murid dengan kemahiran,
keyakinan diri dan sikap yang positif untuk pembelajaran seterusnya. Salah satu
tunjang yang digariskan di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
adalah Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai. Tunjang ini memberi keutamaan
kepada aspek penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai.
Sehubungan itu Pertandingan Tilawah Al-Quran ini dianjurkan sebagai pengukuhan
kepada pembelajaran murid prasekolah.

9.0 OBJEKTIF
9.1 Mencungkil bakat murid di dalam bacaan Al-Quran.
9.2 Membina keyakinan diri dan konsep kendiri positif di dalam diri murid.
9.3 Memupuk semangat juang yang tinggi serta berdaya saing.
9.4 Meningkatkan kemahiran dan pembudayaan kerohanian, sikap dan nilai di
dalam diri setiap murid prasekolah.

10.0 PENYERTAAN
10.1 Penyertaan terbuka kepada murid prasekolah KPM daerah Kota Tinggi
yang berumur 5 dan 6 tahun.
10.2 Hanya seorang (1) peserta sahaja dibenarkan mengambil bahagian bagi
setiap sekolah.
10.3 Setiap peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan yang disahkan
oleh Guru Besar beserta salinan sijil kelahiran.
Ῠΐ⃨Ῠ侀ΐ un侀Ῠ (Ῠ u⃨ 侀n ΐu 侀(Ῠ侀, ΐn侀 n u⃨⃨ 2020

11.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


11.1 Murid perlu membaca :
11.1.1 Surah wajib - Surah Al-Fatihah
11.1.2 Surah pilihan - 2 daripada 3 surah pilihan
11.1.2.1.1 Surah An-Nas
11.1.2.1.2 Surah Al-Falaq
11.1.2.1.3 Surah Al-Ikhlas
11.2 Peserta dibenarkan melihat dan menggunakan muqaddam / Al-Quran
semasa membaca surah.
11.3 Penyertaan adalah berbentuk rakaman video dengan durasi masa tidak
melebihi 10 minit.
11.4 Setiap penyertaan perlu dihantar ke sekolah penyelaras pertandingan
bagi setiap zon mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
11.5 Nama peserta dan nama sekolah perlu disertakan pada rakaman video
tersebut.
11.6 Pemarkahan peserta akan mengambil kira anugerah emas, perak dan
gangsa
4.6.1 Markah 85 hingga 100 - Anugerah emas
4.6.2 Markah 70 hingga 84 - Anugerah perak
4.6.3 Markah 69 ke bawah - Anugerah gangsa
4.7 Keputusan pemenang akan diumumkan di dalam laman web PPD Kota
Tinggi.

12.0 KRITERIA PEMARKAHAN


5.1 Bahagian A - Tajwid ( 30 markah )
5.2 Bahagian B - Fasohah ( 20 markah )
5.3 Bahagian C - Lagu dan tarannum ( 20 markah )
5.4 Bahagian D - Kejelasan suara ( 20 markah )
Ῠΐ⃨Ῠ侀ΐ un侀Ῠ (Ῠ u⃨ 侀n ΐu 侀(Ῠ侀, ΐn侀 n u⃨⃨ 2020

13.0 PENGHAKIMAN
13.1 Diadili oleh 3 orang panel hakim yang diketuai oleh seorang ketua hakim.
13.2 Keputusan dan pembahagian markah dijalankan secara musyawarah.
13.3 Jika berlaku persamaan markah, markah tajwid akan dirujuk.
13.4 Keputusan para hakim adalah muktamad dan markah tidak akan
diumumkan.

Anda mungkin juga menyukai