Anda di halaman 1dari 1

‫لحمد هلل رب العالمين‬l,

‫والصالة والسالم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

ِ ‫س َبقُ ْو َنا ِباِإل ْي َم‬


‫ان َوالَ َت ْج َعلْ ف ِْي قـُلُ ْو ِب َنا‬ َ َ‫اغف ِْر َل َنا ُذ ُن ْو َب َنا َوِإل ْخ َوا ِن َنا ا َّل ِذ ْين‬
ْ ‫ال َّل ُه َّم‬
‫ف َر ِح ْيم‬ ٌ ‫غِ الًّ لِ َّل ِذ ْينَ َءا َم ُن ْوا َر َّب َناإ َّن َك َر ُء ْو‬
Allahumma Ya Rahmaani wa Ya Rahiim,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada petang ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan
penghargaan terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Dan dengan izin Mu jua
kami dapat melaksanakan tugas kami pada hari ini sempena Konvensyen Kualiti 2022
peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman

Allahumma Ya Badi’as Samawati Wal Ardh,

Kami sedar Ya Allah, bahawa bagi mencapai inovasi yang berkualiti dan berinovasi bukanlah
suatu yang mudah. Tanpa Taufiq dan Hidayah Mu, dan tanpa redha dan restu Mu jua, maka
sukar bagi kami mencapai hasil kerja yang bermutu, dan berinovasi.

Justeru… Ilhamkanlah dalam fikiran kami Ya Allah, idea-idea yang kreatif, positif, proaktif
dan inovatif. Semarakkanlah dalam jiwa dan minda kami, keazaman dan komitmen yang
tinggi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan serta kekuatan fizikal dan minda,
semangat dan daya juang. Padukanlah tenaga dan pemikiran kami. Eratkanlah Silatur Rahim
dikalangan kami, semoga dengannya kami dapat menyempurnakan tugas ini, bagi
menghasilkan inovasi yang cemerlang, dicontohi dan diteladani, serta mampu menuju ke
mercu gemilang.

Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Berkatilah perhimpunan dan usaha kami pada hari ini, dan hari-hari yang bakal kami lalui.
Rahmatilah jua perpisahan dan dapatan kami selepas ini, dan hari-hari yang bakal kami
tempuhi. Kurniakanlah apakiranya kepada kami Ya Allah, rezeki yang halal dan
berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, dan jua di
akhirat.
َ‫ َوال‬، ‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َو َت َف ُّر َقـَ َنا مِنْ َب ْع ِد ِه َت َف ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اج َعلْ َج ْم َع َنا ه ََذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬ ْ ‫اَل َّل ُه َّم‬
. ‫شقِ ًّيا َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ َ ‫َت ْج َع ِل ال َّل ُه َّم فِ ْي َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا‬
ِ ‫اب ال َّنار‬َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬ َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب ال َعا َل ِم ْين‬، ‫س َّل َم‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫ص َّلى هللاُ َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai