Anda di halaman 1dari 2
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) Pejabat MARA Negeri Pahang a Tingkat 3, Arked Gambut, Jalan Gambut, Peti Surat 310, 25730 KUANTAN, Tel : 09-514 4044/4151 PAHANG DARUL MAKMUR. Faks : 09-514 1179 Laman Web : www.mara.gov.my Ruj. Kami: ULK/2022/001(_) Ruj. Tuan Tarikh 19 September 2022 Pegawai 22 Safar 1443 Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan Jalan Gambut 25000 Kuantan, Pahang Tuan, PROGRAM PERSONAL ENRICHMENT PROGRAMME (PRSOPER) MARA NEGERI PAHANG 2022 Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk 2. Program PROSPER merupakan satu program jangka panjang bertujuan untuk membantu dan membimbing secara khusus pelajar-pelajar_ terpiih dari golongan B40 (keluarga yang tidak berkemampuan) yang berpotensi dari segi akademik, sahsiah dan kepemimpinan untuk dibentuk menjadi seorang yang berjaya didalam kehidupan agar dapat berbakti semula kepada keluarga dan masyarakat. Program ini difokuskan kepada pelaiar tingkatan 5 bagi yang mempunyai kadar kemiskinan paling tinggi di Pahang. Pemilihan pelajar adalah daripada kategori keluarga B40 dan ditapis oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah bersama guru sekolah yang terpilih. Bimbingan kepada pelajar dalam bentuk motivasi, Kelas tambahan bagi mata pelajaran teras dalam SPM serta lawatan sambil belajar akan dilaksanakan dalam program ini 3. MARA Negeri Pahang bercadang untuk melaksanakan Program PROSPER bersama Kaunselor peringkat daerah Kuantan bermula pada 7 Oktober 2022. Program ini melibatkan anggaran 20 orang pelajar tingkatan 5 kategori keluarga B40 yang terpilin seperti senaral sekolah yang dibawah: i) SMK Tanjung Lumpur ~ 4 orang pelajar il) SMK Sungai Lembing ~ 4 orang pelajar lil) SMK Sungai Soi ~ 4 orang pelajar iv) SMK Lepar Hil — 4 orang pelajar v) SM Pelabuhan ~ 4 orang pelajar 4, Pelaksanaan program adalah selama enam (6) bulan dan pelajar ~ pelajar akan dibuat Pemantauan sehingga Kemasukan ke universiti dan berakhir selepas pelajar tamat belajar atau menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Bersama-sama ini disertakan paperwork program PROSPER untuk rujukan dan pethatian pihak tuan selanjutnya, 5. Program ini bertepatan dengan usaha MARA dalam membantu pelajar mendapat kemahiran insaniah sebagai melengkapi semua aspek kecerdasan yang perlu ada dalam diri setiap pelajar. Program ini juga merupakan salah satu inisiatif untuk mengesan dan merekrut pelajar-pelajar terpilih terutamanya dari golongan B40 yang berpotensi dari segi akademik dan mendapat keputusan yang cemerlang untuk ditawarkan kemudahan pinjaman pelajaran MARA atau memasuki ekosistem Pendidikan MARA melalui program YTP. Program ini juga diharap dapat membantu membina jati diri Pelajar demi mendepani cabaran masa hadapan melalui pembentukan sebuah generasi yang lebin holistik, berketerampilan, berdaya saing untuk memajukan diri sendiri dan seterusnya dapat memberi sumbangan kembali kepada masyarakat secara amnya, Keusahawanan, & Pendidikan Global “Amanah Raya 6. Sehubungan dengan ini, pinak kami memohon kerjasama daripada plhak tuan untuk memberi kerjasama bagi menyediakan senarai maklumat pelajar yang terpilin dan memberikan kebenaran kepada pihak sekolah untuk menyertai program ini bagi mencorakkan masa hadapan dan menentukan hala tuju mereka serta dapat bersaing memajukan diri sendiri untuk meningkatkan sosio ekonomi keluarga, 7. Segala pertimbangan dan perhatian pihak tuan amat kami hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh menghubungi Pn. Maisarah binti Abdul Nasir di talian 019-6174884 atau email malsarah@mara.gov.my. Sekian, “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “LUAR BANDAR SEJAHTERA” Saya yang menjlankan amanah, ‘SOFFIAN BIN id. MUSTAFA Pengarah MARR Negeri Pahang sk Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Kuantan

Anda mungkin juga menyukai