Anda di halaman 1dari 3

Yang Dihormati,

Puan Hajah Zanariah binti Haji Ahmad,


Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV)

Timbalan Pengarah BPLTV

En. Omar bin Hassan


Yang Dipertua Majlis Pengarah/Pengetua Kolej Vokasional dan Sekolah
Menengah Teknik Zon Johor, merangkap Pengarah Kolej Vokasional Tun
Hussein Onn

Pengarah Pendidikan Negeri Johor,

Barisan Pengarah-pengarah Kolej Vokasional Zon Johor


Pemilik-pemilik dan wakil-wakil syarikat
Yang Dipertua
PIBG Kolej Vokasional Kota Tinggi
Pegawai Perhubungan Kolej Vokasional Kota Tinggi
Timbalan-timbalan Pengarah Kolej Vokasional Kota Tinggi

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin


dan limpah rahmatNya, dapatlah kita bersama-sama hadir dalam Majlis
Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kolej
Vokasional Kota Tinggi dan pihak industri tahun 2022.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli
jawatankuasa majlis kerana telah bertungkus-lumus dalam memastikan majlis
ini berjalan dengan lancar walaupun kita masih lagi dalam suasana norma
baharu yang penuh SOP dan perlu kita patuhi.
Ribuan terima kasih juga kepada dif-dif jemputan yang sudi hadir ke majlis ini
bagi menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di
antara Kolej Vokasional Kota dan pihak-pihak industri. Sesungguhnya
kehadiran anda semua amat besar ertinya, sekaligus menyemarakkan lagi
semangat kami untuk meningkatkan nama KVKT gah di persada negara.

Hadirin sekalian,
MoU merupakan satu kerjasama strategik di antara kolej vokasional dan pihak-
pihak industri berkaitan yang memberi kebaikan kepada pelatih-pelatih kv
untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bagi memastikan
pembelajaran berterusan. Selain itu, jalinan industri ini juga bertujuan untuk
mempromosikan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia di dalam dan di luar
negara. MoU juga sebagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia
merealisasikan pelaksanaan Transformasi Pendidikan Vokasional dengan
memperluaskan kerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Selaras dengan perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang sains dan
teknologi, sosio ekonomi serta politik dunia merupakan faktor-faktor perubahan
lanskap pekerjaan dan tahap kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu
pekerjaan yang akan wujud pada masa hadapan. Oleh itu, MoU merupakan
suatu inisiatif dalam penyediaan kepakaran dalam bidang berkaitan melalui
kerjasama dengan pihak industri berdasarkan program jelajah industri yang
telah dijalankan.

Berdasarkan data yang diperolehi, melalui kajian ‘Tracer Study’ menunjukan


bahawa pada tahun 2018, kebolehpasaran graduan Kolej Vokasional Kota
Tinggi menunjukan trend pencapaian 97.39% dan meningkat kepada 100% pada
tahun 2019 seterusnya kekal kepada 100% pada tahun 2020. Ini membuktikan
bahawa nilai tambah yang ada dalam diri pelajar serta kemahiran yang pelajar
perolehi mendapat perhatian industri sehinggakan dengan mudah pelajar ini
mendapat kerja dalam bidang yang diceburi.

Seterusnya, bagi mengekalkan bilangan tenaga kerja TVET yang berkualiti dan
semakin meningkat dalam industri, Malaysian Board of Technologists (MBoT)
turut membantu dalam memastikan kualiti profesion selaras dengan
perkembangan dinamik industri semasa dalam teknologi pembuatan. Keperluan
penglibatan ahli teknologis oleh MBoT juga bagi memastikan diploma yang
ditawarkan mendapat akreditasi penuh yang melayakkan mereka untuk
menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Peranan TVET penting dalam pembangunan sebuah negara yang sedang


membangun seperti Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju. Melalui
TVET juga, seseorang individu berpeluang untuk meraih tempat dalam
memiliki kerjaya yang lebih baik dengan pendapatan yang berpatutan akhirnya
dapat menonjolkan individu tersebut dalam sesebuah masyarakat dan negara.

Akhir kata, pendidikan vokasional ini dijadikan pilihan semasa pembelajaran di


peringkat menengah di mana para pelatih akan diperkenalkan secara awal
dalam bidang kemahiran ini. Latihan vokasional dapat menyediakan pelatih
vokasional untuk bekerja dan dilengkapkan dengan kemahiran supaya
cemerlang dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai