Anda di halaman 1dari 2

Cara-cara Mengatasi Masalah Banjir

Baru-baru ini, isu banjir telah meniti dari bibir ke bibir masyarakat kita.
Setiap kali bulan Disember, ada sahaja mangsa-mangsa banjir yang
menggerutu kerana terpaksa dipindahkan dari rumah mereka. Persoalannya,
apakah cara-cara mengatasi masalah banjir?

Antaranya, cara yang semudah ABC ialah kita mestilah selalu


mengadakan gotong-royong. Janganlah berat tulang untuk membersihkan
longkang di taman perumahan kita sendiri. Siapalah tahu, barangkali ada
longkang yang tersumbat sehingga menyebabkan banjir!

Selain itu, kita juga harus menanam pokok-pokok di kawasan bukit


yang berdekatan dengan rumah kita. Tahukah anda? Pokok-pokok
menyediakan kawasan tadahan hujan yang semula jadi. Janganlah
ditumbangkan pokok-pokok yang berjasa itu!

Di samping itu, kita perlu memeriksa keadaan sungai di kawasan rumah


kita. Kadang-kadang, ada banyak sampah berlonggok di dalam sungai. Kalau
kita tidak membersihkan sungai itu, air tidak dapat mengalir dengan lancar
ketika musim hujan.

Seterusnya, kita wajar mengelakkan diri daripada membina rumah di


tempat-tempat yang rendah. Cuba bayangkan, kalau hujan berterusan,
pastinya air akan menaiki tempat rendah dengan cepatnya. Kalau boleh,
binalah rumah di tempat-tempat yang lebih tinggi!

Kesimpulannya, jawapan terletak di tangan kita sendiri. Jangan


menuding jari menyalahkan Tuhan semata-mata. Ayuh, marilah kita bersama-
sama mengatasi masalah banjir sebelum nasi menjadi bubur!

Cara-cara Mengatasi Masalah Banjir


Baru-baru ini, isu banjir telah meniti dari bibir ke bibir masyarakat kita.
Setiap kali bulan Disember, ada sahaja mangsa-mangsa banjir yang
menggerutu kerana terpaksa dipindahkan dari rumah mereka. Persoalannya,
apakah cara-cara mengatasi masalah banjir?

Antaranya, cara yang semudah ABC ialah kita mestilah selalu


mengadakan gotong-royong. Janganlah berat tulang untuk membersihkan
longkang di taman perumahan kita sendiri. Siapalah tahu, barangkali ada
longkang yang tersumbat sehingga menyebabkan banjir!

Selain itu, kita juga harus menanam pokok-pokok di kawasan bukit


yang berdekatan dengan rumah kita. Tahukah anda? Pokok-pokok
menyediakan kawasan tadahan hujan yang semula jadi. Janganlah
ditumbangkan pokok-pokok yang berjasa itu!

Di samping itu, kita perlu memeriksa keadaan sungai di kawasan rumah


kita. Kadang-kadang, ada banyak sampah berlonggok di dalam sungai. Kalau
kita tidak membersihkan sungai itu, air tidak dapat mengalir dengan lancar
ketika musim hujan.

Seterusnya, kita wajar mengelakkan diri daripada membina rumah di


tempat-tempat yang rendah. Cuba bayangkan, kalau hujan berterusan,
pastinya air akan menaiki tempat rendah dengan cepatnya. Kalau boleh,
binalah rumah di tempat-tempat yang lebih tinggi!

Kesimpulannya, jawapan terletak di tangan kita sendiri. Ayuh,


marilah kita bersama-sama mengatasi masalah banjir sebelum nasi menjadi
bubur!

Anda mungkin juga menyukai