Anda di halaman 1dari 2

HARI PENETAPAN TARGET

Bismillahirrahmaanirrahim.
1. Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
2. Terima kasih saudara pengacara majlis, Cikgu Mohd Najib
3. Yang dihormati En Ahmad Nizam b. Mohd Sabri YDP PIBG SMKTTDIJaya-Terima
kasih En Nizam kerana sudi hadir pada pagi ini…
4. Yang berusaha rakan2 Penolong kanan, Guru-guru Kanan mata pelajaran,
Kaunselor2, guru-guru tingkatan, serta ..

5. Yang amat dialu-alukan para ibu bapa pelajar tingkatan 5 yang hadir pada pagi ini.
– Selamat Datang tuan/puan.

6. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa


Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita berkumpul dalam dewan
yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda dalam takwim sekolah iaitu Hari
Penetapan Target khusus utk murid t5 yang akan menduduki SPM pada tahun ini.

Pihak sekolah sangat berbesar hati Tuan/puan dapat meluangkan masa dan ternyata
Tuan/puan adalah ibu bapa hebat yang sanggup berkorban apa saja utk anak2
terutama berkorban masa utk hadir pagi ini. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan semua
dapat menyuntik semangat dan iltizam para guru dan murid SMK TTDI Jaya untuk
berusaha meningkatkan lagi pencapaian sekolah ini. Walau bmanapun, Bagi ibu bapa
yg tidak hadir, pasti ada perkara yang lebih penting lagi yg terpaksa diuruskan. Kita
doakan semoga Allah permudahkan urusan mereka. InsyaAllah Aamiin.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Program /Hari penetapan target merupakan salah satu aktiviti bagi memenuhi hasrat
KPM untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran dan
kecemerlangan anak-anak. serta memberi ruang dan peluang kepada para ibu bapa
dan para guru untuk saling mengenali lebih dekat lagi.
Tuan/puan, ibu/bapa…

Sukacita dimaklumkan,awal pagi tadi anak2 tuan/puan telah menanda tangani akur
janji…dan melafazkan ikrar kecemerlangan. (Foto2 telah disaksikan dlm pertunjukan
slaid) Semoga aku janji dan ikrar tadi menjadi permulaan yang baik untuk anak2 kita
Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”,
“Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.” Oleh itu tuan-tuan dan
puan-puan, marilah kita sama-
sama berganding bahu untuk membantu mencipta kejayaan anak-anak kita.

Sebelum mengakhri ucapan saya,

Saya mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada guru2


jawatankuasa pelaksana Hari Penetapan Target yang diketuai oleh penyelaras Pn
Suhaila bt Seman dan FMnya Pn Azura Abdullah…atas komitmen tinggi , curahan idea,
semangat dan kerjasama yang mantap dalam memastikan program hari ini tersusun
dan berjalan lancar seperti dirancang.

Sebagai penutup, saya ingin kongsikan keputusan SPM 2021 seterusnya


membentangkan program2 yang telah dirancang dan akan dilaksanakan untuk anak2
tuan/puan bagi sesi persekolahan 2022/2023 khususnya untuk calon SPM2022…….

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kpd ibu bapa yg hadir.

Wabillahi taufiq wal hidayah…

Anda mungkin juga menyukai