Anda di halaman 1dari 2

1) Tamadun islam dan peradaban manusia 1.

1 peranan manusia sebagai pemulihara alam kamus dewan edisi baharu telah mendefinisikan manusia sebagai makhluk yang berakal,berfikiran, berperasaan, bernafsu serta beremosi dan mempunyai perilaku tersendiri mengikut budaya setempat. Kesemua sifat ini telah menjadikan manusia mempunyai banyak peranan untuk wujud di muka bumi ini. Salah satu peranan manusia ialah sebagai pemulihara alam. Allah swt telah memperundangkan atucara bagaimana manusia harus bertingkah laku apabila berhubungan dengan alam sekitarnya. Hal ini penting kerana segala yang berada di lautan dan di daratan semuanya dijadikan untuk kepentingan dan kebahagian manusia sejagat. Dengan penganugerahan akal pula , manusia digalakkan oleh Allah SWT untuk menguasai dan meneroka angkasa lepas, menyelami dasar lautan dalam dan mencarigali di perut bumi untuk mengambil faedah,dan mengetahui rahsia alam. Hal ini adalah ke arah peningkatan keimanan kepada Allah SWT, dan tamadun manusia untuk kepentingan kehidupan manusia sejagat. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam firmannya: Allah yang menjadikan langit-langit dan bumi dan ia menurunkan dari langit akan air,maka ia mengeluarkan dengannya buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu. Dan ia memudahkan bagi kamu kapal untuk kamu berjalan di laut dengan ketentuan daripada-Nya dan dimudahkan untuk kamu sungai-sungai, disediakan malam dan siang dan ia membawa datang untuk kamu akan segala sesuatu yang kamu bermohon daripada-Nya . Perundangan yang digubal oleh Allah SWT di dalam hal hubungan manusia dengan alam sekitarnya mempengaruhi atau memberi kesan kepada manusia dalam dua hal : a) supaya manusia sentiasa ingat dan bersyukur kepada allah swt apabila ia dikurniakan pangkat , kebesaran dan harta kekayaan b) supaya kesemuanya dipergunakan sebaik mungkin bagi memperoleh keredhaan Allah SWT

Dari segi perlaksanaannya, sejarah telah membuktikan tamadun islam telah menyempurnakan segala keperluan masyarakat manusia untuk mencapai kebahagiaan. Keadilan meluas di dalam semua bidang tidak kira di bidang politik, ekonomi , pentadbiran,pendidikan,kebudayaan, dan sebagainya. Contohnya pada zaman Umar Al Khattab dan Umar bin Abdul Aziz, tidak ada fakir miskin yang dapat diberikan wang zakat dari baitulmal. Interaksi seorang manusia dengan alam sehingga mencetuskan nilai-nilai spiritual terhadap alam dan pengalaman (peng+alam+an) kepada diri sendiri tidak akan sempurna tanpa penglibatan manusia lain. Walau sekuat mana sekalipun ketahanan diri seorang manusia, paling minimum dia memerlukan ibu bapa atau seorang teman. Interaksi dengan alam mestilah dimasyarakatkan dan dibudayakan secara kolektif kerana secara fizikalnya saiz alam adalah terlalu besar dan luas untuk dinisbahkan kepada sebuah masyarakat , apalagi kepada tubuh badan seorang manusia. Justeru pemasyarakatan dan pembudayaan idea,

tenaga, usaha, dan pengalaman yang terhasil daripada interaksi dengan alam akhirnya akan membawa manusia semakin memahami tentang kelahiran tamadun.

1.2 asal usul kejadian manusia Manusia adalah punca penciptaan alam ini samada alam nyata ataupun ghaib. Dalam ertikata lain , kerana Allah SWT hendak menjadikan manusialah sekalian alam ini dijadikan. Bagi membolehkan manusia yang begitu mulia ini hidup aman bahagia dan sejahtera , Allah SWT telah menjadikan segala sesuatu yang dapat menyempurnakan keperluan manusia. sebab itulah bumi dijadikan sebagai planet yang paling sempurna dan terbaik sehingga mengandungi serba serbi yang dapat digunakan oleh manusia untuk kesempurnaan hidup mereka. Al quran sebagai sumber wahyu ada menjelaskan tentang kejadian manusia. Manusia adalah istilah melayu yang menyamai istiliah yang disebutkan didalam al quran iaitu al ins, al insan, an nas dan al basyar. Nama-nama yang diberikan oleh allah SWT kepada manusia membawa erti sebagai makhluk yang menjadi khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini yang sekaligus menjadi pemerintah ,pemilik dan pengguna segala apa yang dijadikan Allah SWT di lautan,daratan dan di udara. Al Quran menjelaskan bahawa asal kejadian manusia adalah daripada keturunan Nabi Adam a.s sebagaimana firman-Nya dalam surah An nisaa ayat 1 yang bermaksud: hai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada tuhanmu (Allah) yang telah menciptakan kamu seorang diri (Adam) dan daripadanya pula Allah menciptakan isterinya (Hawa), daripada kedua duanya Allah membiakkan lelaki dan perempuan yang ramai . Allah SWT menciptakan Adam AS daripada tanah seperti yang disebutkan dalam Al Quran sebagai at Tin , at Turab ,al hama dan al salsal. Nama istilah-istilah berkenaan dapat dirujuk dalam surah As Sajdah ayat 7 yang bermaksud: Dialah (Allah) yang menciptakan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya dan memulakan ciptaan manusia daripada tanah (at-Tin). Surah al Hijr 15,28 yang bermaksud: Sesungguhnya aku akan menciptakan seorang manusia daripada salsal (tanah liat kering yang berasal daripada hama lumpur hitam yang diberi bentuk ) Surah ar-Rum ayat 20, yang bermaksud: antara tanda-tanda kekuasaannya ialah Dia menciptakan kamu daripada tanah (al Turab ) Para ulama bersepakat bahawa Allah SWT telah menciptakan Nabi Adam as pada hari Jumaat.

Anda mungkin juga menyukai