Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2011

HBEF3103

PRINSIP TEKNOLOGI PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALA NO. TELEFON E-MEL

711210015819001

: 711210015819 : : 0132193007 mdjais71@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SHAH ALAM LEARNING CENTRE

MODEL ASSURE

Model ASSURE adalah model pengajaran yang direka sebagai panduan guru merancang dan mengendalikan pengajaran secara kecil iaitu di dalam kelas atau dalam kata lain model ini adalah model rancangan pengajaran berasaskan bilik darjah. Model ini menekankan kepada penggunaan media sebagai alat untuk menyampaikan pengetahuan dan kefahaman kepada para pelajar. Perancangan pengajaran yang baik, tersusun, dan rapi akan memberikan impak yang besar dan berkesan kepada pelajar. Menurut Gagne ( 1985 ) pembelajaran berlaku sebagai satu proses perkembangan secara berperingkat. Terdapat beberapa langkah yang penting dalam model ASSURE yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Model ASSURE mengandungi enam langkah utama yang perlu difahami dan dilaksanakan dalam perancangan dan pengajaran guru dalam darjah. Enam langkah itu ialah A Analyse Learner ( Menganalisis pelajar ), S State Objective ( Menyatakan objektif ), S Select method, media, and materials ( Memilih kaedah, media dan bahan sumber ), U Utilise media and material ( Menggunakan media dan bahan ), R Require learner participation ( Dorongan penglibatan pelajar ) dan E Evaluate and revisa (Melakukan penilaian dan ubahsuai ) Sebelum seseorang guru menulis rancangan pengajaran, perlulah terlebih dahulu enam langkah tersebut diambil kira supaya matlamat dan objektif pengajaran guru itu tercapai.

A ( Analisis Pelajar ) Untuk langkah yang pertama, seseorang guru perlu perlulah terlebih dahulu menganalisis para pelajarnya. Dalam langkah ini, terdapat beberapa perkara penting yang seharusnya

diketahui dahulu oleh seseorang guru iaitu cirri-ciri pelajar-pelajarnya dari segi persekitaran tempat tinggal, pergaulan, budaya, taraf sosio ekonomi keluarga, dan gaya pembelajaran murid di rumah. Bagaimana seseorang guru itu dapat mengetahui ciri-ciri muridnya? Banyak cara seperti melalui suai kenal guru dengan murid dalam kelas pada hari pertama murid masuk

sekolah. Dalam suai kenal ini interaksi guru murid membolehkan guru memperoleh maklumat tentang latarbelakang murid dari segi taraf ekonomi, pengalaman sedia ada budaya dan sebagainya. Dalam rancangan pengajaran guru, Set Induksi mestilah ada soal jawab dan interaksi aktif guru dan murid. Guru juga boleh menggunakan cara pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran. Guru akan dapat melihat seseorang murid yang biasa menimbulkan masalah seperti berbuat bising dan sentiasa bergerak tidak duduk diam, biasanya dipengaruhi gaya hidup di rumah terutama murid-murid dari kawasan golongan rendah, hidup di rumah-rumah flet dan setinggan. Murid ini juga biasanya menghadapi masalah keluarga seperti perceraian ibu bapa dan tidak terjaga. Di sini setiap pelajar akan membawa gaya pembelajaran di luar ke dalam bilik darjah Gaya pembelajaran setiap murid berkaitan dengan psikologi seperti berinteraksi, bertindak balas, berfikir dan beremosi. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi murid itu memproses maklumat dan membentuk persepsi.Rancangan pengajaran guru harus mengambil kira gaya pembelajaran murid-murid.

S - ( Menyatakan Objektif ) Untuk langkah yang kedua ini seorang guru perlu menuliskan objektif secara khusus untuk keseluruhan murid dalam kelas. Dalam rancangan pengajaran yang dibuat guru,contohnya objektif yang hendak dicapai ialah murid-murid akan dapat: 1. 2. 3. Mengenal dan menyatakan maklumat yang terdapat di dalam gambar yang diberi. Mengenal maksud kata kerja dan memberi contoh kata kerja. Menerangkan dan menceritakan tentang gambar yang diberi secara spontan.

4. Membina ayat lengkap dengan baik berdasarkan kata kerja yang diperoleh daripada gambar. Gambar yang diberikan kepada murid ialah gambar tentang situasi yang biasa dilihat di persekitaran tempat tinggal murid. Dari sini akan membolehkan murid mengingat kembali pengalaman tentang situasi dalam gambar tersebut seterusnya memudahkan murid-murid membina ayat berdasarkan pengalaman mereka.
3

S - ( Memilih Kaedah, Media, dan Bahan ) ( a ) Memilih Kaedah Dalam merancang pengajaran ini, guru mesti memilih beberapa kaedah yang sesuai untuk untuk peringkat-peringkat pengajaran. Hal ini dilakukan untuk menyesuaikan sesuatu kaedah dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid supaya menjadi satu pengajaran yang berkesan. Dalam contoh rancangan pengajaran yang dibuat oleh guru pada peringkat set induksi, guru menggunakan kaedah bercerita sambil menunjukkan gambar. Diikuti dengan soal jawab secara kuiz. Ini akan meransang dan menimbulkan minat para pelajar untuk terus fokus pada pelajaran seterusnya. Langkah seterusnya dalam aktiviti pertama, guru menerangkan apakah tajuk pelajaran dan isi pembelajaran hari itu. Guru akan mengedarkan gambar tunggal kepada setiap murid dan meminta murid meneliti serta memahami gambar tersebut. Murid diminta secara individu menerangkan apakan yang difahami tentang situasi dalam gambar tersebut. Guru akan menggunakan kaedah simulasi dan perbincangan dalam kumpulan kecil bagi mencari maklumat yang diperlukan berdasarkan soalan yang diberi. Dalam langkah seterusnya kaedah sumbang saran digunakan memandangkan gambar yang digunakan berkaitan persekitaran murid dan pengalaman sedia ada murid. Setiap murid akan mudah memberikan pendapat, penerangan, idea-idea yang tepat serta sesuai dengan objektif yang hendak dicapai. Setiap kumpulan kecil akan mewakilkan seorang murid untuk menuliskan hasil dapatan di depan kelas untuk dinilai dan dibincangkan secara kelas kesesuaiannya kepada kehendak soalan. Murid diminta membetulkan kesalahan pada hasil yang ditulis di depan. Selain memperoleh maklumat, murid juga mendapat ilmu pelajaran terbaik dan sama untuk semua. Selepas itu murid akan diberikan latih tubi secara individu.

( b ) Memilih Media Dalam pemilihan media yang hendak digunakan, seorang guru hendaklah menggunakan media yang tersedia ada di sekolah. Media yang dipilih ini perlulah konsistan dengan objektif yang hendak dicapai. Dalam rancangan pelajaran guru, media yang digunakan ialah lembaran
4

gambar

dan lembaran kerja.Gambar yang diberikan kepada setiap murid mengandungi

maklumat secara tersirat yang diperlukan dalam objektif. Murid-murid akan memahamkan gambar tersebut dan seterusnya akan menyatakan maklumat yang tersirat. Lembaran kerja yang digunakan juga sesuai dengan objektif yang hendak dicapai. Dalam lembaran kerja ini perkataanperkataan akan disediakan bagi member panduan kepada murid untuk membina ayat lengkap.

( c ) Mereka Bentuk Media Guru juga akan mereka bentuk media sendiri bagi disesuaikan dengan kebolehan pelajar-pelajarnya. Dalam pengajaran ini guru akan menunjukkan situasi sebenar yang terdapat di sekitar murid iaitu di kantin sekolah. Gambaran sebenar ini lebih berkesan untuk diaplikasikan oleh murid dalam latihan bertulis membina ayat.

U ( Menggunakan Media dan Bahan ) Dalam rancangan pengajaran guru ini, media yang digunakan ialah lembaran gambar dan lembaran kerja. Untuk penggunaan lembaran gambar, setiap murid akan diberikan sekeping lembaran gambar setiap seorang. Guru akan memberi arahan dan murid-murid akan meneliti, memaham sebelum membuat catatan sendiri berdasarkan maklumat yang diperoleh. Murid akan menuliskan maklumat di papan putih. Murid akan membina ayat berdasarkan maklumat dan gambar tersebut. Untuk lembaran kerja digunakan dalam aktiviti peneguhan murid. Dari setiap perkataan yang terdapat dalam lembaran kerja, murid-murid akan membina ayat lengkap dalam kumpulan kecil seterusnya wakil kumpulan melaporkan kepada kelas. Setiap hasil dapatan setiap kumpulan akan dibincangkan secara kelas untuk dibetulkan dan dimurnikan.

R ( Dorongan Penglibatan Pelajar ) Dalam pengajaran setiap pelajar mesti dilibatkan secara aktif dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh guru. Guru mesti memastikan setiap murid didorong supaya berminat menyertai aktiviti-aktiviti dengan berkesan. Dalam set induksi guru akan secara aktif bersoal jawab dengan murid. Guru akan bertanya dan memilih secara rawak murid-murid dengan soalan-soalan yang mudah dan ringkas. Banyak soalan yang diberi akan menjadikan murid aktif untuk mancari dan member jawapan secara spontan. Kaedah ini digunakan kerana murid-murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang maklumat soalan yang diberi. Dalam aktiviti membina ayat murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil pelbagai kebolehan dan aras. Setiap kumpulan diberi lembaran kerja . Dalam masa yang ditentukan setiap kumpulan perlu membina ayat berdasarkan perkataan diberi. Di sini muridmurid akan aktif berbincang untuk menghasilkan ayat- ayat yang betul dan baik. Setiap kumpulan akan mewakilkan seorang ahli dan melaporkan serta menuliskan ayat di depan papan putih. Kumpulan lain akan membuat penilaian dan pembetulan ayat yang salah. Guru akan memberi ganjaran dan pujian kepada kumpulan yang menghabiskan kerja dalam masa yang ditetapkan. Setiap ahli kumpulan yang menyiapkan kerja dengan baik akan diberi ganjaran sebatang pensel. Rasionalnya kaedah ini digunakan kerana setiap murid mempunyai pelbagai aras kebolehan dan pengalaman. Murid yang mempunyai kebolehan tinggi akan membantu rakanrakan yang lemah supaya mereka semua memperoleh pengetahuan dan disamping itu mendapat ganjaran daripada guru.

E - ( Nilai dan Semak ) Penilaian perlu dibuat oleh guru terhadap pelajar sepanjang tempoh masa pengajaran sama ada menepati dan tercapai objektif pembelajaran. Penilaian pada peringkat permulaan pengajaran hanya tertumpu kepada pemerhatian dan soalan guru kepada murid sahaja. Murid yang dapat menjawab soalan guru menunjukkan bahawa murid tersebut faham pengajaran tersebut. Soalan-soalan yang diajukan seperti:
6

a) Apakah yang kamu faham erti kata kerja? b) Sebutkan beberapa kata kerja yang kamu dapati dalam gambar. c) Beri contoh kata kerja yang lain yang kamu tahu. d) Cuba bina ayat ringkas daripada kata kerja tersebut. Murid yang memahami pelajaran akan menjawab soalan guru dengan baik dan betul dan ini juga menggambarkan bahawa objektif pada hari itu telah tercapai. Selain penilaian kepada pelajar, penilaian terhadap aspek pengajaran guru juga dibuat dari segi persembahan, kaedah,media yang digunakan, bahan-bahan dan tahap penglibatan pelajar.Dalam pengajaran ini murid-murid terlibat aktif dalam aktiviti yang dijalankan seperti bersoal jawab, perbincangan dalam kumpulan dan menulis latih tubi. Murid-murid juga telah membuat latihan dengan baik dan betul menunjukkan kaedah, persmbahan bahan media dan penglibatan murid adalah baik. Guru menggunakan satu set soalan untuk menentukan keberkesanan pencapaian dalam pengajaran tersebut iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. Berapa peratus murid yang dapat menjawab soalan guru dengan tepat? Berapa peratus murid yang dapat menyiapkan latihan dalam masa yang ditentukan? Adakah semua murid dapat menguasai kemahiran yang diajar pada hari itu? Adakah semua objektif yang hendak dicapai telah tercapai. Berapa peratus jumlah murid yang tidak dapat mamahami dan menjawab soalan guru. Adakah media yang digunakan dapat memberi pamahaman, pengetahuan dan keinginan kepada murid untuk terus mengikuti pembelajaran. Hasil dapatan daripada penilaian ini akan membolehkan guru mengubahsuai kaedah, media dan persembahan guru untuk digunakan dalam membina rancangan pelajaran yang akan datang dengan lebih baik.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN MODEL ASSURE

Tarikh Mata pelajaran Masa Kelas Bilangan Pelajar Tajuk

: 8 April 2011 : Bahasa Melayu : 8.00 9.00 pagi ( 1 jam ) : Tahun 5 Pintar : 25 orang murid : Gotong-royong

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid sudah biasa bergotong-royong di kawasan tempat tinggal dan di sekolah. Kemahiran FU FS : : 8.1 Aras 1 ( i ) - Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat : 1.2 Aras 3 ( i ) - Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara Dengan menggunakan soalan pelbagai aras. Objektif : Di akhir pengajaran murid-murid akan dapat: i. ii. iii. Sistem Bahasa Mengenal dan menyatakan maklumat yang terdapat di dalam gambar. Menyenaraikan kata kerja yang terdapat di dalam gambar. Membina ayat lengkap berdasarkan kata kerja yang diperoleh.

: Kata Kerja

Pengisian Kurikulum : Ilmu - Kajian Tempatan Nilai - Bekerjasama, Tolong-menolong, rajin


8

KBT - Kontekstual Bahan Bantu Mengajar : Lembaran bergambar dan Lembaran kerja

Langkah/Masa

Aktiviti

Catatan

Set Induksi ( 5 minit )

1. Guru

menunjukkan

gambar

keadaan

satu

Bersoaljawab

kawasan yang kotor dan dipenuhi sampah dan kuiz. sambil bercerita. 2. Guru menanyakan soalan-soalan dalam bentuk kuiz kapada murid. Murid akan diberi pujian sekiranya menjawab dengan betul. 3. Guru menerangkan tentang gambar sambil mengaitkan dengan tajuk hari itu.

Langkah 1 ( 10 minit )

1. Guru mengedarkan lembaran bergambar gotong- Perbincangan royong kepada semua murid dan meminta murid secara kelas. memahamkan gambar tersebut. 2. Guru dan murid bersoal jawab tentang maklumat terdapat dalam gambar iaitu berkaitan aktivitiaktiviti. 3. Beberapa orang murid menuliskan aktiviti yang diperoleh daripada gambar di papan putih. 4. Murid memberi pendapat tentang ketepatan aktiviti yang dituliskan rakan mereka.

Langkah 2 ( 20 minit )

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan Kaedah sumbang kecil dan melantik seorang ketua. saran.

2. Setiap kumpulan diminta berbincang membina satu ayat lengkap berdasarkan satu aktiviti yang diberi dalam masa yang ditentukan. 3. Setiap ketua kumpulan menuliskan hasil dapatan mereka di papan putih. 4. Guru meminta kumpulan lain memberi pendapat Memberi dan membuat pembetulan kesalahan tatabahasa pendapat. yang terdapat dalam ayat. 5. Semua murid menyalin ayat-ayat yang terdapat di papan putih.

Langkah 3 ( 15 minit )

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada Kaedah semua murid yang mengandungi perkataan kata pertandingan dan kerja. 2. Setiap murid diminta membina lima ayat sendiri berdasarkan perkataan diberi. 3. Guru memberi ganjaran berupa sebatang pensel kapada murid-murid yang dapat menyiapkan latihan dalam masa yang ditentukan. ganjaran

Penutup ( 10 minit )

1. Guru

membuat

kesimpulan

dan

rumusan Kaedah

pelajaran hari itu dengan mengaitkan gambar penyoalan. yang diberi sebagai panduan kepada murid mencari maklumat seterusnya membina ayat. 2. Guru membuat penilaian dengan menyoal secara rawak kepada murid-murid apa yang dipelajari hari itu. 3. Guru memberikan latihan untuk disiapkan oleh
10

murid di rumah.

Rumusan Berdasarkan rancangan pengajaran yang dibuat kaedah dan aktiviti yang dijalankan adalah mengikut Model Assure. Daripada set induksi, perkembangan dan penutup telah dapat melibatkan murid secara aktif seperti kaedah sumbang saran dan perbincangan dalam kumpulan. Kaedah ini juga dapat mewujudkan nilai kerjasama antara murid . Melalui peneguhan dan ganjaran yang diberi telah mendorong murid lebih bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran seterusnya dapat mencapai objektif pelajaran pada hari itu. Daripada tugasan kerja kursus Teknologi Pengajaran ini, saya telah memperoleh pelbagai pengetahuan mengenai kebaikan model bentuk ASSURE . Antara kebaikan yang saya peroleh ialah sebelum memulakan sesuatu pengajaran, seseorang guru haruslah menganalisis terlebih dahulu murid-muridnya.Langkah ini sangat penting kerana dari situ seseorang guru mengetahui tahap keupayaan dan pengetahuan murid serta cirri-cirinya. Daripada ini guru dapat merancang strategi, kaedah pembelajaran dan bahan sumber yang hendak digunakan supaya pengajaran guru akan lebih berkesan. Selain itu kepelbagaian bahan sumber yang digunakan juga amat penting kerana ia dapat memberikan kefahaman dan menarik minat murid untuk lebih fokus dan murid-murid tidak berasa bosan. Keenam-enam langkah yang terdapat dalam model ASSURE adalah sangat penting untuk dijalankan oleh guru dalam merancang rancangan pengajaran hariannya di dalam kelas. Bagi saya, penggunaan model bentuk pengajaran ASSURE adalah lebih baik untuk dipraktikkan berbanding model pengajaran yang lain kerana ianya lebih bersistematik dan menyeluruh. Setiap guru perlulah menggunakan model ini apabila membuat rancangan pengajaran untuk kelasnya.

11

Penutup Model ASSURE sangat penting kepada guru dalam merancang sesuatu pengajaran di dalam kelas untuk murid-murid daripada pelbagai latar kemahiran, pengetahuan, social samada di bandar mahupun di luar bandar.Model ini direka untuk kemudahan guru-guru dalam menyampaikan pengetahuan secara khusus untuk sebilangan murid-murid di dalam jumlah dan ruang yang kecil seperti dalam bulik darjah. Menerusi langkah-langkah yang terdapat dalam model ini dan diaplikasikan oleh guru-guru ke dalam perancangan pengajaran, murid-murid akan lebih berminat dan bermotivasi untuk meneruskan pelajaran dengan lebih berkesan. Daripada langkah menganalisis pelajar, seseorang guru dapat menentukan objektif pelajaran yang hendak dicapai kemudian memilih dan menggunakan media dan bahan yang sesuai terhadap murid-murid supaya dapat memberi lebih pemahaman isi pelajaran. Guru juga akan dapat merancang cara-cara penglibatan para pelajar dalam aktiviti supaya lebih aktif dan merubah tingkah laku yang diharapkan. Dalam pengakhiran penjajaran guru dapat membuat satu penilaian yang berkesan terhadap pengajarannya. Penilaian guru boleh dibuat secara kelas atau pun secara individu. Daripada sini guru dapat mengetahui apakah objektif pelajarannya tercapai supaya boleh diubah suai menjadi lebih baik.

( 2519 patah perkataan )

12

Lampiran Lembaran Kerja.

Bina seberapa banyak ayat daripada perkataan yang diberi. menyapu membakar memotong menyabit Mengumpul

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

13

RUJUKAN:

Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr Ramlah Hamzah dan Dan Rosini Abu. (2011). Prinsip Teknologi Pengajaran. Seri Kembangan: Open University Malaysia.

Yusuf Hashim. ( 1998 ). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti.

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar. ( 1997 ). Pedagogi 2. Petaling Jaya: Longman Malaysia.

14

Anda mungkin juga menyukai