Anda di halaman 1dari 5

Program Ihya Ramadhan 2022

1. PENGENALAN

Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana ia


dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima kehadiran
Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan
kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amalan soleh. Ibadah puasa yang telah
difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita
berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan. Dengan itu sempena
Ramadhan yang mulia ini Panitia Pendidikan Islam menganjurkan program Ihya’ Ramadhan
untuk memberi ilmu dan pengisian kepada murid-murid di sekolah Sk Pekan Beluran.

2. MATLAMAT
Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan agar penghayatan Ramadhan
dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi warga sekolah supaya cita-cita melahirkan
generasi beriman, berilmu dan berakhlak tercapai.

3. OBJEKTIF
3.1 Melahirkan insan bertakwa yang memiliki sahsiah yang mulia.
3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan keseronokan beramal ibadat dalam
bulan Ramadhan dan menyemarakkan syiar Islam di sekolah ini.
3.3 Sebagai satu wadah berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan,
kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal dalam sepanjang Ramadhan.

Sasaran: Semua murid Islam dan guru-guru Islam Sk. Pekan Beluran.

Tarikh: 3 April 2022 hingga 29 April 2022

Tempat: SK. Pekan Beluran

Masa: Sepanjang bulan Ramadhan

AHLI JAWATANKUASA: Rujuk lampiran


PERINCIAN PROGRAM

PELANCARAN IHYA’ RAMADHAN


TUJUAN:
Merasmikan Program Ihya’ Ramadhan Menghebahkan aktiviti sepanjang Bulan Ramadhan
Menggalakkan penyertaan pelajar mengikuti aktiviti yang dianjurkan
CARA PELAKSANAAN:
 Dilaksanakan pada perhimpunan di dalam dewan.
 Sekali perasmian tabung Ihya’ Ramadan

TADARUS AL-QURAN DAN BACAAN SURAH LAZIM.


TUJUAN:
 Memperbaiki bacaan kepada lebih baik dari semua aspek terutamanya tajwid
 1 bulan khatam 30 juzuk
CARA PELAKSANAAN:
 Dilaksanakan setiap masa rehat, dan 15 minit dari waktu tasmik.
 Dilaksanakan mengikut kumpulan yang ditentukan oleh penyelaras program
 Setiap murid diwajibkan berselawat dan berzikir setiap hari.
 Setiap kumpulan guru dan murid yang khatam  akan diberi cenderahati
 Pelajar yang terpilih akan membaca Al-quran di majlis Khatam Al-quran.

BULETIN RAMADHAN
TUJUAN:
 Menyampaikan pelbagai maklumat tentang kelebihan ibadah puasa, adab menyambut
Hari Raya Aidil Fitri
CARA PELAKSANAAN:
 Diedarkan mengikut kelas sekali seminggu

IFTAR JAMAIE
 TUJUAN:
 Mengeratkan ukhuwwah antara semua warga sekolah
 Salah satu keperluan kerohanian yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam bulan
Ramadhan
CARA PELAKSANAAN:
 Dilaksanakan pada minggu terakhir bulan Ramadhan

RAMADHAN KE UDARA DOA


TUJUAN:
 Menyampaikan pelbagai tazkirah setiap pagi Isnin di dewan.
 Memberi peluang kepada pelajar menyampaikan salam Ramadhan dan ucapan Hari
Raya Aidilfitri dan memupuk sifat kepimpinan
CARA PELAKSANAAN:
 Melantik pelajar menguruskan perjalanan program ini
 Guru memantau perjalanan program ini

TAYANGAN RAMADHAN
TUJUAN:
 Menghidupkan bulan Ramadhan dengan pengisian yang berfaedah
 Mengisi waktu rehat pelajar
CARA PELAKSANAAN:
 Ditayangkan di bilik tayangan sekolah
 Pelajar yang terlibat mengikut jadual yang ditetapkan oleh penyelaras program
 Dilaksanakan pada waktu rehat dan dipantau oleh guru bertugas

CERAMAH IHYA’ RAMADHAN


TUJUAN:
 Sebagai persediaan menghayati bulan Ramadan
 Menimbulkan perasaan gembira dan cinta berada di bulan Ramadhan
 Melahirkan perasaan rindu pada Ramadhan akan datang
 Pelajar berada di landasan yang benar ketika menyambut ketibaan bulan Syawal
CARA PELAKSANAAN:
 Dilaksanakan di awal ramadan
 Dilaksanakan di dewan
 Sasaran kepada semua murid berjawatan yang beragama Islam SKPB.

PERTANDINGAN RAMADHAN
TUJUAN:
 Mencungkil bakat-bakat pelajar
 Mewujudkan persaingan sihat di kalangan pelajar
 Menguji pengetahuan am pelajar berkaitan Ramadhan
CARA PELAKSANAAN
 Dilaksanakan selama dua minggu mengikut tarikh yang ditetapkan
 Antara pertandingan yang diadakan:
 Kuiz Ramadhan
 Pertandingan mewarna
 Pertandingan tulisan jawi tercantik
 Mereka teka silang kata
ZIARAH RAMADAN
TUJUAN:
 Membantu golongan asnaf di dalam kalangan pelajar SKPB
 Mengeratkan hubungan diantara warga SKPB dengan Keluarga pelajar SKPB
CARA PELAKSANAAN:
 Dilaksanakan di tengah bulan Ramadan
 Barang keperluan asas diberikan di rumah golongan asnaf pelajar SKPB
 Keterlibatan semua guru Pendidikan Islam dan pelajar yang terpilih SKPB

MAJLIS PENUTUP DAN KHATAM AL-QURAN


TUJUAN:
 Mencungkil bakat-bakat pelajar
 Mewujudkan syiar bulan Ramadan
 Menghargai bakat pelajar dengan mempersembahkan bacaan pelajar
CARA PELAKSANAAN:
 Dilaksanakan di akhir bulan Ramadan
 Dilaksanakan di dewan sekolah
 Keterlibatan semua guru Pendidikan Islam dan pelajar yang terpilih SKPB.
Lampiran 1
Program Ihya Ramadhan
Lampiran 2
Ajk Ihya’ Ramadan
Lampiran 3
Perbelanjaan Ihya Ramadhan.

PENUTUP:

Majlis ini diharap dapat memberi kesan mendalam kepada murid-murid dalam menghayati
dan mengamati dan mengamalkan segala amalan yang wajib dilaksanakn dengan sempurna
dan disertai dengan amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah, seterusnya
untuk mencari keredhaanNya di dunia dan di akhirat.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________________ ________________________________
MUHAMMAD AMINUDDIN AFIQ BIN ZUKRI MUHAMMAD SYAHARUDDIN IBRAHIM
PENYELARAS PROGRAM IHYA RAMADHAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SK PEKAN BELURAN SK PEKAN BELURAN

Diluluskan oleh:

SH SYAFAWE BIN SH YUNUS


GURU BESAR
SK PEKAN BELURAN

Anda mungkin juga menyukai