Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Mata pelajaran Elektif Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada mata
pelajaran minor bagi Unit Permulihan Khas, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah –
Sekolah Rendah. Dalam mata pelajaran ini, satu kerja kursus pendek diberi bagi
menilai tahap kefahaman para guru pelatih. Kerja kursus pendek tentang golongan
kata ini adalah sebagai salah satu persediaan ke arah penguasaan bidang bahasa
Melayu, yang mana guru pelatih perlu menjana minda untuk memahami dan
mengaplikasikan konsep-konsep penting yang berkaitan dengan jenis dan fungsi
tatabahasa bahasa Melayu. Di sini guru pelatih akan dapat menguasai kemahiran
asas tatabahasa bahasa Melayu dengan mengenal pasti golongan kata dan
perinciannya. Terdapat empat golongan kata yang asas, iaitu kata nama, kata kerja,
kata adjektif, dan kata tugas yang perlu dihuraikan secara pengurusan grafik
berserta dengan contoh. Di samping itu, proses menganalisis golongan kata
berdasarkan sebuah artikel daripada terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu
diperincikan mengikut subgolongan kata bahasa Melayu. Kemahiran menguasai
tatabahasa bahasa Melayu dapat dipraktikkan sepanjang kerja kursus dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai