Anda di halaman 1dari 2

Apakah yang dimaksudkan dengan bulan haram dan kelebihan yang terdapat padanya?

Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi
Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang
mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berkenaan soalan di atas, bulan Haram telah disebut di dalam al-Quran Allah SWT berdasarkan
firman Allah SWT:
‫ض ِم ْن َها َأرْ َب َع ٌة ُح ُر ٌم ۚ ٰ َذل َِك ال ِّدينُ ْال َق ِّي ُم ۚ َفاَل‬
َ ْ‫ت َواَأْلر‬ ِ ‫ُور عِ ن َد اللَّـ ِه ْاث َنا َع َش َر َشهْرً ا فِي ِك َتا‬
ِ ‫ب اللَّـ ِه َي ْو َم َخلَ َق ال َّس َم َاوا‬ ِ ‫إنَّ عِ َّد َة ال ُّشه‬
َّ ْ َّ ‫َأ‬ َ ً َّ َ ُ َ ُ َ
َ ‫ِين كافة ك َما ُيقا ِتلونك ْم كافة ۚ َواعْ لمُوا نَّ اللـ َه َم َع ال ُمتق‬
‫ِين‬ َ ً َّ َ ْ ْ ُ َ ُ ُ ‫َأ‬
َ ‫ِيهنَّ نف َسك ْم ۚ َوقا ِتلوا ال ُمش ِرك‬ ِ ‫تظلِمُوا ف‬ ْ َ

Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan,
(yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya
empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka
janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan
melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka
memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang
bertaqwa”. [al-Taubah:36]

Al-Hafiz Ibnu Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas yang menyatakan
bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih
besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar
(pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. [Tafsir Ibn Kathir, 4:130]

Definisi Bulan Haram

Bulan Haram ini terdiri daripada empat buah bulan di dalam Islam iaitu Zul al-Kaedah, Zul al-
Hijjah, Muharram dan Rejab. Hal ini disebut di dalam sebuah hadith yang sahih, yang
diriwayatkan oleh Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ٌ
‫ ذو‬: ‫ُتواليات‬ ٌ
‫ثالثة م‬ ٌ
، ‫أربعة ُح ُر ٌم‬ ‫ منها‬، ‫ السن ُة اثنا عشر شهرً ا‬، ‫واألرض‬
َ ‫ت‬ َ ‫استدار كهيئتِه يو َم‬
ِ ‫خلق هللاُ السماوا‬ َ ‫الزمانُ قد‬
‫وشعبان‬
َ َ
‫ الذي بين جُمادى‬، ‫ ورجبُ مُضر‬، ‫القعد ِة وذو الحِجَّ ِة والمُحرَّ ُم‬

Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit
dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang
haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan
Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”.
[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 4054]

Bulan ini dinamakan bulan yang Haram kerana pada bulan ini diharamkan berperang dan juga ia
adalah bulan yang suci, di mana Allah SWT mengharamkan sebarang kezaliman dan setiap
kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain.
Kelebihan Bulan Haram

Bulan haram ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding bulan-bulan yang lain, antaranya
ialah:

Terdapat sebahagian ulama’ mengatakan afdhal melakukan umrah pada bulan Zul al-Kaedah
berdasarkan hadith di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim bahawa Nabi SAW melaksanakan
kesemua umrah baginda SAW di dalam bulan ini.Pada bulan Zul al-Hijjah, umat Islam akan
menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu ibadat haji yang mana ibadat ini tidak boleh
dilakukan di dalam bulan-bulan yang lain.Berpuasa sunat pada 9 Zul al-Hijjah bagi orang yang
tidak menunaikan haji.Berpuasa sunat pada 10 Muharram iaitu pada hari Asyura’.

Penutup

Kesimpulannya, bulan Haram adalah bulan di mana Allah SWT akan menggandakan setiap
amalan yang kita lakukan dalam bulan-bulan tersebut. Untuk itu, marilah sama-sama kita
mempertingkatkan amalan kita seperti solat sunat, puasa sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi.

Anda mungkin juga menyukai