Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS AMBANG MERDEKA

SMK SERI GADING [30 OGOS 2022]


AGENDA TEKS CATATAN
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Diminta
PENGUMUMAN kerjasama para guru dan pelajar untuk berdiri sambal
AWAL mengibarkan Jalur Gemilang ketika barisan pentadbir
dan para tetamu diiring masuk ke dewan.
Ketibaan tetamu dan  Hadirin berdiri
pentadbir sambil
mengibarkan
Nyanyian Lagu bendera
Bangsa Johor &  Lagu terus
Negaraku diputarkan
Hadirin dipersilakan duduk.

Ceria wajah senyum pemanis


Hati berkobar, semangat dibawa
Jalur Gemilang penyeri majlis
Semangat mekar di dalam jiwa

Assalamualaikum wbt dan salam sekolahku,


SALUTASI sehebatku.

Yang Berusaha En. Mohd Suhaimi bin Sapran


Pengetua SMK Seri Gading

Yang Dihormati SM Sazalan bin Yusof


Ketua Polis Balai, Balai Polis Sri Gading

Yang Dihormati
Prof. Madya Dr. Nik Hisyamudin bin Muhd Nor
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru SMK Seri
Gading

Yang Berusaha
Encik Samsul bin Mohamed Basri, Penolong Kanan
Pentadbiran

En. Kamisan bin Abd Ghani, Penolong Kanan Hal


Ehwal Murid

Tn. Hj. Aminunnajah bin Hj. Yunos, Penolong Kanan


Kokurikulum

Barisan ketua bidang, guru-guru dan pelajar-pelajar


SMK Seri Gading yang dikasihi sekalian.

Selamat pagi dan Salam Keluarga Malaysia Teguh


Bersama.

Anugerah dikecap si anak watan


Mengangkat senjata padukan suara
Tangan diangkat pohon keberkatan
Moga Malaysia kekal sejahtera
Hadirin sekalian, sebelum kapal melabuh sauh,
eloklah kiranya kita mengaminkan bacaan doa yang
akan dipimpin oleh
BACAAN DOA __________________________________________
__________________________________________

Dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin, amin Ya Rabbal A’lamin. Terima kasih


diucapkan kepada saudara
__________________________________________
__________________________________________
atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
KATA ALU-ALUAN
Selamat datang ke Majlis Ambang Merdeka SMK Sri
Gading Tahun 2022. Sama-samalah kita
memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita
sama-sama berhimpun dan menyatukan tekad di
dalam majlis ini dengan penuh kedamaian dan
keamanan bersempena kemerdekaan negara kita
yang ke-65 sebagai salah satu tanda hubbu watan
atau cinta akan negara.

Hadirin yang dimuliakan ,

Tuah tersenyum pada Si Teja,


Duduk bersimpuh sambil bersila,
Kain ditenun bersama reja,
Ucapan Pengetua hormat dipersila,

Dengan sukacitanya majlis menjemput dan


UCAPAN
mempersilakan Yang Berusaha Encik Mohd Suhaimi
PENGETUA
bin Sapran Pengetua SMK Seri Gading untuk
menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

(Ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Tuan Pengetua atas ucapan beliau sebentar tadi.

Terbang tinggi si burung helang


Di langit indah kenari terbang
PERSEMBAHAN
Pelajar cemerlang Negara terbilang
PELAJAR
Bakat diserlah tanda cemerlang.

Majlis diteruskan dengan persembahan pelajar.


Dipersilakan.
**Pengacara
Majlis menjemput dan mempersilakan tuan pengetua mengumumkan
bersama para jemputan dan barisan pentadbir diiringi perasmian ketika
GIMIK PERASMIAN SLB untuk menyempurnakan gimik perasmian. kumpulan bicara
berirama
menyanyikan lagu
Warisan (tiada
Maka dengan _______________________________ muzik)
__________________________________________,
maka sempurnalah Majlis Perasmian Ambang
Merdeka Peringkat SMK Seri Gading bagi Tahun
2022.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, persembahan


tadi telah dijayakan oleh pelajar 2 USIM, 2 UIA dan
Student Leader Board.

Para guru dan pelajar diminta berdiri untuk bersama-


NYANYIAN LAGU sama menyanyikan lagu tema Sambutan
TEMA Kemerdekaan Malaysia yang ke-65, “Keluarga
Malaysia Teguh Bersama”.

Hadirin sekalian,

Pujangga Melayu berbicara,


Berdayung sampan telah tiba di seberang…
PENUTUP Menuruni lurah, telah sampai di kaki bukit…
Setiap permulaan, pasti ada pengakhirannya.

Sebelum bersurai, ayuhlah kita renungkan bicara


Tun Mahathir; Sesungguhnya mengisi kemerdekaan
itu lebih sukar dari menuntutnya.

Ayuhlah kita jayakan program-program dan pengisian


sepanjang bulan kemerdekaan yang telah dirancang
dan disusun oleh jawatankuasa bulan kemerdekaan.

Tenang-tenang air di kali


Tempat mandian putra puteri
Sempurna sudah majlis ini
Salah dan silap harap dimaafi

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,


Wabillahi Taufik Walhidayah.

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.