Anda di halaman 1dari 2

KARNIVAL e-KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021 SYARAT DAN

PERATURAN PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO

1. Semua peserta tertakluk kepada syarat dan peraturan pertandingan.

2. Penyertaan terbuka kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah
Menengah (SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) Ketidakupayaan Penglihatan (BL).

3. Pertandingan akan diadakan secara rakaman video tanpa suntingan dan dimuat naik melalui
Youtube (tetapan unlisted).

4. Spesifikasi rakaman video:

4.1. Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan

sepanjang rakaman.

4.2. Video perlu dirakam dari pandangan hadapan supaya peserta dapat dilihat dengan jelas

semasa persembahan.

5. Masa yang diperuntukkan adalah minimum tiga (3) minit dan maksimum tujuh (7) minit.

6. Peserta dikehendaki mendendangkan satu (1) lagu dengan iringan muzik (minus one).

7. Pertandingan bertemakan Lagu Tema Filem Malaysia (Lampiran 5).

8. Penggunaan mikrofon dibenarkan bagi mendapatkan kualiti suara yang terbaik.

9. Penggunaan prop dibenarkan. Elemen dan aksi berbahaya adalah dilarang.

10. Kriteria pemarkahan adalah seperti yang berikut:

10.1. Suara

a. Pic - 30 markah

b. Sebutan - 10 markah

c. Dinamik - 10 markah

d. Kualiti Ton - 5 markah

10.2. Tempo - 15 markah

10.3. Gaya - 10 markah

10.4. Kreativiti - 10 markah

10.5. Pakaian - 5 markah

10.6. Ekspresi - 5 markah

Anda mungkin juga menyukai