Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
2.1.2 Relief
Guru yang ditugaskan untuk relief kelas-kelas tertentu mesti menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan. Ini kerana murid perlu dikawal setiap masa bagi
mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan atau kejadian yang tidak diingini.
Sekiranya berlaku sedemikian, guru relief tersebut akan dipertanggungjawabkan.
1
2.1.3 Cuti
Guru tidak digalakkan untuk menyambung cuti terutamanya cuti selepas cuti umum,
cuti perayaan atau cuti khas kecuali jika terdapat sebarang kecemasan yang melibatkan
diri sendiri, kematian ahli keluarga terdekat ataupun temujanji dengan doktor. Namun
begitu, untuk memohon cuti kecemasan tersebut guru perlu berbincang dengan Puan
Pengetua terlebih dahulu.
Tindakan: Makluman semua guru
2
3.0 TAKLIMAT UNIT KURIKULUM
3.1 Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif akan bermula pada 30/5/22 hingga 4/6/2022. Unit peperiksaan telah
mengedarkan senarai nama penggubal soalan beserta jadual ujian tersebut. Oleh itu,
Cik Hajah Fatimah meminta semua guru penggubal soalan menjalankan tugas
menyediakan kertas soalan dan menghantar soalan pada atau sebelum 20 Mei 2022.
3
3.4 Program Kecemerlangan Akademik
Untuk Program Kecemerlangan Akademik, kedua-dua sesi pagi dan petang telah pun
menjalankan Early Bird (sesi pagi) dan First Catch (sesi petang). Program-program itu
hendaklah diteruskan kerana sedikit sebanyak dapat membantu murid meningkatkan
kemahiran dan prestasi akademik mereka.
4
Mengenai isu kehadiran murid, En. Kamaruddin memaklumkan bahawa jika terdapat
murid yang ponteng, guru kelas mestilah menghubungi murid tersebut dan mengambil
tindakan seperti menghantar Surat Amaran 1,2 atau 3. Hal ini supaya pihak sekolah dapat
membuang murid yang terlalu bermasalah yang menyebabkan peratus kehadiran di SMK
Aminuddin Baki merosot disamping dapat menjaga prestasi kehadiran sekolah supaya
mencapai 85% dan keatas.
Menurut En. Kamaruddin lagi, guru kelas bertanggungkawab mengemaskini kehadiran
murid pada setiap hari. Bagi sesi pagi, kehadiran murid hendaklah dikemaskini pada atau
sebelum pukul 10:00 pagi. Manakala bagi sesi petang pula, kehadiran mestilah
dikemaskini pada atau sebelum pukul 3:00 petang.
Tindakan: Makluman semua guru kelas
5
En, Kamaruddin juga memaklumkan bahawa pada 27/5/2022 bersamaan hari Jumaat,
guru-guru diminta untuk membantu pihak kaunselor untuk membuat Ujian Psikometrik.
6
Menurut Cik Hajah Fatimah, sesi pagi dan petang akan mengadakan majlis secara
berasingan. Oleh itu AJK setiap sesi akan mengedarkan tentatif program dalam group
whatsapp masing-masing.
Sambutan hari guru peringkat sekolah akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh/ hari : 25 Mei 2022 (Rabu)
Masa : Bermula 7.20 pagi (sesi pagi) dan 1.00- 5.30 petang (sesi petang)
Tema Pakaian : Pakaian Tradisional Melayu
Tema Pakaian Murid :-
Murid lelaki
- Pakaian hari raya lengkap bersampin atau
- Seluar slack dan kemeja
- Hanya kasut bertutup dibenarkan, manakala selipar dan capal tidak dibenarkan
- Semua murid dilarang memakai jeans.
- Murid mestilah mengikut etika pemakaian yang betul, contohnya seluar slack
hendaklah dipadankan dengan kemeja sahaja, tidak boleh dipadankan dengan T-
shirt ataupun baju melayu.
Murid perempuan
- Pakaian hari raya (tidak mencolok mata)
- Hanya kasut bertutup yang dibenarkan, slipper dan capal tidak dibenarkan.
*Etika berpakaian ini tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
Kehadiran murid : Murid digalakkan hadir (guru kelas tidak perlu survey
kehadiran).
Semua guru mesti mengambil bahagian dalam sukaneka guru yang akan
dilaksanakan pada hari tersebut.
Guru Kelas bertanggunjawab menguruskan jamuan pada kelas masing-masing
*Tertakluk kepada keputusan daripada Puan Pengetua dari masa ke semasa.
Puan Pengetua akan menyumbangkan RM50.00 daripada yuran PIBG kepada
setiap kelas untuk menampung kos perbelanjaan jamuan.
7
7.1 Sijil Kerja Kursus
Pn. Aishah mengingatkan semua guru yang mengendalikan kerja kursus murid
bersiap sedia dengan sijil yang akan diberikan kepada murid nanti.
8
berlangsung. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu sesuatu program supaya
berjalan dengan lebih lancar.
…………………………. ………………………………..
NORWANI BINTI MANSOR NUR ASHIKIN BINTI IBRAHIM
Pencatat Minit 1 Pencatat Minit 2
SMK Aminuddin Baki, Chemor. SMK Aminuddin Baki, Chemor.
Disahkan oleh,
…………………………………
FATIMAH BINTI UMAR
Penolong Kanan Pentadbiran
9
10