Anda di halaman 1dari 15

HBEF3013 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

2011

HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

671230045325001 671230045325 0136478910 qurratulainie05@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

MELAKA

HBEF3103

KANDUNGAN HALAMAN I II III Kata Alu-aluan Pendahuluan Model ASSURE a) Analisa Pelajar b) Nyatakan Objektif c) Pilih Kaedah, Media dan Bahan d) Gunakan Media dan Bahan e) Libatkan Pelajar f) Nilai dan Semak VI Rumusan Senarai Rujukan 2 3 4 4-6 6 6-9 9-10 10 10-11 12 13

HBEF3103

Kata Aluan-aluan _______________________________________________________________________ _ Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah izinNya serta kekuatan yang diberi maka apa yang tersimpul di hati dapat saya terjemahkan dalam pencarian ilmu yang berguna kepada diri, keluarga dan anak bangsa. Terima kasih juga kepada isteri dan anakanak yang banyak membantu dan pendorong semangat juang untuk menempuh liku-liku sebagai seorang pelajar jarak jauh. Dugaan yang sedia ada cukup banyak menanti. Komitmen kepada tugas dan keluarga di peringkat usia sebegini memang mencabar. Mudah-mudahan apa yang dihajati dimakbulkan Allah swt. Rasa bangga di dada apabila tugasan yang diberi dapat disiapkan walau pun di dalam keadaan yang agak menekan terutama daripada beban tugas sedia ada. Masa bagai emas. Waktu yang berlalu tidak akan berpatah kembali. Untuk menyiapkan tugasan ini, masa yang terluang hanyalah di waktu malam dengan ditemani dengkuran anak-anak tercinta. Bersengkang mata dan memerah otak untuk mencari inti pati. Syukur dengan kemajuan zaman yang ada. Tugas menjadi mudah dengan adanya talian internet. Segalagalanya di hujung jari. Pengalaman tugas lebih dua puluh tahun juga banyak membantu. Apa yang ada di dalam diri dicurahkan kembali di atas setiap helaian tugasan ini. Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa tugasan yang dihasilkan ini dapat memulangkan sesuatu yang amat berharga pada suatu hari nanti. Kepada pensyarah dan rakan-rakan yang banyak membantu, ribuan terima kasih diucapkan. Kepada keluarga tercinta, semoga bersabar dan berdoalah agar kejayaan dan kebahagian sentiasa menjelma. Kalian semua banyak membantu dari segi moral dan memahami keadaan yang sedang ditempuhi. Sekian. MOHAMAD SHAWALUDDINNOR B. HJ MD NOR OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2011 3

HBEF3103

Pengenalan Teknologi pengajaran dan pembelajaran dapat difahamkan dengan pelbagai cara dan sebab-sebab tertentu. Mengikut Galbraith (1967), teknologi dapat didefinisikan sebagai kemahiran menggunakan pengetahuan (saintifik mahupun tidak) secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan tugas. Manakala menurut Heinich, Molenda dan Russell (1969), yang menyokong pendapat Galbraith menyatakan kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Evan dan Nation (2000) pula berpendapat sebaliknya. Konsep alat bukan sebagai satu teknologi tetapi bagaimana kita menggunakan alat untuk memenuhi sesuatu keperluan. Oleh yang demikian, dapat digabungkan daripada ketiga-tiga pendapat tadi, bahawa teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan idea, teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya manakala alat merupakan bahan yang memudahkan pemahaman sesuatu proses P&P itu berlaku sama ada alat itu digunakan atau hanya dipamerkan. Malaysia juga tidak terlepas daripada penggunaan teknologi dalam P&P dan beberapa definisi tentangnya telah lahir. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1998) menyatakan bahawa teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik, dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu, idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Reiser (2001), reka bentuk pengajaran dan teknologi terdiri daripada analisa pembelajaran daripada proses pembelajaran dan masalah yang dihadapi, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, menilai dan proses pengurusan pengajaran atau pembelajaran dan sumber bermaksud untuk meningkatkan pembelajaran pada pelbagai persekitaran, sama ada sekolah atau tempat kerja. Sebelum sesuatu proses P&P bermula, rancangan pembelajaran dibentuk terlebih dahulu sebagai panduan dan pemudah cara agar objektif dan kehendak proses P&P itu 4

HBEF3103

tercapai. Menurut Dick dan Reiser (1989), reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun dan menilai pengajaran. Richey (1986) pula mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran. Reka bentuk pengajaran itu mencakupi seluruh proses pengajaran iaitu mereka bentuk, membina, meliputi dan mengurus pembelajaran. Tujuan utama reka bentuk pengajaran itu adalah untuk:i) Menghasilkan pengajaran yang berkesan; ii) Pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan; dan iii) Membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar serta membantu pembinaan disiplin yang positif. Maka dengan itu satu model reka bentuk pengajaran telah dipilih iaitu Model ASSURE, di mana ia dapat memberi panduan kepada pengajar dalam merancang pengajaran mereka. MODEL ASSURE Model ASSURE merupakan satu set rujukan kepada guru di mana guru boleh merancang secara sistematik supaya alat dan bahan mengajar yang digunakan benarbenar berkesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan, bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia mengandungi 6 langkah iaitu:i) A - Analyse learner (Analisa pelajar) ii) S - State objective (Nyatakan objektif) iii) S - Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan) iv) U - Utilise media and material (Gunakan media dan bahan) v) R - Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar) vi) E - Evaluate and revise (Nilai dan semak) Langkah pertama yang akan dihuraikan ialah Analisa Pelajar. Sesuatu media yang akan digunakan harus disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah,

HBEF3103

media dan bahan pembelajaran itu sendiri. Tiga perkara penting dapat dilakukan dalam bahagian ini ialah:i) Mencari ciri-ciri umum pelajar iaitu berkaitan dengan umur, tahap atau tingkatan, latar belakang sosioekonomi , keluarga dan sebagainya. Guru perlu menyediakan rekod peribadi murid dan berinteraksi dengan pelajar secara langsung. Oleh yang demikian maklumat peribadi pelajar dapat diketahui. Guru dapat menilai dan mengetahui pencapaian, kebolehan dan kemampuan pelajar secara umum dengan membuat andaian sementara tentang setiap pelajar untuk peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran di awal alam persekolahan mereka. Di peringkat awal ini guru perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan dua hala agar maklumat yang dicari dapat dikumpulkan bagi membantu guru menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya. Melalui penggunaan Model ASSURE yang digunakan dan merujuk kepada rancangan pengajaran harian yang disertakan langkah ini dimasukkan dalam Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) di mana pelajar menggunakan kecerdasan pelbagai verbal linguistik dan kemahiran berhubung atau bergaul dengan rakan dan guru. ii) Kompentensi khusus peringkat masuk iaitu berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar. Maklumat diperoleh melalui daripada ujian kemasukkan dan juga interkasi bersama mereka. Setiap pelajar tidak mempunyai pengetahuan sedia ada yang sama. Ini perlu diketahui oleh guru terlebih dahulu sebelum sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran bermula diperingkat awal perkembangan. Di dalam keadah penyediaan rancangan pengajaran bahagian ini terletak pada awal sesi pengajaran iaitu Set Induksi. Di sini pengetahuan sedia ada murid dicungkil untuk dikaitkan dengan topik yang akan diajar. Dengan kaedah ini pelbagai kemahiran belajar akan digunakan berdasarkan pengetahuna sedia ada pelajar. Set Induksi ini juga bertujuan untuk menarik minat dan tumpuan pelajar terhadap topik yang akan diajar. Masa yang diperlukan agak singkat lebih kurang 5 hingga 7 minit dengan melakukan aktiviti seperti bercerita, berlakon, mendengar dan meneka daripada radio, memanipulasikan alatan dan sebagainya. iii) Stail pembelajaran yang berkaitan dengan stail verbal, logikal, visual, muzik, kinastatik, interpersonal, dan intrapersonal. Ia menerangkan bagaimana seseorang 6

HBEF3103

itu menganggap, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran. Stail ini memberi kesan yang besar kepada pelajar ketika mereka belajar melalui pelbagai kaedah dan media. Dunn dan Dunn (1992), telah membina satu instrumen piawaian mengukur stail pembelajaran dan persekitaran pembelajaran yang digemari setiap stail. Guru-guru yang merancang program pembelajaran berdasarkan analisis daripada instrumen ini mendapati ia berjaya meningkatkan pencapaian akademik, sikap dan disiplin pelajar. Contoh yang boleh diberi ialah penggunaan komputer di dalam makmal komputer di mana murid menggunakan komputer untuk sesi pembelajaran seperti membaca dan merakam suara. Pelajar berhubung dengan guru dan sebaliknya untuk mendapatkan penjelasan bagaimana menggunakan peralatan yang ada atau mendengar penerangan daripada guru. Langkah kedua ialah Nyatakan Objektif. Objektif pengajaran dan pembelajaran dibentuk pada keadaan minimum bagi penguasaan isi kandungan sesuatu mata pelajaran bagi seseorang pelajar. Pembelajaran bermakna perubahan atau pembaharuan dalam sesuatu yang dipelajari bukan perkara lama, tetapi sesuatu yang baru. Oleh itu objektif harus difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Di dalam penyediaan rancangan pengajaran harian, objektif pengajaran dan pembelajaran dipaparkan di bahagian awal muka surat bersesuaian dengan topik dan kemahiran yang akan disampaikan. Objektif yang perlu ada merangkumi fokus utama dan fokus samping pembelajaran. Sama ada objektif itu tercapai atau tidak, guru perlu melaporkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku itu di dalam ruangan impak mengikut peratusan pelajar. Langkah ketiga ialah Pilih Kaedah, Media dan Bahan. Langkah ini mengandungi 3 pecahan cara pemilihan kaedah, media dan bahan iaitu:i) Memilih kaedah- di dalam sesuatu set pengajaran dan pembelajaran pelbagai kaedah dipilih atau digunakan kerana ia membentuk peringkat-peringkat pembelajaran untuk membuka minat pelajar. Untuk membuka dan menarik minat pelajar set induksi dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demostrasi, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu kemahiran yang baru. Kaedah yang dipilih berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran atau pelajar. Oleh itu, pemilihan kaedah perlu berteraskan 7

HBEF3103

aspek ini. Rujukan lampiran, di mana kaedah, media dan bahan dinyatakan berperingkat-peringkat mengikut perkembangan pembelajaran mengikut topik pada set induksi, langkah 1, langkah 2, langkah 3 dan penutup. ii) Memilih media 2 aspek pemilihan media telah dinyatakan iaitu memilih media yang telah tersedia dan kedua memilih format atau bentuk media yang belum ternyata. Pemilihan media ini berasaskan kriteria yang tertentu, iaitu: a. Sepadan dengan kurikulum iaitu mengikut mata pelajaran dan tahap pelajar. b. Maklumat yang digunakan adalah tepat dan terkini mengikut perkembangan semasa agar maklumat yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar pelajar. c. Bahasa yang digunakan jelas dan tepat serta mudah difahami. Ini memudahkan aktiviti dan tindak balas berlaku; d. Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar menyebabkan suasana pembelajaran menyeronokkan dan penglibatan pelajar adalah menyeluruh; e. Menggalakkan penglibatan pelajar. Ini akan membantu pelajar membina keyakinan diri dan interaksi yang positif antara rakan dan guru; f. Mempunyai teknikal kualiti yang baik, memudahkan guru mengeksploitasikan media sepenuhnya tanpa gangguan; g. Keberkesanannya terbukti apabila media memudahkan tugas guru dan membantu objektif pembelajaran tercapai dengan jayanya; h. Bebas daripada bias iaitu media yang digunakan adalah sesuatu yang baru untuk pengalaman pelajar; dan i. Mempunyai buku panduan yang lengkap. Menjadi rujukan guru sebagai bahan yang membantu guru memahami media yang akan digunakan. Media yang tersedia ini boleh didapati melalui pelbagai sumber seperti dari Pusat Sumber Sekolah, Pusat Kegiatan Guru, Bahagian Teknologi Pendidikan dan sebagainya. iii) Mereka bentuk media iaitu media yang digunakan atau dibuat berdasarkan kesesuaian pelajar, topik dan kemahiran dan media ini boleh diubah suai agar pencarian, penyediaan dan penggunaannya tidak menimbulkan kesulitan. Guru boleh melahirkan pelbagai kreativiti untuk membina media sama ada

HBEF3103

mengubahsuainya atau membina media yang baru. Mereka bentuk media ini juga berdasarkan 7 perkara yang boleh dijadikan panduan iaitu:i) ii) iii) iv) Objektif pengajaran dan pembelajaran; Pelajar itu sendiri yang mempunyai pelbagai kebolehan dan tahap; Kos, dapat dijimatkan dengan mengguna atau mengubahsuai bahan terbuang dan mudah didapati; Kepakaran teknikal, di mana ini banyak membantu guru untuk v) vi) vii) membina dan mengubahsuai media dan menggunakan peralatan membina atau membentuk media. Peralatan - bahan asas yang perlu ada untuk membentuk media. Fasiliti atau kemudahan untuk membentuk media seperti ruang kerja, perabot dan alatan; dan Masa iaitu satu ruang kosong di mana guru membuat pelbagai persedian sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dalam langkah ini kaedah pengajaran yang digunakan di dalam lampiran rancangan pelajaran harian ialah Demonstrasi di mana guru menunjukkan sesuatu demonstrasi kepada pelajar atau sekumpulan pelajar. Jika pembelajaran itu bertujuan untuk membentuk psikomotor domain, demonstrasi guru perlu diikuti dengan memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan apa yang ditunjukkan oleh guru. Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan semasa merancang menggunakan kaedah demonstrasi iaitu:a) Kenal pasti konsep atau prinsip atau kemahiran yang hendak diajar. b) Bahagikan kepada beberapa konsep atau prinsip atau kemahiran jika ianya kompleks untuk diajar. c) Pastikan setiap pelajar terlibat di dalam aktiviti yang dirancangkan. d) Kumpulkan bahan dan peralatan yang diperlukan. e) Cuba demonstrasi sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas bermula. f) Sediakan soalan sebelum,semasa dan selepas demonstrasi dilakukan. 9

HBEF3103

g) Fikirkan bagaimana guru akan menggunakan bahan bantu mengajar semasa demonstrasi. h) Tentukan bagaimana guru akan menilai pemahaman demonstrasi. Penilaian boleh dibuat secara bertulis, lisan dan pemerhatian. i) Fikirkan faktor masa demonstrasi. Tetapkan masa untuk pelajar memperaktikkan kemahiran yang ditunjukkan. Di sini juga diberi garis panduan bagaimana menjalankan kaedah pengajaran demonstrasi:a) Pastikan demonstrasi itu dapat dilihat oleh semua pelajar. b) Timbulkan minat pelajar terhadap demonstrasi tersebut di peringkat awal demonstrasi supaya mereka dapat memberi tumpuan. c) Terangkan langkah atau prosedur satu persatu. d) Buat ulasan keseluruhan. e) Beri peluang pelajar mencubanya. Langkah keempat - Gunakan Media dan Bahan. Sebelum sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran bermula guru perlu faham tentang media yang akan digunakan agar ia dapat membantu proses pengajaran itu sendiri. Memudahkan pelajar mengetahui dan memahami topik yang dipelajari. Lima langkah penggunaan media yang baik dan berkesan ialah:i) ii) iii) iv) Melihat media dan bahan yang akan digunakan agar guru sendiri tahu apa yang akan membantunya dalam proses pengajaran; Sediakan bahan, sama ada bahan itu sudah tersedia atau sebaliknya di mana guru memerlukan masa untuk penyediaannya; Sediakan persekitaran iaitu media yang akan digunakan mempunyai ruang dan tempat yang sesuai; Sediakan pelajar, di mana mereka dibahagikan kepada kumpulankumpulan tertentu berdasarkan tahap pencapaian dan kebolehan agar media yang akan digunakan bersesuaian dengan mereka; dan v) Sediakan pengalaman pembelajaran iaitu melalui aktiviti set induksi. Di dalam aktiviti ini bahan dan media juga digunakan bagi menarik minat pelajar untuk bersediakan menghadapi pembelajaran yang seterusnya dan 10

HBEF3103

pengalaman itu akan dikaitkan dengan topik yang baru. Media dan bahan yang boleh digunakan di dalam aktiviti ini ialah komputer, lcd, radio, alat pemain dvd, gambar, pembesar suara, dan model binatang atau binatang yang sebenarnya (binatang peliharaan). Di dalam rancangan harian yang dilampirkan, media yang digunakan ialah komputer, sambungan internet, audio bunyi binatang, gambar, kad imbasan dan sebagainya. Media yang dipilih adalah bersesuaian dengan tajuk. Media pengajaran yang baik akan membantu agar proses pengajaran berjalan lancar dan berkesan. Guru seharusnya peka kepada faktor objektif, faktor pelajar, faktor kaedah dan faktor praktikal semasa membuat dan menyediakan media pengajaran. Selepas penggunaan media pengajaran, haruslah dianalisis semula media tersebut sama ada ia berkesan atau tidak. Jika kurang berkesan, maka media perlu disediakan semula. Langkah Kelima Libatkan Pelajar. Di dalam segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar perlu melibatkan diri secara aktif dan dua hala agar mereka dapat memainkan peranan masing-masing. Mereka boleh membuat latihan, perbincangan dalam kumpulan atau secara kelas, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Daripada penglibatan ini guru boleh melihat perubahan tingkah laku mereka dan guru boleh mengumpul maklumat peribadi murid semasa melakukan sesuatu aktiviti seperti mengcungkil minat dan kemahiran yang ada di dalam diri pelajar. Pengukuhan serta merta diberi selepas pelajar memberi tindak balas yang betul agar pelakuan yang positif dapat dikekalkan. Melalui aktiviti di dalam set induksi, langkah 1, langkah 2, langkah 3 dan penutup, setiap bahagian memerlukan penglibatan pelajar seperti bercerita, berlakon, merakam suara, berbincang, mengumpul maklumat, melapor, membentangkan hasil dapatan dan sebagainya. Penglibatan pelajar boleh digilir-gilirkan bersama media yang disediakan agar setiap pelajar dapat mengambil peranan dan pelajar diberi peluang untuk menonjolkan diri walaupun secara minima. Langkah Keenam - Nilai dan Semak. Penilaian ialah satu proses membuat pertimbangan berkaitan perubahan tingkah laku pelajar melalui pembelajaran yang dilalui. Proses penilaian berlaku sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku, iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Sebelum pengajaran, analisis pelajar dilakukan untuk disesuaikan dengan kandungan, kaedah dan media yang digunakan. 11

HBEF3103

Media juga perlu dinilai agar bersesuaian dengan pelajar dan isi kandungan sebelum dapat digunakan. Kaedah ini digunakan dalam setiap aktiviti yang dijalankan untuk membantu pejalar menguasai sesuatu kemahiran. Mereka akan diberi tindakan susulan seperti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan agar objektif kemahiran dapat dicapai oleh semua pelajar. Penilaian yang dapat lihat ialah melalui penghasilan sesuatu bahan kerja pelajar atau latihan bertulis. Hasil kerja mereka boleh disemak dan diberi gred tertentu. Manakala penilaian yang tidak dapat dilihat secara nyata ialah perubahan tingkah laku seperti daripada seorang yang pemalu untuk bersuara mereka dibantu dan diberi dorongan untuk menghasilkan tindakan positif dan dinilai dengan memberi pujian dan kata-kata semangat. Penilaian melibatkan banyak aspek:(a) Menilaian pencapaian pelajar melalui latihan bertulis mengenai topik yang telah dipelajari. Di sini disertakan lampiran soalan yang disediakan mengikut topik dan tahap kebolehan sedia ada pelajar. (b) Pembelajaran yang dihasilkan ialah pelajar boleh mengeluarkan maklumat yang diperlukan serta menunjukkan perubahan tingkah laku. (c) Menilai media dan kaedah iaitu memastikan bahawa media, bahan dan kaedah dipilih dengan tepat, memudahkan pengajaran dan pemahaman pelajar kepada maklumat yang disampaikan. (d) Kualiti media. Mudah guna, tahan dan memberi kesan kepada pembelajaran. (e) Penggunaan guru guru adalah pembimbing dan pemudah cara agar maklumat yang dicari, dilakukan oleh pelajar sendiri melalui kaedah, media dan bahan yang disediakan. (f) Penggunaan murid - adalah secara maksimum kerana proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri berfokuskan kepada pelajar tanpa mengira tahap kebolehan mereka. Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga iaitu:(a) Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria iaitu penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah dipilih dan ditentukan; (b) Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran iaitu menguasai kemahiran yang diajar dan dapat menggunkannya; dan 12

HBEF3103

(c) Sikap pelajar iaitu menunjukkan perubahan sikap yang positif.

Rumusan Model ASSURE adalah sebuah model reka bentuk pengajaran yang sesuai untuk digunakan dalam situasi pengajaran di bilik darjah yang memerlukan penggunaan pelbagai kaedah dan media. Secara keseluruhannya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan tersusun dengan penggunaan teknik pengajaran yang berkesan dan mengikut keperluan dan kebolehan murid. Murid dapat melakukan semua aktiviti dengan lancar dan tepat dengan bantuan dan bimbingan guru dan rakan-rakan sebaya.

13

HBEF3103

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI 1. Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali, (2011), Edisi Ketiga, Prinsip Teknologi Pengajaran, Open Unibersity Malaysia, Selangor. 2. Heinich, Molenda, Rusell and Smaldino. (1999). Insructional media and technologies for learning. (6th ed). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. 3. Kellough, R.D., and Kellough, N.G (1998). Secondary school teaching: A guide to methods and resourses, planning for competence. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. 4. Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar. (1997). Pedagogi 2. Petaling Jaya: Longman Malaysia. 5. Yusuf Hashim. (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti. 6. Wan Zah Wan Ali. (2000). Memahami pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

14

HBEF3103

15