Anda di halaman 1dari 6

RUMUSAN

Keberkesanan Dimensi Konteks


DImensi konteks menjadi sumber asas dalam aspek penilaian ini memandangkan dimensi ini menilai keperluan dan peluang dalam membantu pencapaian objektif program. Pada keseluruhannya, keberkesanan pada dimensi konteks berada pada tahap sederhana (min=3.35). Daripada dapatan kajian yang dijalankan, dapat dilihat peratusan item yang tidak jauh beza antara item setuju dan tidak setuju. Dapatan dari soal selidik terbuka juga membuktikan terdapat guru yang bersetuju bahawa LADAP menyediakan peluang kepada peningkatan profesionalisme keguruan dan terdapat pengisian LADAP yang memenuhi keperluan mereka sebagai seorang guru khususnya pendedahan inovasi dalam bidang pendidikan (min=3.32). Sebahagian yang lain merasakan LADAP yang telah mereka ikuti releven dengan keperluan dan kehendak mereka sebagai seorang guru. Ini bermakna kelemahan dari dimensi input dan proses memberi implikasi kepada persepsi guru terhadap objektif program LADAP. Dapatan kajian membuktikan faktor pemilihan tajuk program, kesesuaian masa, dan strategi penyampaian program menjadi kayu pengukur dalam pencapaian objektif program. Kelemahan ini akan membawa kepada tanggapan bahawa LADAP bukanlah sesuatu yang diperlukan (min=3.35) malahan merupakan satu bebanan. (min=2.78). Maka, untuk memastikan objektif LADAP tercapai dengan jayanya, perubahan pada dimensi input dan proses perlu diambil tindakan sewajarnya.

Keberkesanan Dimensi Input


Penilaian input dalam kajian ini menilai sumber yang terlibat dalam membantu mencapai objektif sesuatu program. Seandainya strategi awal tidak begitu releven, maka hasil dari penilaian input akan mempengaruhi keberkesanan program. Dimensi input dalam kajian ini menilai pengurusan masa, kemudahan dan penyampaian pengisian program. Hasil keseluruhan dimensi input berada pada tahap sederhana dengan min 3.47. Kesesuaian masa perlu dipertimbangkan untuk melonjakkan keberkesanan ke tahap tinggi. Majoriti guru merasakan 7 hari untuk mencapai LADAP adalah terlalu lama dibandingkan dengan beban tugas seorang guru. Ada guru yang berpendapat program LADAP dibuat sekadar untuk mencukupkan jam berkursus tanpa mengambil kira kualiti dari program tersebut. Tambahan pula, LADAP diadakan pada hari sabtu di mana majoriti guru mengatakan bahawa masa tersebut sepatutnya digunakan untuk berehat atau bersama keluarga. Keadaan lebih mengecewakan apabila program dijalankan tidak mengikut aturcara mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga. Namun, mereka tiada masalah sekiranya program yang dijalankan bermanfaat dan bersistematik. Hasil kajian mendapati responden berpuashati dengan kemudahan dan makanan yang disediakan (min=3.93). Terdapat responden yang melihat program LADAP akan lebih berkesan sekiranya lokasi tempat kursus dipelbagaikan dengan lawatan kerja ke tempat-tempat menarik yang dapat mengurangkan tekanan dan meninggalkan pengalaman yang bermakna buat guru. Penceramah yang diundang merupakan salah satu faktor penting dalam menyumbang kepada keberkesanan program. Kekuatan pada tajuk bergantung kepada kemahiran dan pengetahuan penceramah. Responden bersetuju terdapat penceramah yang diundang berpengetahuan (min=3.80) dalam topik yang disampaikan, beketrampilan (min=3.82), besedia apabila soalan dikemukakan (min=3.91), dapat menyampaikan isi kandungan dengan baik dan bahan yang disediakan adalah yang terkini. Namun begitu,

guru merasakan isi kandungan yang disampaikan perlulah releven dengan keperluan sebagai seorang guru dan merangsang serta mengembangkan minda. Untuk memuaskan hati semua pihak adalah sesuatu yang mencabar, namun dengan perancangan yang teliti dan sistematik membolehkan LADAP menjadi peluang untuk memajukan potensi sedia ada dalam diri guru.

Keberkesanan Dimensi Proses


Dimensi proses menilai strategi pelaksanaan program, bertujuan untuk mengenal pasti atau untuk mengawal perjalanan program agar objektif program akan dapat dicapai sebagaimana yang telah dirancangkan dan diharapkan. Secara keseluruhannya, keberkesanan dimensi proses adalah sederhana (min=3.44). Dapatan dari persepsi guru mendapati sebahagian besar guru di sekolah kajian merasakan kebanyakkan tajuk pengisian LADAP tidak mempunyai kaitan dengan bidang tugas mereka, tajuk yang sama diulang-ulang hampir setiap tahun, terdapat tajuk yang tiada kaitan langsung dengan bidang pendidikan seperti promosi insurans dan produk jualan langsung. Ini telah menjejaskan kepercayaan dan tanggapan guru terhadap fungsi LADAP dalam memartabatkan profesion keguruan. Aktiviti semasa LADAP juga perlu diselitkan dengan aktiviti berkumpulan atau aktiviti fizikal agar dapat mempelbagaikan strategi pelaksanaan program : tidak hanya tertumpu kepada pengisian ilmiah atau aspek pengajaran dan pembelajaran. Majoriti responden juga sependapat bahawa pemilihan tajuk perlulah menarik, bersifat umum agar bersesuaian dan dapat diterima oleh semua guru. Bermakna tajuk tidak terlalu fokus kepada mata pelajaran tertentu atau tajuk yang berkepentingan bagi sesetengah pihak sahaja. Antara tajuk yang mendapat perhatian guru ialah pengurusan disiplin sekolah, motivasi, mengawal tekanan dan kraftangan.

Keberkesanan Dimensi Produk


Dimensi produk bertujuan mengaitkan objektif, input dan proses dengan hasil program. Tahap kejayaan dalam satu-satu program dapat diukur melalui perubahan yang telah berlaku. Kerkesanan program LADAP dari dimensi produk dapat dilihat dari aspek pencapaian pengetahuan, kemahiran, nilai dan amalan professional keguruan.Secara keseluruhannya, (min=3.31). Dalam kajian ini, dapat dilihat bahawa pengisian LADAP membantu guru menambah pengetahuan dan kemahiran (min=3.30) serta nilai dan amalan profesional keguruan (min=3.25). Manfaatnya, guru lebih efektif (min=3.34) dan produktif (min=3.32) dalam melaksanakan tugas dan seterusnya membolehkan ilmu dan amalan tersebut diaplikasi kepada pelajar (min=3.29). Dari aspek sokongan pentadbir, kajian mendapati pihak sekolah menyokong kepada pelaksanaan program LADAP dan mengiktiraf LADAP sebagai sesuatu yang penting (min=3.73). Ini memberi kepecayaan kepada guru akan kredibiliti program LADAP dan memberi motivasi kepada guru untuk melibatkan diri dalam LADAP dengan ikhlas. Dapatan kajian turut mendapati sebahagian besar guru merasakan dirinya tidak dilibatkan dalam pemilihan tajuk untuk pengisian LADAP di mana pihak pentadbir yang mengawal pelaksanaan LADAP. Ini menyebabkan responden merasakan program LADAP sesuatu yang statik,membosankan dengan pengisian yang berulang setiap tahun dan guru dapat menjangka pengisian dan aktiviti yang mungkin dijalankan. Dengan mengetahui kelemahan yang ada pada setiap dimensi, penambahbaikan dapat dibuat agar keberkesanan pencapaian pengetahuan, kemahiran, nilai dan etika profesional keguruan mencapai tahap keberkesanan yang tinggi. Keberkesanan program LADAP berada pada tahap sederhana

KESIMPULAN

Mengikut Stufflebeam, setiap penilaian yang dibuat mengandungi tiga aktiviti iaitu mengumpul seberapa banyak maklumat, mengorganisasikan maklumat yang dikumpul dan menganalisis maklumat yang telah diperolehi melalui kaedah pengukuran dan statistik. Berdasarkan dapatan yang didapati dan penilaian yang dibuat berdasarkan setiap dimensi model penilaian CIPP : konteks,input,proses dan produk, maka disimpulkan bahawa program LADAP perlu diteruskan dengan mengambil kira beberapa penambahbaikan dan pengubahsuaian. Dapatan membuktikan guru-guru mengakui LADAP mempunyai kekuatan dari aspek mengeratkan sirraturrahim antara warga sekolah, pendedahan ilmu dan kemahiran ICT dan input yang terkini dan boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun dari aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan masih perlu diperbaiki agar keberkesanan program di tahap yang tinggi. Berikut adalah cadangan penambahbaikan program di masa akan datang khususnya bagi sek Men Keb (dipetik dan diubahsuai dari soal selidik terbuka)

1)

melaksanakan kajian keperluan guru dengan telus yakni

i)

memastikan semua guru mengisi borang kajian keperluan khusus yang perlu dan sesuai sahaja mengisi slot LADAP

ii) mengadakan mesyuarat yang melibatkan semua guru bagi menentukan tajuk 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) mempelbagaikan pemilihan lokasi untuk berkursus mempelbagai aktiviti program membuat perancangan program LADAP dengan teliti dan sistematik memeriksa segala kemudahan / peralatan agar dapat berfungsi dengan baik membuat penilaian formatif di akhir sesi setiap program untuk memantapkan perancangan program seterusnya membuat penilaian sumatif di akhir tahun untuk pemantapan program untuk tahun berikutnya pemantauan berkala dari pihak berwajib bagi memastikan program selaras dengan apa yang diingini.

Diharapkan program LADAP akan menjadi suatu program yang bermakna, mencapai objektif yang diingini dan menguntungkan semua pihak.