Anda di halaman 1dari 6

SYAIR SAYANGKAN NEGARA

18
Tersebutlah kisah sebuah negara,

Malaysia digelar diberi nama;

Perdana Menteri bekerja sama,

Agar Malaysia jadi ternama.

Keluarga Malaysia ilham Menteri,

Galakkan rakyat bersatu hati;

Demi kerana negara tercinta,

Moga hidupmu terus diberkah.

PM mengajak rakyat bersatu,

Pelbagai kaum bersatu padu;

Memupuk minda generasi baru,

Demi kerana Malaysia yang satu.

PM bekerja tak kira masa,

Pentingkan rakyat dari segala

Kerahkan menteri beri kerjasama,

Asalkan rakyat hidup bahagia.

PM dan menteri kerja bersungguh,

Demi rakyat negara teguh;

Petah bicara bila berhujah,

Agar rakyat dapat berteduh.

Karya: Ummu Sal


SYAIR BAPA KEMERDEKAAN TUNKU
ABDUL RAHMAN
18  Aug, 2011
Author: Ummu Sal |

Tersebutlah kisah seorang putera,

Tunku Abdul Rahman diberi nama;

Dikasihi semua rakyat jelata,

Baik budinya tidak terkira.

Menyayangi rakyat sepenuh hati,

Perjuangannya tidak terhenti;

Disambung oleh pemimpin terkini,

Cintakan perjuangan tidak bertepi.

Sokongan rakyat Tunku gembira,

Rela berkorban harta dan nyawa;

Demi kerana negara tercinta,

Asalkan rakyat hidup bahagia.

Bersama Tun Razak Tunku ke London,

Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;

Penat dan lelah tidak dihiraukan,

Asalkan pulang membawa kejayaan.

Tanggal 31 umum merdeka

Disambut penuh dengan kegembiraan;

Ribuan rakyat ceria bersorakkan,

Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

Karya: Ummu Sal

31 Ogos 2011
SYAIR KELUARGAKU SAYANG
12  Mar, 2011
Author: Ummu Sal |

Tersebutlah kisah keluargaku tersayang,

Tinggal di Kampung Teluk Kemang;

Aman sentosa bersenang-lenang,

Hidup bahagia terkenang-kenang.

   

Mohd Ali ketua keluarga,

Anak isteri terurus terjaga;

Seorang bapa yang bijaksana,

Satu keluarga hidup bahagia.

Pagi-pagi pergi ke laut,

Ombak membadai tak pernah takut;

Berusaha bapa selagi larat,

Buat hatiku rasa tersayat.

Fatimah isteri yang baik budi,

Cantik rupa cantiklah hati;

Suami disayangi juga dihormati,

Cintakan suami hingga ke mati.

Anak-anak hidup bahagia,

Mendapat perhatian ibu dan bapa;

Ada masalah dikongsi bersama,

Pengorbanan ibubapa tidak dilupa.

Karya : Ummu Sal

        5 Jun 2010


 SYAIR PENDIDIKAN

1. Dengarlah para anak muda,


Rajinlah belajar sepanjang masa.
Ilmu itu tak akan habis dieja,
Untuk bekal sepanjang usia.
 
2. Ayo ke sekolah tak perlu malas,
Belajar yang rajin di dalam kelas.
Jaga sikap jangan jadi culas,
Jangan biarkan hati mengeras.
 
3. Ke sekolah luruskan niatmu,
Tekadkan hati mencari ilmu.
Tak ada rugi belajar tiap waktu,
Supaya baik masa depanmu.
 
4. Jika kamu memiliki mimpi,
Datanglah untuk belajar di sini.
Bisa jadi bekal untuk diri,
Pasti berguna di masa nanti.
 
5. Ilmu akan membuatmu terjaga,
Dari suramnya waktu dan masa.
Cemerlang nanti akan senantiasa,
Menyinarimu saat masa dewasa.

SYAIR CINTA SAYANG


Dia telah menanam cinta
Serta rasa dalam hati dan jiwa
Membuat gundah yang mengalaminya
Gelisah yang akhirnya dirasa
 

Dia juga telah mengukir nama


Terlukis hebat di dalam jiwa
Rindu jadi selalu membara
Hati terbakar gegara asmara
 

Tak perlulah kau menabur cinta


Ini hanya akan membuat luka
Jika akhirnya kita tak bersama
Tak seperti janji kita saat kala
 

Jaga janji untuk tetap setia


Jaga hati agar tak tergoda
Supaya hubungan tetap terjaga
Keharmonisan hanya itu yang terasa
 

Rasa cinta membakar jiwa


Membuat dua insan jadi terlena
Ingatlah selalu pada yang Kuasa
Supaya hati tak inginkan dosa

TEMA : KEAGAMAAN
TAJUK : ATAS PERINTANYA
Elakkan semua perbuatan jahat
Elaklah pula pebuatan maksiat
Mari kita segera bertaubat
Supaya kita selamat dunia akhirat

Janganlah risau dengan cubaan


Janganlah bersedih kerana kesulitan
Berdoa saja pada Tuhan
Insya Allah Dia kan kabulkan

Jangan lalaikan perintah Nya


Kerjakan yang disuruh-Nya
Bertaubatlah kepada-Nya
Dia pasti menerimanya

Ingatlah pada dosamu


Ingatlah pula akan kelalaianmu
Perbaiki hati dan dirimu
Tuhan pasti akan menyayangimu

Marilah kita rajin mengaji


Marilah kita tafakur tiap hari
Agar paham perintah Ilahi
Agar paham perbuatan yang tak diredhai

Anda mungkin juga menyukai