Anda di halaman 1dari 4

ULANG KAJI

FORMAT PEPERIKSAAN
SPE TAHUN 8
(Kertas 1) - 2 jam
(Kertas 2) - 2 jam

Topik penting dalam tatabahasa: Ayat Aktif dan Ayat Pasif + Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
Jangan lupa untuk fokus mengulangkaji pelajaran, belajar dengan gigih.
Selamat Maju Jaya!

-------------------------------------------------------------------------------------
ANTARA PANDUAN YANG BOLEH DIGUNAKAN:

KERTAS 1

Bahagian A - Karangan

- Baca soalan dengan teliti. Jawab soalan yang benar-benar boleh kamu huraikan isinya.
- Jumlah perkataan- sekurang-kurangya 180 patah perkataan, dan boleh lebih (tulis di
bahagian bawah sebelah kanan).
-Perenggan- 4 ke 5 perenggan, iaitu:
1 Perenggan- Pendahuluan,
3/4 Perenggan- Isi+huraian+contoh,
1 Perenggan - Penutup.
- Huraian mesti jelas dan padat. Gunakan ayat yang mudah difahami. Gunakan penanda
wacana (selain itu, seterusnya, tambahan pula dan sebagainya).
- Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah ditolak.
- Tulisan hendaklah jelas dan boleh dibaca.
- Pemarkahan : akan ditentukan mengikut skim pemarkahan dari pihak MOE.

Bahagian B - Surat Kiriman / karangan pendek.

- Baca soalan dengan teliti. Jawab soalan yang benar-benar boleh kamu huraikan isinya.
- Jumlah perkataan - sekurang-kurangnya 100 patah perkataan (untuk surat kiriman rasmi/
tidak rasmi dan karangan pendek).
- Untuk surat kiriman: kenal pasti format surat yang hendak digunakan (sama ada rasmi
atau tidak rasmi).

Disediakan oleh: Cg Linn (bmt8.blogspot.com) Muka surat: 1


- Untuk karangan pendek: Jika karangan tersebut berjenis berita, pelajar hendaklah
menulis karangan dengan menggunakan cara penulisan format berita, begitu juga jika ia
karangan jenis laporan/syarahan dan sebagainya.- sila rujuk dalam buku nota atau
internet tentang format-format penulisan karangan tersebut.
- Penggunaan kata ganti nama:
Untuk surat tidak rasmi bolehlah menggunakan 'saya', 'saudari/saudara', 'nenekanda/
ayahanda/bonda' [surat ini berbentuk informal - untuk sahabat, keluarga dan sebagainya].
Untuk surat rasmi, penggunaan bahasa perlu sopan, contohnya 'saya', 'Tuan/Puan'.
Jangan menggunakan kata ganti nama 'Aku', 'Kamu', 'Awak'.
- Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah ditolak.
- Tulisan hendaklah jelas dan boleh dibaca.
- Pemarkahan : akan ditentukan mengikut skim pemarkahan dari pihak MOE.

Bahagian C - Rumusan

Contohnya berbentuk carta atau gambar.


- Jelaskan apa isi tersurat dahulu (apa yang pelajar nampak dalam carta/gambar).
- Kemudian jelaskan tentang isi tersirat (reasoning - why? - isi untuk ini perlu pelajar
pikirkan sendiri - tidak ada dalam carta/gambar).
untuk rumusan berbentuk gambar - Cuba untuk bertanya kepada diri sendiri 'gambar ini
tentang apa?', 'apa yang hendak diberitahu oleh gambar ini?', 'apakah kebaikan/
keburukan yang terdapat dalam gambar?'. Pelajar boleh memberikan isi/pendapat sendiri
asalkan ia berkaitan dengan gambar rumusan yang pelajar jawab.
- Panjang hendaklah antara 75 ke 85 patah perkataan sahaja. Tulis dalam 1 Perenggan
sahaja.
- Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah ditolak.
- Tulisan hendaklah jelas dan boleh dibaca.
- Pemarkahan : akan ditentukan mengikut skim pemarkahan dari pihak MOE.

-------------------------------------------------------------------------------------

Disediakan oleh: Cg Linn (bmt8.blogspot.com) Muka surat: 2


ANTARA PANDUAN YANG BOLEH DIGUNAKAN:

KERTAS 2

Bahagian A - Kefahaman dan Pelajaran Jawi.

- Majoriti jawapan untuk soalan kefahaman ada dalam petikan, kecuali yang memerlukan
jawapan untuk pendapat pelajar sendiri.
- Jawab dengan ayat lengkap.
- Untuk soalan memberi maksud perkataan, gunakan perkataan yang kamu fahami/
gunakan kata sinonim. Jika tidak faham perkataan yang diberikan, baca semula
perenggan yang mengandungi perkataan tersebut.
- Untuk pelajaran jawi : Pelajar hendaklah memilih untuk menjawab sama ada A atau B,
dan soalan C adalah WAJIB dijawab.

Bahagian B - Ringkasan.

- Baca petikan dengan teliti, dan fahami 'petikan ini tentang apa?'. Dalam soalan
Peperiksaan SPE, tidak ada arahan tertentu (there is no specific 'direction' tentang apa
yang perlu pelajar buat/cari).
Jika kebanyakan isi di dalamnya tentang 'faktor', atau 'kebaikan' dan sebagainya..
rumuskan sahaja tentang 'faktor sesuatu', atau 'kebaikan sesuatu' itu. Cari kata kunci/ key
word nya.
- Kebiasaannya, isi-isi penting terletak dalam baris pertama setiap perenggan. Tetapi ada
juga yang terletak di baris pertengahan atau baris akhir perenggan.
- Sekurang-kurangnya ada 1/2 isi dalam setiap perenggan, kecuali jika perenggan itu
panjang (mungkin ada 2/3 isi penting).
- Setelah pelajar mendapat isi-isi penting, cuba kira dahulu patah perkataannya (jumlah
maksimum ialah 70-75 patah perkataan. Jika lebih, markah akan dipotong = ikut arahan
soalan).
- Sekiranya jumlah tidak melebihi dari yang dibenarkan, barulah menulis isi-isi penting
tersebut sebagai 'final answer'/ jawapan akhir. *Sekurang-kurangnya cuba cari 5-6 isi
penting.
- Gunakan penanda wacana dan kata hubung (dan, serta, lalu) untuk menghubungkan isi-
isi penting.
- Tulisan hendaklah jelas dan boleh dibaca.
- Pemarkahan akhir : akan ditentukan mengikut skim pemarkahan dari pihak MOE (dari
segi pemotongan markah dan sebagainya).

Disediakan oleh: Cg Linn (bmt8.blogspot.com) Muka surat: 3


Bahagian C - Tatabahasa

- Soalan MCQ (contoh soalan mungkin seperti kata nama, kata seru, kata ganti nama,
imbuhan, kata ganda, kata kerja dan sebagainya).
- Soalan Imbuhan (kebiasaannya ketiga-tiga jenis imbuhan akan diberikan; awalan, apitan
dan akhiran),
- Soalan menukarkan ayat aktif dan ayat pasif *Penting!
- Soalan menukarkan cakap ajuk dan cakap pindah *

Bahagian D - Peribahasa dan Perambahan Brunei.

4- 6 soalan MCQ kebiasaannya diambil dari Peribahasa (mengandungi simpulan bahasa,


pepatah, bidalan, perumpamaan).
- 2 soalan subjektif pula kebiasaannya adalah diambil dari Perambahan Brunei (dan dalam
kes jarang-jarang berlaku, ada juga diambil dari Peribahasa).
- Cuba untuk mengulangkaji nota-nota tahun 7 hingga tahun 8. Fahami ertinya.

** Di atas adalah sedikit sebanyak panduan untuk pelajar berkenaan kertas peperiksaan.
Kebanyakan nota pelajar ada dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 8. Selain itu pelajar
juga boleh merujuk dalam internet untuk nota-nota tertentu.

Disediakan oleh: Cg Linn (bmt8.blogspot.com) Muka surat: 4

Anda mungkin juga menyukai