Anda di halaman 1dari 2

Langkah pelancongan

 pihak kerajaan dan pihak swasta perlu mengambil inisiatif dan usaha untuk
memperkenalkan dan mempromosikan Malaysia ke mata dunia dan ke peringkat lebih
global.

Kegiatan untuk mempromosi Malaysia boleh dibuat dengan memperbanyak dan merancakkan lagi
aktiviti pelancongan di negara kita. Terdapat beberapa promosi pelancongan yang boleh dijalankan
seperti memperkenalkan destinasi pelancongan yang menarik untuk dituju, karnival jualan atau
kebudayaan pelbagai bangsa dan etnik di Malaysia. Kesemua program yang dianjurkan ini hendakalh
dijalankan dengan kerjasama yang pada daripada pelbagai pihak wajib yang berkenaan dan bukan
sekadar hanya hangat-hangat tahi ayam ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga. Sebagai
contohnya, promosi kebudayaan telah dianjurkan oleh kementerian Pelancongan untuk menarik
minat para pelancong dari negara Asia Barat seperti di Arab Saudi dan di Dubai.

 Penggunaan teknologi maklumat seperti internet juga boleh menjadi antara salah satu usaha
untuk mempromosikan negara kita ke mata dunia dengan penyebaran meluas mengenai
informasi dan butiran lanjut pelancongan di Malaysia.

Semua pelancong akan memperoleh informasi yang tepat dan butiran yang jelas berkenaan dengan
destinasi pelancongan menarik yang boleh dilawati di Malaysia bersama dengan aktiviti
pelancongannya dengan adanya penggunaan internet ini. Jelasnya di sini, promosi yang ligat dan giat
dijalankan dapat memastikan penyebaran secara berkesan bagi semua informasi pelancongan
seterusnya menarik pelancong untuk bertandang ke Malaysia. Ini seterusnya dapat menjadikan
Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan yang diminati untuk dilawati oleh pelancong luar.
Natijahnya, industri pelancongan akan lebih terserlah dan dapat bersinar bergemerlapan ke seluruh
dunia dan dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain.

 Malaysia juga dapat bersaing dengan industri pelancongan negara-negara lain di dunia
dengan langkah pihak swasta haruslah bekerjasama atau berganding bahu dengan pihak
kerajaan dengan membuka lebih banyak pusat-pusat percutian yang bertaraf dunia dan
memberi keselesaan yang optimum kepada pengunjung.

Pihak swasta dan pihak kerajaan boleh mempraktikkan konsep bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat demi menjamin industri pelancongan ke arah yang lebih baik. Usaha ini
boleh dilaksanakan dengan pembinaan hotel lima bintang yang akan menyediakan servis
perkhidmatan yang terbaik diirngi dengan bilik dan suasana yang selesa untuk menarik minat
pelancong. Sebagai analoginya, pakej penginapan murah berserta dengan pakej makanan tempatan
telah diperkenalkan oleh Hotel Seri Malaysia dan buktinya, hotel ini telah berjaya menarik lebih
ramai pengunjung untuk menginap saban tahun.

Kepentingan

 Antara kepentingan ulung industri pelancongan adalah ekonomi. Ekonomi negara


bergantung kepada industri pelancongan. Sebagai contoh, sosio-ekonomi di luar bandar
dapat berkembang apabila mendapat peluang pekerjaan seperti pemandu pelancong atau
membuka rumah inap dan restoran untuk menampung kehadiran pelancong. Dalam
kawasan bandar pula, pelancongan kesihatan dapat dijana oleh hospital-hospital swasta
sekaligus menambah bilangan pengunjung dan hotel di kawasan sekitar. Hal ini kerana
perkhidmatan kesihatan di negara adalah berpatutan berbanding di negara asal pelancong
dan mereka melakukan aktiviti pelancongan kesihatan untuk menjimatkan kos
perkhidmatan yang mereka inginkan.

 Selain itu, industri pelancongan secara tidak langsung telah menggalakkan penambah-baikan
infrastruktur di dalam negara kita di mana rakyat juga mendapat tempias manfaatnya. Hari
ini, hampir setiap negeri sudah mempunyai lapangan terbang dan beberapa diantaranya
menawarkan penerbangan antarabangsa seperti di Lapangan Antarabangsa Langkawi.
Pelancong mendapat akses yang mudah untuk ke tempat yang ditujui tanpa perlu
mengharungi perjalanan yang jauh seperti dahulu kala. Infrastruktur seperti jalan raya dan
pengangkutan awam juga menjadi semakin baik apabila kawasan luar bandar yang
mempunyai kawasan tarikan pelancong seperti pantai atau air terjun dan gua memerlukan
tahap ketersampaian oleh pelancong-pelancong.

 Kepentingan industri pelancongan yang lain adalah keunikan budaya dan alam semula jadi
negara dapat dikongsi serta dihargai. Eko-pelancongan merupakan antara pendekatan yang
berjaya dan diraikan oleh semua dimana pelancong akan melawat kawasan-kawasan semula
jadi seperti Taman Negara Endau- Rompin dan Taman Laut Terengganu di samping usaha
pemeliharaan kawasan tersebut berjalan seiring. Pelancong dapat menyaksikan pusat
konservasi gajah atau menikmati keindahan hidupan laut dengan menyelam di sekitar pulau-
pulau di Malaysia. Seperti peribahasa Melayu berkata,”Yang dikejar tidak dapat, yang
dikendong berciciran” yang bermaksud kita perlulah menyelaraskan usaha pembangunan
seiring dengan memelihara apa yang kita miliki.

Anda mungkin juga menyukai