Anda di halaman 1dari 6

SMK DESA TUN HUSSEIN ONN KERTAS KERJA SMART SOLAT TINGKATAN 1 & 2 TAHUN 2010 PENDAHULUAN Fenomena

negatif yang berlaku di kalangan remaja muslim akhir akhir ini amat membimbangkan . Kes buli , gangsterisme , pergaulan bebas dan lain lain lagi wajar dibendung dan diatasi dari akar umbinya . Apa yang lebih menyedihkan lagi ianya berlaku di kalangan remaja berbangsa Melayu beragama Islam . Solat yang sepatutnya menjadi benteng yang kukuh lagi mampan untuk menghalang perkara keji dan mundkar telah diabaikan oleh muda mudi dewasa ini . Sekiranya solat yang menjadi tiang agama itu dihayati dan difahami maksudnya sudah pasti segala maksiat serta kemungkaran yang berlaku di kalangan masyarakat muslim hari ini dapat dibendung . Oleh yang demikian solat adalah sesuatu yang amat wajar dipelajari , dipraktikkan dan dihayati sejak dari usia kanak kanak lagi .Hal ini amat bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Suruhlah anak anak kamu solat ketika mereka berusia 7 tahun dan pukullah mereka jika tidak solat ketika berumur 10 tahun serta pisahkanlah tempat tidur mereka . Atas dasar inilah , maka pihak Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama angkatan tentera menganjurkan Kursus Smart Solat bagi semua pelajar sekolah ini . Cuma untuk waktu sekarang kita mensasarkan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 terlebih dahulu . Pada dasarnya kursus ini akan menekankan mengenai konsep solat yang sebenarnya sebagaimana solat Nabi Muhammad s.a.w. Diharapkan program ini mendapat reaksi positif serta kerjasama dari pihak sekolah khasnya dan PIBG amnya . Semoga harapan untuk melihat generasi muda muslim yang menjaga solatnya dan tidak terdedah kepada perkara perkara mungkar akan menjadi kanyataan . Objektif: 1) Untuk mendedahkan kepada para peserta kepentingan solat sebagai tiang agama . 2) Untuk memperbetulkan bacaan bacaan teori dalam solat . 3) Untuk memperbetulkan pergerakan praktikal solat sebagaimana solat nabi . 4) Untuk mendidik diri supaya bertanggungjawab dalam mengerjakan solat . 5) Untuk melahirkan generasi yang sempurna solat dan berperibadi mulia .

Kandungan Kursus : 1. Penerangan perkara perkara sebelum solat ( bersuci dari hadas kecil dan besar ) 2. Persediaan dan berpakaian dalam solat 3. Azan dan Iqamat (teori dan praktikal ) 4. Bacaan-bacaan dalam solat (seperti doa qunut, sujud sahwi dan lain-lain lagi ) 5. Bacaan ketika rukuk,sujud iktidal ,tahiyat awal dan akhir. 6. Doa selepas solat dan wirid-wirid 7. Sesi soal jawab Tema : Anak Soleh Anak Harapan Tarikh 15 November 2010 (Isnin) Tempat Surau Lelaki SMK Desa Tun Hussein Onn Kumpulan Sasaran Tingkatan 1 dan 2 seramai 120 peserta Tenaga Fasilitator 10 Orang Angkatan Tentera KOR KAGAT Perbelanjaan Makanan Pelajar Fasilitator Penganjur : : : RM 10 seorang RM 300

TENTATIF PROGRAM

0730 0800 0800 - 0830 0830 0900 0900 1000 1000 1030 1030 1130 1130 1230 1230 0230 0230 0330 0330 0430 0430 0500 0500 0600 0600 0630 0630

Pendaftaran Pelajar Taklimat Smart Solat Ice Breaking Multimedia 1 Pahala Di sebalik Solat Minum Pagi Multimedia 2 Kebersihan Diri dan Tatacara berwudhu Penghayatan Solat Makan Tengahari / Solat Praktikal Wudhu dan Solat ( Bacaan Solat, Zikir dan Doa ) Praktikal Solat Asar / Minum Petang Multimedia 4 Pembersihan Jiwa Rumusan / Penutup Bersurai

SENARAI TUGASAN AHLI JAWATANKUASA Bil Nama Guru Tugasan

GILIRAN BERTUGAS GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM SMART SOLAT 15 NOVEMBER Masa 0730 pagi 0130 petang 0130 petang 0630 petang Nama Guru - Pn. Sh. Zaleha bt Syed Hussein - Pn. Nur Atikah bt Osman - Pn. Noor Hayati bt Khairudin - Pn. Che Rahainun bt Che Hamid - Pn. Noor Arida bt Abd Rahman - Pn. Faziatun

PERBELANJAAN

1.

Makan 120 Pelajar x RM10.00 Fasilitator = = RM RM RM RM 1200.00 300.00 15.00 1515.00

2.

Dokumentasi:Fotostat & Cuci Gambar JUMLAH KESELURUHAN

MENU Fasilitator 1. Sarapan : Bihun Goreng dan Air Teh 2. Makan Tengahhari : Nasi Tomato dan Air Sirap Limau 3. Minum Petang : Kuih Muih dan Air Teh O Pelajar 1. Sarapan : Bihun Goreng dan Air Teh 2. Makan Tengahhari : Nasi Goreng Ayam dan Air sirap 3. Minum Petang : Roti dan Air Kotak

SUMBER KEWANGAN Yuran Kegiatan Agama Islam

Disediakan ......................................... (Sh. Zaleha bt Syed Hussein) Timbalan Ketua Panitia Pendidikan Islam 5

Disahkan ...............................................

Anda mungkin juga menyukai