Anda di halaman 1dari 8

SKRIP PENGACARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG PIBG


SMK AIR ITAM KALI KE-24
23 Februari 2019

Juru Acara 1. PENGUMUMAN UNTUK WARGA DEWAN

PERHATIAN
Memaklumkan beberapa perkara untuk diberi perhatian sidang
hadirin sekalian.

Semua ibu bapa dan penjaga murid yang telah membuat


pendaftaran, diminta berada di dalam dewan sekarang kerana
majlis akan berlangsung sebentar sahaja lagi.

Tuan-tuan dan puan-puan diminta mematikan telefon bimbit atau


menukarkannya ke mod senyap sejurus majlis dimulakan agar
tidak timbul sebarang gangguan sepanjang majlis berlangsung.

Para hadirin diminta berdiri apabila tetamu khas tiba di


pekarangan dewan dan semasa lagu Negaraku serta lagu Pulau
Pinang dinyanyikan.

KETIBAAN 2. MENGUMUMKAN KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN


TETAMU
Mengumumkan ketibaan :

Yang Berusaha Encik Sangaranathan a/l Govindasamy


Pengetua SMART
Dan
Yang dihormati, Encik Mohd Bakhir Bin Abu,
Yang Dipertua PIBG SMART

Serta Barisan penolong kanan.


NYANYIAN Hadirin sekalian diminta berdiri untuk menyanyikan
LAGU LAGU NEGARAKU DAN LAGU PULAU PINANG

Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk

PROTOKOL 3. PROTOKOL

Yang Berusaha, Encik Sangaranathan a/l Govindasamy,


Pengetua SMART

Yang Dihormati, Encik Mohd Bakhir Bin Abu,


Yang Dipertua PIBG SMART

Yang Berusaha, En. Goh Hong Peng


Penolong Kanan Pentadbiran SMART

Yang Berusaha, Cik Choo Poh Lean,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMART

Yang Berusaha, En. Mohamad Azhar Bin Nawi,


Penolong Kanan Kokurikulum SMART

Barisan Guru Kanan,

Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Air Itam sesi


2018/2019

guru-guru, staf-staf sokongan, ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan


sekalian

Assalamualaikum dan salam sejahtera

PRAKATA 4. PRAKATA PENGACARA

Ambil pauh pagarkan dulang,


Kalau tiada rengas di tanjung,
Ucapan aluan selamat datang,
Di hari nan permai kita berkampung.

Pada pagi yang indah ini, marilah sama-sama kita memanjatkan


kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan izin serta limpah
rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-24 SMK Air Itam.

Saya bagi pihak majlis melahirkan rasa bangga dan merakamkan


jutaan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan
dalam menunaikan amanah sebagai ahli PIBG.

Inilah medium terbaik untuk kita mencari kesepakatan, mencari


titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan anak-
anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan
sahsiah. Sekiranya dapat satukan idea, pasti kecemerlangan
menjadi milik kita bersama.

BACAAN DOA 5. BACAAN DOA

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al Fadhil
Ustaz Muhammad Nazri Bin Md Nayan.

Amin..amin.. Ya rabbal alamin.. Jazakallah Ustaz Muhammad


Nazri atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN
PENGETUA 6. UCAPAN ALU-ALUAN

Para hadirin sekalian,

Seorang pemimpin hebat,


Menjadi suluh dalam gelita,
Menjadi penawar dalam bisa,
Menjadi penenang dalam duka,
Menjadi penyejuk dalam derita,
Menjadi penyabar dalam murka.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan mempersilakan Yang


Berusaha Encik Sangaranathan a/l Govindasamy, Pengetua
SMART untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan
hormatnya dipersilakan.

Terima kasih di atas ucapan alu-aluan yang disampaikan tadi.


Semoga ibu bapa dan pihak sekolah dapat bekerjasama dalam
usaha untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak kita
semua.

UCAPAN 7. UCAPAN YDP PIBG

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang


Dihormati Encik Mohd Bakhir Bin Abu, Yang Dipertua PIBG SMK
Air Itam untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang


dihormati Encik Mohd Bakhir Bin Abu, Yang dipertua PIBG SMK
Air Itam atas ucapan berisi amanat dan harapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

8. MESYUARAT PIBG BERMULA

Sidang hadirin yang budiman,

Sebagai meneruskan agenda kita pada pagi ini, dengan segala


hormatnya majlis diserahkan kepada Yang Dihormati Encik Mohd
Bakhir Bin Abu Yang Dipertua PIBG untuk memulakan mesyuarat
PIBG 2018/2019.

Dipersilakan

Agenda :
Ucapan Aluan Pengerusi
Mengesahkan Minit Mesyuarat Agong 2018/2019
Perkara Berbangkit
Meluluskan Penyata Kewangan dan Perbelanjaan 2018
Pembubaran AJK Lama
Pelantikan Pengerusi Sementara
Pelantikan AJK Baru – Y ang Di Pertua PIBG
- Naib Yang Di Pertua PIBG
- AJK Ibu Bapa

9. SESI FOTOGRAFI

Tahniah diucapkan kepada barisan AJK PIBG yang baharu


sahaja dilantik sebentar tadi. Diharap gandingan yang baharu ini
akan terus memantapkan prestasi dan kebajikan warga sekolah
ini.
Seterusnya dijemput AJK PIBG 2019/2020 naik ke pentas untuk
sesi fotografi.

Terima kasih diucapkan kepada semua..

SIJIL 1. PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA AJK


PENGHARGAAN PIBG 2018/2019

Hadirin sekelian,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil sebagai
tanda penghargaan kepada semua AJK PIBG 2018/2019 kerana
telah bersama-sama pihak sekolah untuk menaikkan lagi prestasi
sekolah.
Oleh itu dengan segala hormatnya, dipersilakan
Pengetua SMART Encik Sangaranathan a/l Govindasamy untuk
naik ke pentas bagi menyampaikan sijil.
Dipersilakan:
1. Pn. Tan Lay Poh
2. Cik Nurul Fitrah Binti Abdullah
3. En. Wan Hamimi B. Wan Hussin
4. Pn. Wong King Hee
5. Pn. Wahidah Binti Saad
6. Pn. Alina Yoong Ai Fen
7. Pn. Noor Azliza Wani Bt. Noor Azizi
8. En. Yogeswaran a/l Sinnasamy
9. Pn. Siti Rohinaron Bt. Mohd Zain
10. En. Saiful Fadly Bin Saifuddin
11. En. Arasu a/l Arunachalam
12. En. Teh Chooi Seong
13. Pn. Ruzanna Binti Harun
14. En. Hashim Bin Yahya
15. Pn. Rohana Bt. Mohd Ismail
16. En. Mohd Bakhir Bin Abu

Seterusnya dijemput (YDP PIBG


2019/2020) ...........................................................................
...................
Untuk menyampaikan ucapan penangguhan mesyuarat.
Dipersilakan.

2. MAJLIS PENUTUP

.Hadirin sekalian, demikian berakhirnya mesyuarat PIBG SMK Air


Itam kali ke 24 tahun 2019. Diharap gandingan AJK yang baru
dilantik akan dapat memberikan komitmen yang terbaik demi
untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar-pelajar SMART.

Batu Feringgi pantainya indah


Ramai pelancong ke Bukit Bendera
Majlis kita selesai sudah
Kita ke acara menjamu selera.

Sekian. Terima kasih.

Dijemput semua hadirin ke kantin untuk menikmati jamuan.


PROTOKOL

1. Yang Berusaha, Encik Sangaranathan A/L Govindasamy,


Pengetua SMART.

2. Yang Dihormati, Encik Mohd Bakhir Bin Abu,


Yang Dipertua PIBG SMART.

3. Yang Berusaha, En. Goh Hong Peng,


Penolong Kanan Pentadbiran SMART.

4. Yang Berusaha, Cik Choo Poh Lean,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMART.

5. Yang Berusaha, Encik Mohamad Azhar Bin Nawi,


Penolong Kanan Kokurikulum SMART.

6. Barisan Guru Kanan Matapelajaran,


7. Ahli Jawatankuasa PIBG SMART sesi 2018/2019

8. Guru-guru

9. Staf- staf Sokongan

10. Ibu bapa

11.Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Anda mungkin juga menyukai