Anda di halaman 1dari 1

NILAI

1. Nilai keadilan. Sebagai contoh hakim menuntut keadilan di mahkamah bagi


pihak datuknya yang telah ditipu.
2. Nilai keberanian. Sebagai contoh hakim berani menceburi bidang
keusahawanan yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.
3. Nilai kegigihan. Sebagai contoh Hakim gigih menjadi penternak ayam
walaupun dirinya terpaksa menanggung hutang yang banyak.
4. Nilai keprihatinan. Sebagai contoh Azam sangat prihatin dengan masalah yang
dihadapi oleh hakim dengan memberi semangat kepadanya untuk terus
berjaya menjadi penternak moden sebelum dia berangkat ke luar negara
untuk berkursus.
5. Nilai tolong-menolong. Sebagai contoh Azam sanggup menjadi peguam Hakim
untuk menolongnya mendapatkan hak tanah seluas empat ekar milik datuk
Hakim.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menuntut hak kita yang dirampas oleh orang lain. Sebagai
contoh Hakim menuntut hak milik tanah datuknya yang diambil raja di
mahkamah.
2. Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai
contoh Hakim gigih berusaha untuk mendapatkan kelulusan bank bagi
menjayakan projek penternakan ayam walaupun terpaksa meminda kertas
projeknya beberapa kali sebelum bank meluluskan permohonannya dengan
bantuan Yang Berhormat.
3. Kita hendaklah berani menceburi bidang perniagaan. Sebagai contoh hakim
berani mengusahakan tanah peninggalan datuknya dengan menjalankan
penternakan ayam untuk dijual.
4. Kita hendaklah menolong golongan yang memerlukan bantuan. Sebagai
contoh Azam membantu sahabatnya dengan menjadi peguam bagi
mendapatkan hak milik tanah datuk Hakim.
5. Kita janganlah mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemah.
Sebagai contoh Syarikat RAJA mengenakan bayaran yang tinggi terhadap
makanan dan ubat ayam yang dibeli oleh Hakim untuk mengaut keuntungan
yang lebih.

Anda mungkin juga menyukai