Anda di halaman 1dari 1

Seah Pei Ni

62, Jalan Setia Indah 12,


Seksyen U13/12H,
40170 Shah Alam,
Selangor.

Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Tuanku Bainun,
14000 Mengkuang,
Pulau Pinang. 29 Januari 2022
Tuan/Puan,
PERMOHON PENGINAPAN ASRAMA IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
Selamat sejahtera. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk, saya Seah Pei Ni dari
kelas Tahun 1 Sem 3 Ambilan Jun 2021 Pendidikan Muzik ingin memohon untuk
tinggal di asrama sekolah.
2. Antara sebab-sebab yang mendorong saya untuk tinggal di asrama IPGKTB
ialah saya mengalami masalah pengangkutan untuk ke sekolah kerana saya berasal
dari negeri Selangor dan tidak mempunyai kereta untuk memandu.
3. Selain itu, saya tidak dapat mencari rumah sewa dalam tempoh masa yang
singkat. Saya baru didapati tiada bilik untuk saya daripada rakan saya pada 28
Januari 2022. Hal ini menyebabkan saya tiada masa untuk mencari rumah sewa
yang berdekatan dengan IPGKTB sebelum hari permulaan sekolah dan rumah sewa
susah dicari semasa Perayaan Tahun Baru Cina.
4. Pada semester yang lepas, saya dapat bilik IPGKTB tetapi saya tidak
menginap kerana saya dapat kebenaran untuk belajar di rumah bagi sem tersebut.
Maka, saya ingat bilik itu akan masih ditetapkan bagi saya ataupun akan diedarkan
bilik yang baharu bagi sem yang seterusnya. Oleh itu, saya tidak mencari rumah
sewa untuk tinggal sebelum hari pembukaan sekolah.
5. Disebabkan semester ini adalah semester yang panjang dan mempunyai
banyak kerja kursus, saya berharap dapat tinggal di asrama supaya lebih senang
untuk melakukan perbincangan dengan rakan-rakan dan pensyarah.
6. Saya berharap agar pihak asrama sekolah dapat mempertimbangkan
permohonan saya. Saya berjanji saya akan mematuhi segala peraturan asrama jika
berjaya tinggal di asrama.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Penny...
(SEAH PEI NI)

Anda mungkin juga menyukai