Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SKPK SUNGAI PETANI Kod Sekolah: KBA 3042

1. Nama Guru
Siti Zaleha Binti Mohamad
Intervensi Awal Murid Berkeperluan
2. Judul Khas 3. Bidang: Pendidikan Khas

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -


-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini ditulis secara khusus bagi memenuhi keperluan bacaan tentang intervensi awal.
Intervensi awal merupakan satu langkah yang sangat penting kepada murid berkeperluan khas
dalam memartabatkan golongan ini setaraf dengan arus perdana. Buku ini juga memberi ilmu
pengetahuan tentang teori, proses, isu, dan masalah berkaitan intervensi awal, kopetensi dan
keperluan guru dalam menjalankan intervensi awal.

Program intervensi awal bertujuan memberi bantuan kepada ibu bapa untuk mengambil
langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat dilakukan dan mengurangkan
keterukan ketidakupayaan, permasalahan atau kecacatan yang dialami oleh individu
berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kaufman (2003), kebanyakan pendidik dan ahli sains
sosial percaya bahawa lebih awal kecacatan seseorang individu dikenal pasti dan diberi program
pendidikan yang bersesuaian atau rawatan tertentu, lebih baik penghasilan yang boleh diperolehi
oleh seseorang anak berkeperluan khas.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Intervensi awal yang intensif dapat membantu mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya
kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki
alam persekolahan.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Melalui intervensi awal ia dapat membantu guru meningkatkan tahap keupayaan murid
pendidikan khas yang baru memasuki alam persekolahan. Dengan ini murid lebih bersedia dan
dapat mengikuti sesi pdp di dalam kelas dengan lebih baik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( Siti Zaleha binti Mohamad ) ( )

Anda mungkin juga menyukai