Anda di halaman 1dari 2

BICARA BERIRAMA – USAHA TANGGA KEJAYAAN

PEMBUKAAN : LAGU RASA SAYANG

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Kami sembah pembuka bicara.

SUBJEK DIALOG

SOLO Woww.. 7A,8A,9A,10 A…..hebatnyaaaa…!!


SOLO Awak dapat berapa A Ali?
SOLO Saya…hihihi…11 A+
RAMAI2 Fuyyooo…banyak tuuuu
SOLO Saya tengok dalam berita,..pelajar cemerlang tu yang dapat 11 A+.
Saya cuma dpt 11 C saja..
RAMAI2 Aje nyee yee..ngecekk je kojee…
SOLO Lili, awak kenapa sedih saja? Orang lain semua seronok. Macam mana
keputusan awak?
SOLO Saya gagal 2 mata pelajaran wajib lulus. Sedihnya saya…
SOLO Itulah..bila waktu cikgu mengajar dulu, kamu tak fokus, tidur,,main-
main, bergosip bercerita. Sekarang, nasi sudah menjadi bubur!
Menangis air mata darah darah pun sudah tidak berguna!
SOLO Tak baik awak cakap begitu. Usah ditambah garam pada lukanya. Apa
yang berlaku sudah berlaku. Sekurang-kurangnya dia sudah menyesal.
RAMAI2 Gagal sekali bukan gagal selama-lamanya!
SOLO Pepatah ada mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada….
SOLO Highway!
RAMAI2 Salah tu.. Merosakkan pe-ri-ba-ha-sa!
SOLO Hihii..Maafkan saya.
RAMAI2 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan !
SOLO BETUL BETUL BETUL (nada Upin dan Ipin)
SOLO Mari kita kaji apakah usaha-usaha ke arah kecemerlangan
SOLO Apakah caranya?
RAMAI2 Bila dalam kelas,
(SEPARUH A)
RAMAI2 Fokus! Fokus! Fokus!
(SEPARUH B)
RAMAI2 Bila cikgu tengah mengajar,
(SEPARUH A)
RAMAI2 Jangan bising-bising!
(SEPARUH B)
RAMAI2 Bila cikgu bagi nasihat,
(SEPARUH A)
RAMAI2 Kita jangan tidur!
(SEPARUH B)
SOLO Mengantuk, mengantuk,nak tidur mana, tolonglah saya…auch auch
auchh! (Nyanyi gaya zombie Didi n Friends)
SOLO Haaa..lain kali, tidur awal jangan main telefon pintar sampai lewat
malam.Telefon memang pintar, tapi pintarkah anda?
SOLO Lagi, apa cara lain untuk berjaya dalam pelajaran?
SOLO Mohon restu ibu bapa
SOLO Taat perintah ibu bapa
SOLO Jadi anak berguna,jangan derhaka!
SOLO Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit
SOLO Kasihnya ibu, membawa ke syurga
Kasihnya ayah, setia berkorban sepanjang masa (gurindam)
SOLO Selain adab kepada guru dan taat ibu bapa, kita juga perlulah
memupuk nilai-nilai positif dalam diri.
SOLO Apakah nilai-nilai positif itu?

SOLO Pertama, gigih berusaha. Usaha tangga kejayaan.


SOLO Ilmu kepandaian boleh dikejar,
Asal mahu rajin belajar ( pantun)
SOLO Kedua, tidak malu bertanya. Malu berdayung perahu hanyut, malu
bertanya sesat jalan.
SOLO Ketiga, tidak mudah berputus asa. Alang-alang berdakwat, biar hitam.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
RAMAI2 Di mana bumi, kupijak, di situ langit kujunjung.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan…
uwohooo…(nyanyi lagu Semerah Padi)
SOLO Seterusnya, sebagai pelajar, paling penting pilihlah sahabat yang baik.
SOLO Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan,
Jikalau kamu bersifat budiman,
Dipandang sebagai bunga di taman,

--- SYAIR…..

RAMAI2 Akhir sekali, taat pada yang SATU. Usaha dan tawakal itu perlu.
SOLO Baiklah kawan-kawan, masa semakin mencemburui kita. Semoga kita
semua berjaya dalam kehidupan dan berjaya mencapai cita-cita.
RAMAI2 Semoga menara gading menjadi destinasi impian kita!
SOLO Mengapa pohon lebat berbuah,
Kerana buahnya tidak dimakan,
Andai ada silap dan salah,

…..PANTUN….
RAMAI2 MOHON DIAMPUN, MOHON DIMAAFKAN.
SALAM PERMISI, KAMI MENGUNDUR DIRI.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai