Anda di halaman 1dari 2

Tajuk: Rakyat bersatu, negara sejahtera.

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan kemunculan virus Covid-


19 yang amat menakutkan. Banyak nyawa telah terkorban, ribuan orang
kehilangan pekerjaan, kanak-kanak terpaksa terkurung di dalam rumah
dan banyak lagi kesan virus ini.
Sewaktu pandemik melanda, rakyat tanpa mengira bangsa
berganding bahu untuk memerangi wabak ini. Semangat kekeluargaan
dikalangan rakyat dapat dilihat dengan jelas. Mereka saling bantu-
membantu tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.
Akibat tidak dapat bekerja, ramai yang hilang punca pendapatan.
Tiada duit untuk membeli makanan dan keperluan lain. Ramai yang
dalam kesulitan. Namun, ramai pihak hadir menghulurkan bantuan.
Kaum Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain hadir membantu.
Semangat kekeluargaan yang kuat membuat mereka begitu ikhlas dan
rela untuk saling membantu.
Semua berusaha sedaya upaya untuk membantu. Barisan hadapan
tidak bersendirian sebaliknya semua rakyat terus menyokong dan
membantu bersama-sama. Saat getir dapat dilalui dengan jayanya.
Sejak kecil, kita selalu ditekankan dengan sikap kebersamaan.
Anak-anak bebas bermain dengan rakan berbeza agama, dapat makan
semeja dengan bangsa yang lain, menyambut perayaan lain-lain kaum
dengan aman dan gembira.
Negara kita sering menjadi ikon keamanan dan keharmonian.
Rakyat berbilang bangsa sentiasa bermuafakat dan bekerjasama dalam
semua tindakan. Setiap yang susah menjadi mudah, setiap yang berat
menjadi ringan kerana kita satu Keluarga Malaysia.
Perjuangan nenek moyang kita dahulu tidak sia-sia. Negara
sentiasa aman dan damai, rakyat sentiasa bersatu padu dalam menjaga
negara Malaysia tercinta ini.
Wabak Covid membawa seribu kesusahan, tetapi rakyat bangkit
bersama dengan sejuta usaha. Wabak Covid dapat dibendung, rakyat
terus bersama sebagai satu kelaurga. Semakin kukuh ikatan Keluarga
Malaysia, semakin berdaulat tanah air tercinta.

Anda mungkin juga menyukai