Anda di halaman 1dari 2

Modul 6.

2_Aktiviti 4: Senarai Semak Pengurusan Projek

Aktiviti 4: Senarai Semak Pengurusan Projek

Arahan: Bersama-sama dengan guru mata pelajaran lain yang terlibat dengan perancangan
KmR-PBL, lengkapkan senarai semak ini untuk membantu anda mengurus projek dengan
berkesan.

Senarai Semak Pengurusan Projek

Adakah projek anda mempunyai ciri-ciri berikut: Ya Tidak ?

Merancang aktiviti sejajar dengan Standard Kandungan dan


/
Kemahiran 6C
■ Murid mempelajari kandungan pelajaran yang digariskan
dalam standard kandungan dan membina kompetensi
pembelajaran bermakna (6C) melalui aktiviti projek.

Mengurus aktiviti berkaitan dengan cabaran yang dicetuskan


oleh Soalan Pencetus Idea (SPI) /

■ Murid memberi fokus terhadap persoalan dan cabaran


yang mencetuskan hasil tugasan yang bermakna.

Mencetuskan keperluan dan kemahuan untuk tahu


/
dan melaksana
■ Murid dilibatkan ke dalam projek melalui satu
program yang menarik perhatian dan minat mereka
untuk memulakan proses inkuiri.

Murid terlibat secara aktif dalam proses inkuiri


/
■ Murid berfikir secara mendalam dan menjana soalan- soalan
lanjutan untuk memperoleh jawapan dan jalan penyelesaian
pada isu dan masalah kehidupan sebenar.

1
Adakah projek anda mempunyai ciri-ciri berikut: Ya Tidak ?

Keperluan melaksanakan inovasi


/
■ Murid menjana jawapan baharu dan menghasil produk
yang unik untuk menjawab cabaran yang dicetuskan
oleh SPI.

Membawa Kompetensi Pembelajaran Bermakna 6C


/
■ Murid membina kompetensi kewarganegaraan, sahsiah,
pemikiran kreatif dan kritis, kemahiran komunikasi &
berkolaborasi semasa melaksanakan projek.

Menggalakkan murid membuat pilihan dan memberi cadangan


/
■ Murid melalui bimbingan guru diberi peluang dan ruang
untuk membuat pilihan dan mengemukakan cadangan
yang mempengaruhi pelaksanaan projek

Menggabungkan maklum balas dan membuat semakan


/
■ Murid menggunakan maklum balas untuk menambah baik
tugasan dan menghasilkan produk berkualiti tinggi.

Anda mungkin juga menyukai