Anda di halaman 1dari 31

Abd.

Samad berkata, di DUN Seri Menanti ini, beliau juga mempunyai dua Bidang
Keberhasilan Utama (KRA) iaitu membasmi kemiskinan dan mengutamakan
pelancongan.
“Ketika ini memberikan rakyat hidup sejahtera dengan rumah yang dibangunkan
melalui SPKR, mereka juga akan dibawa melalui proses pembebasan daripada
belenggu kemiskinan.
“Untuk itu, kita akan membawa mereka menyertai program keusahawanan dan
pertanian. Dalam sektor pelancongan pula, kita berjaya memberikan pekerjaan
kepada 60 anak muda di Restoran Warisan di Kuala Pilah.
“Begitu juga dengan 50 anak muda lain yang turut diberikan pekerjaan di Sri
Menanti Resort. Semua ini untuk melihat mereka hidup lebih selesa,” ujarnya.
Kata Abd. Samad, pada tahun ini beliau menyasarkan untuk membina dan membaik
pulih rumah golongan miskin dalam program SPKR dengan sasaran pengurangan
sehingga 50 peratus penduduk miskin di DUN Seri Menanti ini.
“Kita bina rumah SPKR ini secara berkelompok untuk memudahkan pemantauan
dilakukan termasuklah pemberian bantuan,” katanya.
Justeru beliau berharap, 101 keluarga yang telah menikmati faedah daripada
program SPKR ini bergembira dengan rumah baru, selain rumah yang sudah dibaik
pulih.
Esok, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dijadual melancarkan
Perkampungan Juara Rakyat, di Kampung Talang dekat sini, di mana telah dibina
sekelompok lima buah rumah SPKR, yang kini menjadi contoh pembangunan
perumahan untuk golongan miskin.
“Kesemua enam buah rumah di bina di perkampungan ini. Lima sudah siap, satu
akan dibina. Setiap satu bernilai RM33,000,” jelasnya.
Selain pelancaran program itu, kerajaan juga akan memberi bantuan kepada 350
penerima terdiri daripada golongan miskin, esok manakala 200 lagi dibuat secara
pos dan dihantar oleh petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di rumah
penerima.
BAB II : Pembangunan Pelancongan
Homestay di Malaysia
2.1  PENGENALAN BAB

Bab ini akan membincangkan tentang selok-belok pembangunan pelancongan homestay di Malaysia

dan juga strategi pelaksanaanya yang dilakukan. Di samping  itu sorotan terhadap kajian-kajian lepas

berkenaan dengan homestay di Malaysia juga akan dibincangkan.

2.2  KONSEP PEMBANGUNAN PELANCONGAN

            Pembangunan pelancongan boleh didefinisikan sebagai satu proses untuk menyediakan

negara dan penduduk negara tersebut bagi menyambut kedatangan pelancong  atau pengunjung

dengan harapan supaya pengunjung tersebut akan menyuntik wang baru ke dalam negara tersebut

melalui perbelanjaan yang mereka lakukan semasa berada di negara tersebut (Kalsom, 2001).

Program pembangunan pelancongan dilihat dari aspek pemerkasaan industri ini dengan menarik

penyertaan pelbagai peringkat sama ada peringkat pemerintah , pengusaha, badan bukan kerajaan

(NGO) dan juga komuniti setempat.

Pembangunan pelancongan juga meliputi aspek pembangunan dan penaik tarafan produk

pelancongan kerana produk dan destinasi pelancongan yang baik dapat menarik kedatangan lebih

ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang dapat menjana ekonomi bukan sahaja kepada

pihak kerajaan, malah penduduk setempat samaada secara langsung ataupun tidak langsung..

Justeru, perancangan, pembangunan dan pengurusan sesuatu produk pelancongan memerlukan

penelitian daripelbagai aspek bermula daripada formulasi dasar, strategi, program pembangunan

pelancongan yang merangkumi pemasaran, penganjuran aktiviti, penyelenggaraan dan sebagainya.

Dalam giat membangunkan industri pelancongan negara, bentuk pembangunan yang  dilakukan

pula hendaklah dipastikan mengikut polisi yang betul iaitu ke arah pembangunan pelancongan

lestari. Pembangunan lestari merujuk kepada  penggunaan sumber yang ada dengan bijak

khususnya dalam konteks perancangan, komitmen dan penglibatan pihak pengurusan serta pihak lain

yang berkaitan atau berkepentingan.

Konsep kelestarian ini menekankan bahawa pelbagai elemen untuk pembangunan samaada

bandar, ekonomi, budaya dan sebagainya yang menjamin kesejahteraan semasa harus berterusan
tanpa mengabaikan kesejahteraan generasi masa depan walaupun tuntutan dan kerenah

pembangunan menjadi semakin dinamik.

2.3  KONSEP HOMESTAY DI MALAYSIA

Program Homestay di Malaysia adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal yang baru

untuk pelancong di dalam industri pelancongan negara. Melalui program ini, pelancong akan dapat

tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan seterusnya berpeluang mengecapi cara hidup

seharian keluarga berkenaan serta kebudayaan Malaysia secara langsung (Kalsom et al, 1996).

Melalui cara ini pelancong akan mendapat pengalaman dan berinteraksi secara terus dengan cara

hidup dan kebudayaan rakyat Malaysia. Program ini menawarkan kepada pelancong suatu gaya

penginapan yang berlainan dan istimewa dengan penekanan terhadap layanan mesra tuan rumah di

samping menikmati keindahan desa yang kaya dengan khazanah alam semulajadi serta aktiviti

kebudayaan tradisional setempat (Darina,2003)

Konsep  homestay adalah berbeza dengan konsep kemudahan penginapan sederhana lain

seperti ‘bed & breakfast’ di mana tidak ada keluarga yang tinggal bersama dan sistem pengurusannya

adalah sepertimana pengurusan hotel biasa.

Konsep ini berbeza dengan konsep homestay pada awal kewujudannya kerana homestay yang

terdahulu lebih berfungsi sebagai  tempat penginapan sahaja tanpa  penyertaan pelancong di dalam

aktiviti harian dan kebudayaan yang dijalani oleh tuan rumah dan masyarakat setempat .Pada masa

ini, sekiranya, sesebuah kediaman hanya menjadi tempat penginapan pelancong tanpa melibatkan 

penyertaan pelancong di dalam aktiviti harian dan kebudayaan komuniti , maka ia tidak dianggap

sebagai homestay kerana menyalahi konsep homestay itu sendiri. Di Malaysia, kediaman-kediaman

sebegini banyak tersedia terutama di sekitar pusat pelancongan yang terkenal dan sering mendapat

tumpuan pelancong.

Program homestay merupakan projek serampang dua mata kerana di samping mempelbagaikan

lagi produk pelancongan dan tarikan di Malaysia, ia juga membantu dalam pembangunan kawasan

luar Bandar. Objektif  penubuhan program homestay terdiri daripada dua bahagian iaitu dari objektif

yang hendak dicapai oleh pihak  kerajaan dan  masyarakat.

 •OBJEKTIF PENUBUHAN HOMESTAY


•(KERAJAAN)
•Menawarkan perkhidmatan pelancongan alternatif dengar kadar harga yang kompetitif
•Menambah pendapatan masyarakat luar bandar
•Menerapkan nilai keusahawanan pelancungan (diluar bandar)
•Membuka minda masyarakat.
•Memantapkan semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan masyarakat
• Membasmi Kemiskinan

•OBJEKTIF PENUBUHAN HOMESTAY (MASYARAKAT)


•Berupaya memberikan sumbangan tambahan kepada pendapatan keluarga.
•Membolehkan produk baru dalam kampong diketengahkan dan membuka pasaran baru.
• Membuka peluang pekerjaan baru kepada masyarakat, secara langsung atau tidak langsung.
• Memperkenalkan kebudayaan, makanan, aktiviti harian kepada pelancung
•Berkenalan dan membuka minda masyarakat tentang masyarakat dari bahagian lain di dalam
dunia
• Mendapat peruntukkan-peruntukkan tertentu daripada agensi-agensi kerajaan.
•Berpeluang menambah ilmu baru melalui penyertaan didalam kursus-kursus yang
dianjurkan. 

2.4  SEJARAH PEMBANGUNAN PELANCONGAN INAP DESA ( HOMESTAY ) DI MALAYSIA

Konsep homestay telah mula diperkenalkan secara tidak rasmi di Malaysia sejak tahun 1970-an

lagi. Ketika itu sudah ada sebilangan penduduk kampung di Cherating, Pahang yang menyediakan

penginapan kepada para pelancong luar yang ingin tinggal lama untuk menikmati keindahan Pantai

Cherating. Para pelancong dibawa untuk tinggal bersama dengan keluarga di kampung mereka dan

disedikan sarapan pagi oleh tuan rumah (Amran,2004). Namun ketika itu penyertaan masyarakat

tidak begitu meluas  dan homestay di jadikan sebagai alternative kepada chalet dan pusat peranginan

bagi mereka yang ingin menjimatkan kos penginapan. (Yahya & Fauwaz, 2008)

Menyedari wujudnya rangsangan ekonomi melalui aktiviti seperti itu, maka Program Homestay

telah diperkenalkan secara rasmi di peringkat nasioanal oleh Kementeriaan Kebudayaan, Kesenian

dan Pelancongan Malaysia pada tahun 1995.  Program homestay pertama di Malaysia yang

mendapat sokongan Kementerian ialah program homestay di Desa Murni, sebuah komuniti yang

terdiri daripada lima kampung berdekatan Temerloh, Pahang.

“Penggerak program homestay Desa Murni kemudian mengasaskan Persatuan Homestay

Malaysia. Faedah daripada program homestay kepada komuniti di Desa Murni sangat menyerlah. Di

situ, budaya Malaysia dapat dipromosikan dan pelancongan dapat dibangunkan secara lestari kerana

pendapatan mengalir ke tangan komuniti itu sendiri dan pengetahuan ahli komuniti itu sendiri

mengenai sumber warisan kepunyaan mereka meningkat (Kalsom et al, 2006).”

Bagi memantapkan lagi perjalanan program homestay , Persatuan Homestay Malaysia (PHM)

telah ditubuhkan pada 2000. Menurut setiausaha PHM, En Yaakob bin Uda sehingga tahun 2004,
terdapat lebih kurang 1,674 pengusaha homestay yang berdaftar meliputi 62 buah kampung.

Walaubagaimanapun, daripada jumlah tersebut, hanya 20 kampung yang masih beroperasi (32

peratus) dan kurang daripada 10 kampung yang aktif.

TAHUN JUMLAH PENDAPATAN

2006 RM 206, 360

2007 RM 4, 923, 433 (+ 96%)

2008 RM 6, 393, 676 (+ 23%)

Rajah 2.3. : Jumlah pendapatan dari program Homestay seluruh Negara (2006-2008)

Sumber : Kementerian Pelancongan Malaysia

Kementerian Pelancongan Malaysia juga telah meletakkan program homestay bersama dalam

Pelan Pembangunan Desa yang disediakan untuk memastikan pembangunan pelancongan inap desa

diberi perhatian yang lebih teliti dalam pembangunan di luar bandar. Selain itu, program homestay

juga merupakan satu daripada intisari aktiviti latihan yang ditawarkan oleh Institut Kemajuan Desa

(INFRA), Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang befungsi sebagai institut latihan utama

pengurusan pembangunan desa (INFRA,2002).

2.4 STRATEGI DAN GARIS PANDUAN PELAKSAAN PROGRAM HOMESTAY

Program homestay juga merupakan satu strategi pelaksanaan yang menggambarkan penekanan

polisi kerajaan ke arah pembanguan sector pelancongan negara ini seperti penghasilan tukaran wang

asing, agen penggalak kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara yang saksama,
menggalakkan pembangunan luar bandar dan mempercepat integrasi penduduk bandar ke desa

(Kalsom et al,2006).

Selain itu, program ini juga dijangka dapat menghasilkan peluang-peluang pekerjaan terutamanya

di luar bandar dan pada masa yang sama  dapat menggalakkan penglibatan daripada semua

komuniti etnik dalam sector ini. Apabila wujudnya penglibatan dan kerjasama dari semua peringkat

masyarakat, maka perpaduan negara dapat dipupuk dan hal ini dapat memberi gambaran yang baik

terhadap Maysia di prasarana antarabangsa.

Menyedari homestay bukan sahaja mampu menarik pelancong untuk datang ke negara kita,

malah meningkatkan tahap ekonomi masyarakat desa, maka kerajaan dalam Rancangan Malaysia

Kesembilan telah memberi perhatian terhadap pembangunan homestay. Pelbagai agensi kerajaan

terlibat dalam program ini. Kementerian Pelancongan Malaysia melalui Tourism Malaysia melakukan

promosi dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah pula member latihan kepada

peserta dan melaksanakan pembangunan infrastruktur setempat.

Terdapat garis panduan tertentu yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelancongan

Malaysia (KPM) dalam melaksanakan program homestay. Garis panduan tersebut adalah perlu bagi

membantu perancangan dan pembangunannya homestay yang berkesan dan sistematik di Malaysia.

Penyertaan dalam program ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berkeluarga dan tinggal di

suatu kediaman rumah yang lengkap. Bagi memastikan kejayaan program ni, semua peserta

hendaklah berdaftar dengan KPM serta berurusan dengan mana-mana agensi pelancongan dalam

perkara-perkara yang berkaitan dengan harga, makanan pengangkutan dan hal lain yang melibatka

pakej lawatan KPM. Garis  panduan yang telah ditetapkan oleh KPM merangkumi beberapa aspek

yang meliputi aspek keselesaan, kecekapan, keselamatan dan kebersihan.

Rajah 2.4 : Garis panduan penyertaan program homestay di Malaysia

Sumber: Kementerian Pelancongan Malaysia

Panduan menyediakan kemudahan homestay ini adalah sebagai bahan rujukan untuk

memudahkan pengusaha-pengusaha program Homestay menyediakan kemudahan ini kepada

pelancong-pelancong bagi memastikan ianya dapat diadakan dengan lebih teratur dan terkawal. Bagi

menjamin kejayaan program ini, semua pihak yang turut serta hendaklah membaca dan memahami

semua peraturan dan syarat-syarat yang dinyatakan tersebut.

2.5  PROMOSI PELANCONGAN INAP DESA MELALUI KEMPEN  ZOOM! MALAYSIA – (HOMESTAY)

Kempen ZOOM! Malaysia telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada14 Mei 2008 bagi
memperkenalkan destinasi pelancongan secara lebih fokus. Dengan  menggunakan “tagline”banyak

untuk dilawati, banyak lagi untuk diterokai,  program  Zoom Malaysia ini  dilihat sebagai salah  satu

usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi pertumbuhan industri pelancongan domestik. Di samping

menggalakkan integrasi nasional, kempen tersebut menggalakkan aktiviti percutian dalam negara

sendiri secara terancang di kalangan rakyat Malaysia. Kempen ini juga dapat mengeratkan kerjasama

di antara ahli-ahli sector awam dan swasta dalam mempromosi produk dan tarikan pelancongan serta

acara-acara khas.

Tidak ketinggalan, program  homestay juga turut mendapat tempat dalam kempen ini. Hal ini

menunjukkan kesungguhan Kementerian Pelancongan dalam mempromosikan program homestay

supaya dapat berkembang seiring dengan bentuk- bentuk pelancongan yang lain.

Antara program di bawah   ZOOM Malaysia yang berkaitan dengan program homestay adalah

majlis pelancaran ZOOM! Homestay Terengganu pada 5 Januari 2009 di Homestay Kampung Teluk

Ketapang, Kuala Terengganu, Terengganu yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman

Said, Menteri Pelancongan Malaysia ( Bahagian Komunikasi dan Publisiti, Tourism Malaysia,2009).

Penganjuran majlis ini bertujuan  memberi fokus kepada program homestay atau

pelancongan inap desa sebagai salah satu produk pelancongan terpilih di Terengganu.

Sesungguhnya, program tersebut amat dititikberat oleh Kementerian Pelancongan kerana ia selaras

dengan aspirasi kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai warga desa bergiat dalam industri

pelancongan.

2.6  JENIS AKTIVITI  YANG DITAWARKAN DALAM PROGRAM HOMESTAY


             (i) Budaya dan Gaya Hidup
         Sejarah
         Tarian tradisional, lagu tradisional dan makanan tradisional
         Permainan dan sukan tradisional
         Budaya: Perkahwinan, majlis korban, dan upacara keramaian
(ii) Aktiviti Ekonomi
         Menoreh getah
         Penternakan ikan
         Pertanian: Padi, koko, minyak sawit, buah-buahan
(iii) Rekreasi
         Melawat kawasan-kawasan sekitar homestay (sightseeing)
         Merentas hutan (Jungle tracking)
         Arung jeram (White Water Rafting)
         Melawat produk pelancongan berdekatan
(iv) Pemuliharaan Alam Sekitar
         Program Menanam Pokok: Para pelancong digalakkan untuk menanam pokok di homestay yang
dilawati dengan tujuan untuk memulihara alam sekitar dan juga mencantikkan lagi lanskap homestay
tersebut.

2.7 SAMBUTAN TERDADAP PROGRAM HOMESTAY DI MALAYSIA

Berdasatkan statisktik yang di keluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia berkenaan

program homestay di Malaysia, di dapati terdapat  sejumlah 140 buah homestay yang berdaftar di

bawah Kementerian Pelancongan Malaysia di seluruh negara pada sehinga Disember 2009. Bilangan

ini meningkat sebanyak 50.5 peratus (50 homestay) berbanding 99 homestay pada 2006.

Rajah 2.7:  Jadual bilangan penyelaras dan pengusaha homestay yang berdaftar mengikut negeri,
2006 & 2007.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2008

Berdasarkan jadual 2.7 didapati, pada tahun 2007 telah berlaku peningkatan jumlah

penyelaras homestay baru di beberapa negeri antaranya Pahang (14 homestay), Pulau Pinang (8

homestay), Sarawak (6 homestay) dan masing-masing adalah 4 homestay di Terengganu, Kedah,

Johor, dan Negeri Sembilan. Pada masa yang sama, jumlah pengusaha homestay yang direkodkan

adalah seramai 3,177 orang pengusaha, meningkat 49.3 peratus berbanding tahun 2006 iaitu 2,128

orang pengusaha. Pulau Pinang menunjukkan peningkatan tertinggi iaitu 477.1 peratus (167 orang),

diikuti Perlis sebanyak 183.3 peratus (22 orang) dan Terengganu 163.8 peratus (95 orang).

Sambutan terhadap program homestay juga boleh dinilai melalui pertambahan  jumlah

peserta homestay yang terdiri daripada pelancong domestic dan luar negara. Berdasarkan laporan

yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 57,573 orang pelancong domestik dan

31,468 orang pelancong luar negara telah mengunjungi homestay di seluruh negara pada tahun 2007,

berbanding 23,890 orang pelancong domestic  dan 9,088 orang pelancong luar negara pada tahun

2006.

2.4  Kajian terdahulu berkenaan Program Homestay di Malaysia.

Dalam kajian berkaitan homestay, terdapat pelbagai aspek utama yang boleh dijadikan fokus

kajian dan ini bergantung kepada kehendak dan matlamat kajian pengkaji. Antara aspek atau tema

yang boleh di sentuh ialah seperti persepsi pelancong terhadap program homestay, pembangunan

penglibatan dan persepsi masyarakat setempat,  faktor kejayaan program homestay, kesan

pembangunan pelancongan homestay, masalah dan cabaran serta beberapa aspek lain yang boleh

dikaji. Berikut adalah kajian-kajian lepas yang menjadikan homestay sebagai fokus kajian mereka dan
rata-ratanya memberikan tumpuan kepada program homestay di Semenanjung Malaysia berbanding

di Sabah dan Sarawak.

a.         Persepsi Pelancong Terhadap Program Homestay

     Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Fazliana Fazin dalam latihan ilmiahnya

bertajuk Penilaian Pengalaman Dan Tahap Puas Hati Pelancong Terhadap Program Homestay :

Kajian Kes : Kg. Desa Murni, Temerloh, Pahang (2005, ) beliau telah mengkaji tentang persepsi

dan tahap puas hati pelancong terhadap program homestay. Kajian beliau adalah untuk

mengenalpasti samaada kualiti perkhidmatan dan layanan sebenar terhadap pelancong bertepatan

dengan penawaran yang dijanjikan kepada pelancong sebelum menyertai program. Penilaian

terhadap output yang diperolehi dari pelancong adalah berdasarkan jenis pengalaman yang diperoleh

dan tingkat kepuasan secara keseluruhan. Dapatan kajian ini, beliau mendapati bahawa secara

keseluruhannya pelancong berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Walau bagaimanapun,

segelintir dari mereka masih kurang berpuas hati dengan aspek prasarana dan aktiviti yang dilakukan

sepanjang program berlangsung

b.         Penglibatan Dan Penerimaan Penduduk Tempatan Terhadap Program Homestay

Kajian yang dilakukan oleh Juraimi Mohd. Latiff pada tahun 2006, beliau melihat penglibatan

dan penerimaan penduduk tempatan dalam konteks usaha sama yang dilakukan dalam

membangunkan pelancongan desa. Kajian beliau yang bertajuk Usaha Sama Pelancongan Desa -

Penilaian Perinsip Faedah Bertanding Mampan (sustainable Competitive Advantages) : Kajian

Kes : Program Homestay Tanjung Piai menjadikan homestay sebagai wadah untuk  menilai tahap

usaha sama pelancongan desa dalam prinsip faedah bertanding mampan. Kajian beliau menjurus

kepada penggunaan model iaitu Model Usaha Sama Strategik Lendrum (2003) yang merupakam

model usaha sama dalam konteks perusahaan dan perindustrian. Melalui kajian ini dapat dikenalpasti

bahawa terdapat empat empat mekanisme utama dalam menjayakan usaha sama dalam prinsip

faedah bertanding mampan iaitu transformasi struktur organisasi tempatan, pengurusan dan

penyelarasan di peringkat sektor awam, garis panduan dan piawaian usaha sama industry, dan

pembangunan rakan usaha sama baru.

c.       Implikasi Pembangunan Program Homestay

           Pembangunan program homestay di kampung Pelegong beberapa tahun dahulu telah

mendatangkan beberapa kesan dalam kalangan masyarakat kampng tesebut.Kesan-kesan tersebut

telah dibincangkan oleh Yahaya Ibrahim dan Fauwaz Abdullah dalam kajian mereka berkaitan

program Pelancongan Homestay dan Komuniti Desa, yang dibincangkan dalam Bab 13, dalam buku
yang bertajuk  “Pelancongan Malaysia : Isu Pembangunan, Budaya, Komuniti dan

persetempatan”. Pengkaji menjadikan Program Homestay Kampung Pelegong, Labu, Negei

Sembilan sebagai kajian kes mereka. Dalam kajian ini pengkaji dapat mengenalpasti impak yang

terhasil daripada pembangunan pelancongan homestay di Kampung Pelegong. Antara implikasinya

ialah, pertama, perubahan terhadap sosioekonomi desa. Hal ini dapat dibuktikan pengkaji apabila

bilangan kehadiran pelancong sangat menggalakkan, khusunya pelancong domestic dan  ini

menggambarkan program ini tidak terlalu bergantung kepada pelancong luar negara dalam menarik

kehadiran pelancong. Seterusnya, implikasi yang kedua ialah peningkatan pendapat kepada

pengusaha homestay kampung ini. Pada suku tahun pertama tahun 2005, ada di kalangan mereka

mendapat pulangan antara RM2,000 hingga RM3,000 mengikut jumlah bilik dan khidmat yang

disediakan. Selain itu, pembangunan homestay di kampung ini meyebabkan pemulihan tanah terbiar

dengan menjadikan tapak tersebut sebagai taman pelancongan tani yang dipenuhi tanaman pisang,

jagung dan belimbing madu. Dalam pada masa yang sama pengkaji juga dapat mengesan

pembangunan instiusi komunti dan infrastruktur desa selari dengan perkembangan homestay di

kampung mereka. Dari segi mentaliti pula, kampung ini mendapat manfaat daripada globalisasi iaitu

berlakunya perubahan minda masyarakat kesan daripada kehadiran pelancong antarabangsa dan

domestik. Secara keseluruhannya, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa pembangunan program

homestay telah meningkatkan kualiti hidup masyarakat tempatan yang terlibat samaada secara

langsung atau tidak langsung.

d.  FAKTOR KEJAYAAN PROGRAM HOMESTAY

     Terdapat banyak program homestay di peringkat komuniti yang dibentuk di seluruh Malaysia

tetapi yang mencapai kejayaan hanyalah sedikit. Berdsarkan kajian yang telah dilakukan oleh Kalsom

Kayat, Nor Ashikin Mohd Nor dan Mohd Amin Mad Idris dalam kertas kerja mereka yang

bertajuk “Kemahiran Keusahawanan dan Keperluannya dalam Pembangunan homestay:

Implikasi Terhadap Polisi Pelancongan, beberapa penenemuan berkaitan faktor kejayaan program

homestay telah berjaya dikenalpasti. Kajian mereka adalah di Homestay Kampung Relau iaitu salah

sebuah homestay yang berjaya dalam penganjurannya di Malaysia. Hasil daripada kajian mereka,

terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan program homestay di kampung

ini. Hasil daripada temubual yang mereka lakukan terhadap peserta program, di dapati motivasi yang

tingi di kalangan peserta itu sendiri yang menjadi tulang belakang kejayaan mereka. Antara perkara

yang menjadi motivasi mereka ialah keinginan untuk membangunkan diri dalam aspek ekonomi,

rohani dan sosial, keinginan untuk melihat pembangunan komuniti, keinginan untuk diterima sebagai
sebahagian daripada kumpulan, keinginan untuk diperlukan dan keinginan untuk kepuasan diri.

Selain itu, faktor kemahiran dalam keusahawanan juga dilihat sebagai faktor kejayaan program.

Kemahiran dalam keusahawanan di dapati ada pada pengasas dan pengusaha program ini yang

merupakan pengusaha kepada sebuah agensi perjalanan.

Posted by Norul eyena at 5:20:00 pm 


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: kajian kes, pelancongan homestay

3 comments:
1.

perimas5/01/2014 8:50 pm

Pengusaha homestay boleh menguruskan homestay dengan mudah di Pusat


Sehenti homestay di Malaysia
Reply

Lampiran 1 : Borang Soal-Selidik - Keberkesanan Strategi Pemasaran Dalam Mempengaruhi


Pelancong Untuk Memilih Resort Seri Menanti Sebagai Destinasi Penginapan

INSTRUMENT KAJIAN

KEBERKESANAN STRATEGI PEMASARAN DALAM MEMPENGARUHI


PELANCONG UNTUK MEMILIH RESORT SERI MENANTI SEBAGAI
DESTINASI PENGINAPAN
Bahagian A – Latarbelakang

Bahagian ini mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan latarbelakang anda.


Diharap anda dapat memberikan maklumat dengan menandakan () pada pilihan yang sesuai
atau yang hampir sesuai.

NAMA PENGKAJI: MOHD SHAH HASSAN BIN MOHD HASHIM

A.                MAKLUMAT  AM  RESPONDEN

1. JANTINA : L  /  P

2. UMUR :

18  tahun dan ke bawah


19-25
26- 39
40- 60
60 dan ke atas
3.      BANGSA: 

Melayu
Cina
India
Bumiputera Sabah
Bumiputera Sarawak
3. Orang Asli
Lain-lain
(Nyatakan)

4. PEKERJAAN:
Buruh / Juru teknik
Pelajar
Pesara
Pengurus/ Pengarah
Kerani / Jurujual
Professional
Pegawai Kerajaan
Ahli Perniagaan
Tidak bekerja
Lain-lain
(Nyatakan)

5.      PENDAPATAN:
RM1000 dan ke bawah
RM1000- RM2000
RM1000-RM3000
RM4000 dan ke atas

6.      TEMPAT TINGGAL SEBENAR:


Dalam Negeri

Daerah :----------------
Luar Negeri

Daerah : -----------------

B)    PENGETAHUAN RESPONDEN MENGENAI RESORT SERI MENANTI

1. Kunjungan anda ke Resort Seri Menanti merupakan?


Pertama kali
Kedua
Lebih daripada tiga kali

2. Adakah anda menginap di Seri Menanti Resort?


Ya
Tidak
Jika TIDAK, pilih sebab:
Menghadiri kenduri / Hari Keluarga
Makan tengah hari / makan malam / minum petang
Lawatan sekitar Seri Menanti
Kursus / Seminar / Mesyuarat
Lain-lain: Nyatakan

3. Anda mengenali Resort Seri Menanti melalui?


Internet
Pamplet / Brochure / Risalah
Rakan / saudara mara
Peta / Google Map
Surat khabar / majalah/ Buku panduan pelancongan
Tourism Malaysia
Syarikat Penerbangan
Agen pelancongan

4. Dari skala 0 hingga 10, pilih skala yang layak untuk menilai tahap keseluruhan Resort
Seri Menanti:

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

5. Pada pendapat anda, pakej yang disediakan oleh Resort Seri Menanti ialah:
Mahal
Berpatutan
Murah

6. Sebab anda memilih Resort Seri Menanti ialah:


Cadangan rakan
Berehat
Kemudahan dan perkhidmatan
Tempat yang menarik
Lain-lain: Nyatakan

C. PERSEPSI TERHADAP PEMASARAN CAMPURAN RESORT SERI MENANTI


1. STS=Sangat Setuju
2. TS=Setuju
3. KS=Kurang Setuju
4. S=Tidak Setuju
5. SS=Sangat Tidak Setuju

BIL ITEM SS S KS TS STS

1 Maklumat Resort Seri Menanti boleh


didapati dalam internet
2 Tourism Malaysia mempromosi Resort
Seri Menanti
3 Risalah / pamplet mengenai Resort Seri
Menanti terdapat di setiap Pejabat
Pelancongan
4 Harga penginapan resort adalah antara
yang terendah
5 Tawaran pakej yang disediakan menarik

6 Resort terletak dalam kawasan tarikan


pelancong
7 Selain menginap,resort menawarkan
pelbagai pakej aktiviti
8 Maklumat mengenai resort mudah
didapati
9 Pelbagai aktiviti boleh diadakan di resort
dan kawasan sekitar resort
10 Resort menawarkan pelbagai pakej
majlis.
11 Antara faktor tarikan ialah harga yang
rendah.
12 Kebanyakan PejabatPelancongan
mempunyai risalah / pamphlet resort
selatan

SEREMBAN 13 Feb. – Negeri Sembilan


sememangnya kaya dengan produk
pelancongan, bukan sekadar kehebatan pantai Pengunjung PD Ostrich yang terletak di Jalan Kemang 13,
Port Dickson, tetapi juga mencakupi kawasan Jalan Pantai, Port Dickson terhibur dengan aksi perlumbaan
burung unta.
gunung, tanah rata, rimba, sungai dan
kampung.
Hakikat itu juga telah membuatkan negeri
pengamal Adat Perpatih ini bagaikan ‘diam-diam ubi berisi’ sehingga Kerajaan Persekutuan
meletakkan Seremban dan Port Dickson sebagai sebahagian daripada Lembah Klang Besar
(Big Klang Valley) demi memacu kemajuan dalam semua aspek pembangunannya.
Paling ketara ialah melonjak kemasukan pelancong ke negeri ini dan sebab itulah kerajaan
negeri telah melaksanakan Dasar Think Tourism dan mengatur secara tersusun program
untuk menarik kemasukan pelancong asing dan domestik ke negeri ini.
Lonjakan itu, kini telah menyaksikan Negeri Sembilan menjadi destinasi popular setiap kali
hujung tahun dan musim cuti persekolahan apabila masyarakat dari Pantai Timur memilih
Port Dickson sebagai lokasi percutian mereka.
Berdasarkan statistik terkini yang dikeluarkan oleh Majlis Tindakan Pelancongan Negeri
Sembilan (MTPNS) serta laporan bersama Jabatan Perangkaan dan Bahagian Penyelidikan
Tourism Malaysia, jumlah pelancong yang menginap di 31 buah hotel, resort, apartmen dan
rumah rehat di Negeri Sembilan adalah 998,734 orang.
Jumlah ini menunjukkan 652,462 merupakan pelancong domestik dan 346,272 lagi
pelancong asing.
MTPNS juga mendapati data yang dikumpulkan itu turut menunjukkan program inap desa
telah menerima sejumlah 10,533 pelancong bagi tempoh Januari hingga November tahun
lalu, di mana 8,334 merupakan pelancong domestik dan 2,199 pelancong asing.
Perkembangan memberangsangkan sektor pelancongan di negeri ini juga membuktikan
bahawa melalui data yang dikumpul itu menunjukkan seramai 23,963,086 orang telah
berkunjung di 40 destinasi pelancongan di Negeri Sembilan di mana seramai 23,117,414
merupakan pengunjung domestik dan 845,672 adalah pengunjung asing.
Sebab itulah dengan usaha gigih kerajaan untuk merancakkan sektor ini, beberapa pelan telah
pun dibuat dan antaranya ‘menghidupkan’ perkhidmatan kereta api pelancongan dari
Seremban ke Port Dickson, memperkenalkan Zon Pelancongan Kesihatan di Port Dickson,
meningkatkan kemudahan pengangkutan awam, mempromosi Gunung Angsi dan Gunung
Datuk serta banyak lagi.
Amat nyata sekali, melalui Dasar Think Tourism yang diilhamkan oleh Menteri Besar, Datuk
Seri Mohamad Hasan setahun yang lalu telah berjaya meningkatkan kemasukan pelancong ke
negeri ini, khususnya di Port Dickson, di mana 307,638 pelancong domestik dan 187,952
pelancong asing telah menginap di hotel sekitar pusat peranginan itu.
Oleh yang demikian, Negeri Sembilan telah berjaya mempromosikan produk pelancongannya
sebagaimana yang dirangkum mengikut daerah.
Daerah Seremban - Homestay Pelegong, Hospital Pakar Columbia, Hospital Pakar KPJ
Seremban, Hutan Lipur Galla, Hutan Lipur Lenggeng, Jelita Ostrich Farm, Muzium Negeri,
Sime Agro Tech, Kelab Golf Tuanku Ja‘afar, Kelab Golf Seremban dan Kelab Golf Country
Seremban.
Daerah Port Dickson - Pantai, Hutan Lipur Pasir Panjang, Jeti Jabatan Laut, Muzium dan
Kota Lukut dan Muzium Tentera Darat, sementara daerah Nilai - Nilai 3 Wholesale Centre,
Nilai Square, Kelab Golf Nilai Spring, Country Resort Starfield dan Hospital Kanser Nilai.
Daerah Kuala Pilah - Hutan Lipur Jeram Tengkek, Hutan Lipur Ulu Bendol, Muzium Seri
Menanti, Pusat Kraftangan dan Kelab Golf Diraja Seri Menanti, manakala daerah Jempol -
Golf Resort Era, Hutan Lipur Serting Ulu, Sawari Wilayah Serting dan Teratak Zaaba.
Bagi daerah Rembau - Muzium Rembau, Kolam Air Panas Pedas, Hutan Lipur Gunung
Datuk, manakala daerah Tampin - Hutan Lipur Batu Maloi dan Hutan Lipur Gunung Tampin,
serta daerah Jelebu - Air Terjun Jeram Gading, Hutan Lipur Jeram Toi, Hutan Lipur Lata
Kijang, Kuala Klawang Memorial Park, Masjid Kuala Dulang dan Titi Eko Farm.
Apa yang menarik, kemasukan pelancong bagi menyertai program inap desa juga
menunjukkan peningkatan apabila Felda Best Homestay mencatatkan kehadiran 6,940
pelancong domestik menetap di situ, manakala 87 pelancong asing berbuat demikian pada
tahun lalu.
Jadi jelas, usaha kerajaan negeri menarik kemasukan pelancong sama ada domestik, mahupun
luar negara telah berjaya memacu ekonomi dan pendapatan rakyat di negeri ini, malahan
dengan slogan ‘keunikan budaya, destinasi popular’, Negeri Sembilan akan terus menjadi
lokasi percutian terpilih di Pantai Barat, Semenanjung Malaysi
ARKIB : 03/05/2013

Kuala Pilah tarikan pelancong


Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my

IB : 14/02/2008

Pelancongan lonjak N. Sembilan


Oleh Ainol Amriz IsmailARK

Mohammad Razi Kail menunjukkan Direktori Pelancongan Negeri Sembilan yang memberi panduan kepada para pelancong
untuk mengunjungi Kuala Pilah, semalam.

KUALA PILAH 2 Mei - Sebanyak 62,373 orang termasuk 3,121 pelancong antarabangsa
telah mengunjungi daerah Kuala Pilah sepanjang tahun lalu.
Berdasarkan statistik Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, jumlah tersebut meningkat
dengan ketara berbanding 31,456 orang pada 2011 dan 29,456 pada 2010.
Sebelum ini, pelancong hanya mempunyai dua pilihan tempat penginapan sama ada Rumah
Rehat Kuala Pilah atau Seri Menanti Resort tetapi kini mereka juga boleh menginap di hotel
Desa Inn, Melang Inn atau inap desa Laman Bangkinang.
Sementara itu, statistik Jabatan Kerja Raya menunjukkan lebih 23,000 kenderaan
menggunakan Jalan Seremban-Kuala Pilah setiap hari kerana Hutan Lipur Ulu Bendul yang
popular terletak di tengah-tengah laluan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan
dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, semua statistik itu
memberi petunjuk bahawa Kuala Pilah telah meningkat naik sebagai destinasi pelancongan
popular di negeri ini.
Beliau yang juga calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh berkata,
Kuala Pilah adalah destinasi pelancongan sejarah dan kebudayaan dengan Bandar Diraja Seri
Menanti menjadi ikon utama yang menjadi tarikan.
"Terdapat empat komponen penting di bandar tersebut iaitu bangunan istana lama yang
berusia lebih 100 tahun yang telah dimartabatkan sebagai warisan kebangsaan dan kini
dikenali sebagai Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti.
"Sementara itu, Istana Besar Seri Menanti yang terletak bersebelah dengannya juga adalah
satu tarikan tersendiri kepada pelancong," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Mohammad Razi, dua komponen lain yang menyokong industri pelancongan di situ
ialah Seri Menanti Resort yang dinaik taraf dengan peruntukan kira-kira RM7 juta daripada
Kementerian Pelancongan dan padang golf 18 lubang, Kelab Golf Diraja Seri Menanti.
Tambahnya, setiap tahun Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah menjadi tapak
program Pesta Persukuan Adat Perpatih yang sudah memasuki siri ke-12 tahun lalu.
"Disebabkan hanya negeri ini yang mengamalkan adat perpatih, pesta ini menjadi satu tarikan
unik dan tersendiri kepada pengunjung termasuk dari luar negara seperti Singapura," ujarnya.
Mohammad Razi menarik perhatian, kejayaan program inap desa mendorong ramai
pengusaha menjalankan perniagaan itu.
Kata beliau, inap desa di negeri ini dianggap unik kerana memperkenalkan budaya dan cara
hidup adat perpatih yang hanya diamalkan di negeri ini.
Jelasnya, inap desa memberi pendapatan secara terus kepada pengusahanya sekali gus
menawarkan peluang ekonomi kepada penduduk desa.
"Sektor pelancongan di Kuala Pilah khususnya dan negeri ini amnya memerlukan sokongan
daripada semua pihak termasuk parti pembangkang dan penyokongnya untuk diangkat ke
tahap yang lebih tinggi.
"Janganlah kita mengutuk produk sendiri kerana kesan negatifnya akan dirasai oleh semua
orang yang terlibat dalam bidang pelancongan," tegas beliau.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130503/ws_03/Kuala-Pilah-tarikan-
pelancong#ixzz4Z2pSyapw 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

See all ›

11 ReferencesShare

Download full-text PDF


Konsep Pemasaran Tempat dan Kepentingannya dalam Sektor Pelancongan: Kajian Kes di Bandar
Diraja Kuala Kangsar, Perak Place Marketing Concept and it's Significance in the Tourism Sector: A
Case Study in Royal City of Kuala Kangsar, Perak

Article (PDF Available) · January 2014 with 687 Reads

1st Fauziah Che Leh

1.79 · Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

2nd Nek Kamal

+ 12

3rd Yeop Yunus

Last Dan Kewangan

Show more authors

Discover the world's research

12+ million members

100+ million publications

100k+ research projects

Join for free

Full-text (PDF)

Available from: Fauziah Che Leh, May 11, 2016

Download full-text PDF

Jurnal Perspektif Jil. 5 Bil. 3 (68-79)ISSN 1985 - 496X68Konsep Pemasaran Tempat


danKepentingannya dalam Sektor Pelancongan: Kajian Kes di Bandar Diraja Kuala Kangsar,
PerakPlace Marketing Concept and it’s Signicance in the Tourism Sector: A Case Study in Royal City
of Kuala Kangsar, Perak1Fauziah Che Leh, 2Nek Kamal Yeop Yunus,3Baharudin Omar, 2Ahmad Zainal
Abidin Abd Razak 1Jabatan Geogra dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan,Universiti
Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak2Jabatan Pengurusan dan Kepimpinan, Fakulti
Pengurusan dan Ekonomi,Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak3Jabatan
Perakaunan dan Kewangan, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi,Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perake-mel: fauziah@fsk.upsi.edu.myAbstrakArtikel ini bertujuan mengupas
kepentingan pemasaran tempat sebagai suatu strategi meningkatkan persaingan dalam sektor
pelancongan berasaskan warisan dan konsep Diraja di bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak.
Strategi pemasaran tempat dan peranan pengguna wajar diintegrasikan dalam pelan
pembangunan pelancongan agar kelebihan tempat lebih menonjol seterusnya mampu menarik
pelancong berkunjung dan membuat kunjungan semula ke sesuatu lokasi pelancongan.
Pengintegrasian peranan pemasaran tempat dan kepenggunaan tempat dijangka dapat
merangsang pembangunan sektor pelancongan yang lebih e sen dan efektif. Untuk mendapat
kelebihan dalam persaingan dan merangsang pembangunan sektor pelancongan, rujukan kepada
perubahan trend dan citarasa pengguna serta penerapan elemen keusahawanan yang
bersesuaian dengan situasi tempat adalah pertimbangan terpenting yang perlu dilaksanakan.
Konsep keusahawanan yang perlu ditekankan dalam merancang pembangunan tempat
pelancongan perlu tertumpu ke arah bercirikan daya saing, inovatif dan berisiko yang menjadi
intipati dalam strategi pemasaran tempat. Kata kunci pemasaran tempat, bandar Diraja,
keusahawananAbstractThis article aims to explore the bene t of place marketing as a strategy to
increase competition in the tourism sectors and the concept based on heritage and royal
tourism concept in Kuala Kangsar, Perak. Place marketing strategy and the role of consumers
should be integrated in the development of tourism sector to attract tourist

69Jurnal Perspektif Jil. 5 Bil. 3 (68-79)ISSN 1985 - 496Xto visit and revisit the tourism sites. The
integration of the roles of place marketing and place consumerism can stimulate development of
tourism sector efciently and effectively. To get a competitive edge and stimulate growth in
the tourism sector, a benchmark to the changes in trends and preferences of the consumers
and the application entrepreneurship elements corresponding to the situation of the place is
the most important consideration that needs to be implemented. The concept of
entrepreneurship should be emphasised during development of tourism plan and should be
geared towards competitive features, innovative and risky which is the essence of marketing
strategies.Keywords places marketing, Royal town, entrepreneurshipPengenalanPemasaran tempat
merupakan paradigma baharu dalam melihat perspektif tempat sebagai entiti dan mempunyai
fungsi yang kompleks dengan pelbagai pola kepenggunaan (Fatimah, 2009). Ini kerana proses
globalisasi menghapuskan sempadan dan mengecilkan perubahan antara ruang melalui kecanggihan
teknologi seterusnya menyebabkan berlakunya kesetaraan pembangunan antara kawasan.
Kesetaraan ini menyebabkan aktiviti pemasaran tempat hampir sama kerana mempunyai
keseragaman ruang dan corak pembangunan sedangkan terdapat perbezaan identiti dan keunikan
tempat di antara satu tempat dengan tempat yang lain. Persoalannya sejauh mana kejayaan yang
dicapai oleh kawasan maju melalui pendekatan pemasaran ini berupaya menghasilkan kesan yang
sama di kawasan mundur. Dalam era globalisasi, mentransformasikan corak pembangunan
merupakan intipati persaingan antara tempat. Dalam konteks pelancongan pula, penonjolan tempat
yang unik dan berbeza adalah indikator untuk mendapatkan kelebihan dalam persaingan. Contohnya
ialah senibina bangunan warisan di Thailand atau keunikan budaya Bali di Indonesia. Tempat
pelancongan yang memuatkan pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan pengalaman yang tidak
dapat dilupakan oleh pelancong lebih diminati dan diingati berbanding sebaran maklumat dari segi
kualiti dan kuantiti kepenggunaan adalah elemen penting dalam pembentukan imej sesuatu tempat
sebagai produk untuk pasaran. Kombinasi strategi pemasaran tempat dan peranan pengguna
menggalakkan pembangunan pelancongan untuk kesejahteraan tempat dan warga tempat.
Gabungan ini berupaya membentuk kesepaduan dan bukannya persaingan ke arah mencapai
keseimbangan pembangunan antara tempat. Pemasaran dan Pemasaran TempatPada asasnya,
konsep pemasaran mengaplikasikan prinsip asas pemasaran kepada reruang melalui terjemahan ciri-
ciri tempat sebagai produk berbentuk perkhidmatan yang boleh dipasarkan kepada pelanggan
(Fatimah, 2009). Ini kerana setiap tempat mempunyai keunikan tersendiri dan ciri-ciri keunikan
seperti budaya, warisan dan sejarah, aset zikal dan alam semulajadi boleh dijadikan produk
untuk dipasarkan. Konsep pemasaran tempat bertujuan meningkatkan pembangunan pelancongan

Jurnal Perspektif Jil. 5 Bil. 3 (68-79)ISSN 1985 - 496X70bergantung kepada konsep kepenggunaan
iaitu untuk meningkatkan keyakinan pengguna dalam proses memperkenalkan sesuatu tempat.
Pada masa kini, aktiviti pemasaran menghadapi cabaran persaingan yang sengit dan keupayaan
memperkenalkan produk yang lebih kompetitif sangat penting sebagai strategi pemasaran. Melalui
penggunaan teknologi dan kepakaran yang tinggi, pengeluar boleh menghasilkan produk yang
berkualiti, namun untuk memiliki kelebihan kompetitif dalam kalangan pesaing, ianya memerlukan
pelbagai insentif tambahan oleh pemasar. Asasnya, isu terpenting mengenai produk ialah ianya perlu
menetapi keperluan, kemahuan dan harapan pengguna. Faktor kualiti seperti kepelbagaian pilihan,
kesesuaian reka bentuk, kaedah pembungkusan, faedah penggunaan, serta pelbagai sumbangan
daripada produk patut diambil kira untuk menarik perhatian pelanggan (Kotler, 1986).Dalam aktiviti
memasarkan produk, pemasar membuat keputusan dan menggunakan pelbagai kaedah untuk
mendapatkan maklumbalas positif daripada pelanggan sasaran. McCarthy (1984), telah
mengklasikasikan kebanyakan kaedah tersebut kepada empat kumpulan utama iaitu Product,
Price, Place & Promotion (Barangan, Harga, Tempat dan Promosi) yang merupakan campuran
pemasaran yang biasa digunakan oleh pemasar. Ia juga biasa disebut sebagai strategi pemasaran 4P.
Dalam membincangkan aspek ini, ditunjukkan satu jadual pemboleh ubah bagi menjelaskan tentang
bahagian-bahagian yang terdapat dalam kaedah yang diketengahkan oleh McCarthy, (1984). Jadual 1
menjelaskan konsep satu persatu berkaitan produk, harga tempat dan promosi yang mempunyai
peranan yang amat penting dalam pemasaran sesuatu produk atau perkhidmatan. Untuk mencapai
objektif pemasaran melalui strategi 4P, pemasar perlu memanipulasi dengan cara yang paling efektif
antara pemboleh ubah yang terdapat dalam campuran pemasaran tersebut supaya menghasilkan
tindak balas yang optimum dalam kalangan pelanggan sasaran.Jadual 1 Konsep campuran
pemasaranBarangan Harga Tempat Promosi- Kepelbagaian- Kualiti- Rekabentuk- Ciri-ciri- Jenama-
Pembungkusan- Saiz- Perkhidmatan/sokongan - Pulangan/keuntungan- Jaminan- Senarai harga-
Potongan- Elaun- Tempoh bayaran- Terma kredit- Rangkaian- Liputan- Kepelbagaian- Lokasi-
Inventori- Logistik- Tahap perkhidmatan- Promosi jualan- Pengiklanan- Jualan perseorangan-
Perhubungan awam- Pesanan- Media- BelanjawanSumber: McCarthy, 1984

71Jurnal Perspektif Jil. 5 Bil. 3 (68-79)ISSN 1985 - 496XPemasaran Kawasan, Pelan Strategik dan Daya
Saing Kawasan Pelancongan: Satu SintesisBahagian ini menerangkan secara jelas tentang contoh
kaedah pemasaran pusat pelancongan yang telah diaplikasikan. Satu kajian pemasaran kawasan dan
proses pelan strategik dilakukan di kepulauan Malta sebagai sebuah destinasi pelancongan yang
berdaya saing. Fokus utama kajian ini menggabungkan pemasaran dan prestasi pelan strategik dan
membentangkan proses peralihan semula imej Malta dalam pasaran pelancongan antarabangsa.
Hasil kajian menunjukkan bahawa pemasaran kawasan adalah satu proses strategik dengan fasa
pembangunan tertentu yang membawa kepada pembentukan sebuah destinasi yang berdaya saing
dan menarik. Hasil kajian menyokong bahawa pelan strategik dan pemasaran kawasan tidak boleh
beroperasi dengan sendiri, tetapi ia perlu dibentuk dengan kerjasama antara penguasa tempatan
dan pembuat keputusan. Hasil kajian di Malta menerangkan tentang (1) pemasaran kawasan sebagai
satu bentuk proses pelan strategik, (2) hubungan antara pemasaran kawasan dengan daya saing
sesebuah kawasan dan (3) hasil kajian kes yang telah dijalankan di Malta. Pada permulaan artikel
penerangan tentang pemasaran kawasan sebagai satu bentuk proses pelan strategik iaitu formula
matlamat dan objektif jangka panjang sesebuah organisasi dibentangkan. Proses pelan strategik
sangat penting terutama di kawasan pembangunan tempatan dan ekonomi komuniti. Pemasaran
kawasan dilihat sebagai faktor asas untuk polisi pelan strategik ke arah pembangunan ekonomi
bandar. Objektif pemasaran sesebuah kawasan bermatlamat supaya berlaku pembangunan ekonomi
tempatan dan mewujudkan kawasan yang berdaya saing seterusnya menyumbang kepada konsep
‘produk’ atau ‘komoditi’ atau ‘barangan’ yang menjadi identiti kepada sesebuah tempat
pelancongan. Kepentingan dalam aktiviti memasarkan sesebuah kawasan dapat dilihat apabila
membincangkan tentang pusat perlancongan, produk perlancongan atau produk destinasi. Promosi
untuk memasarkan sesebuah kawasan mengandungi sesuatu yang lebih rumit dan pelbagai dimensi.
Promosi tanpa kaedah pemasaran strategik yang terdahulu merupakan kesilapan biasa yang sering
berlaku disebabkan pengaplikasian prinsip pemasaran yang tidak sesuai dan keperluan untuk
mengelak kerumitan politik dan budaya dalam mempertimbangkan semula tindakan strategik dan
pengurusannya. Sebagai salah satu proses pelan strategik, pemasaran kawasan dirancang secara
keseluruhan di bawah satu sudut pengurusan strategik.Seterusnya, hasil kajian di Malta juga
membincangkan tentang hubungan antara pemasaran kawasan dengan daya saing kawasan.
Pemasaran dilihat menjadi faktor yang menyumbang kepada pembentukan daya saing yang tinggi di
kawasan bandar. Namun begitu, kekurangan kaedah pengukuran kuantitatif untuk mengukur sejauh
mana keberkesanan faktor ini menyebabkannya sukar dibuktikan. Berdasarkan kepada kajian yang
telah dijalankan di Malta, antara polisi pembangunan yang paling kurang mempengaruhi dan kurang
penting ialah promosi dan pengiklanan. Pandangan ini hanya relevan pada tahap tertentu dengan
mengambil kira analisis terhadap persekitaran dalaman dan luaran kawasan, de nisi spesi k
sasaran pasaran dan penggunaan metodologi tertentu untuk mengukur keberkesanan polisi
promosi yang digunakan. Kapasiti untuk membentuk polisi promosi yang berkesan bukanlah satu
pembolehubah

Jurnal Perspektif Jil. 5 Bil. 3 (68-79)ISSN 1985 - 496X72rambang tetapi dipengaruhi oleh beberapa
faktor antaranya ia sering dikaitkan dengan struktur pentadbiran tempatan atau kapasiti badan
perundangan. Pengaruh kumpulan penggubal dasar dapat dilihat apabila mereka memainkan
peranan dalam merancang dan melaksanakan polisi promosi, memberi keutamaan terhadap sikap
yang perlu ada terhadap keadaan strategik dan penawaran selain perkhidmatan rundingan. Daya
saing sesebuah kawasan pembangunan bergantung secara terus kepada kemampuan merancang
dan mengaplikasikan polisi daya saing dan semangat keusahawanan. Daya saing sesebuah kawasan
pelancongan terdiri daripada hala tuju yang mengambil kira semua daya yang terbentuk di
persekitaran kawasan pembangunan pelancongan. Bahagian terakhir membincangkan tentang
kajian kes di Malta, sebuah negeri yang juga sebuah pulau terkenal di peringkat antarabangsa
sebagai sebuah destinasi pelancongan terkemuka. Malta merupakan satu contoh pelaksanaan polisi
promosi di dalam kerangka perancangan strategik yang berjaya. Malta mempunyai kelebihan dari
segi persaingan dan keistimewaan dalam aktiviti berkaitan pelancongan terutamanya aktiviti
berasaskan pelancongan pinggir pantai. Pembangunan ekonomi di pulau-pulau kecil dipengaruhi
secara positif oleh perkembangan dalam industri perlancongan. Walaupun Malta sudah dikenali di
peringkat antarabangsa sebagai sebuah destinasi perlancongan, promosi terhadap polisi imejnya
kelihatan kurang ditekankan. Pelaksanaan polisi pemasaran menunjukkan tempat tersebut perlu
untuk memelihara proses pembangunan yang mapan dan menyumbang kepada pembangunan
ekonomi tempatan dan wilayah. Satu proses penstrukturan semula dijalankan di Malta setelah
beberapa masalah dihadapi. Proses ini dijalankan di Malta Tourism Authority (MTA) untuk
meningkatkan nilai industri pelancongan di Malta. Malta juga dilihat sudah tidak dapat bersaing
dalam industri perlancongan dengan adanya destinasi baharu yang menawarkan produk dalam skala
yang lebih besar. Untuk mentransformasikan produk pelancongan daripada pakej ‘sun and sand’
yang biasa ditawarkan oleh pusat-pusat pelancongan pulau kepada pelancongan berasaskan warisan
memerlukan teknik yang berbeza dalam mempromosikan imej tersebut untuk menarik pelanggan.
Dalam konteks ini, strategi pemasaran yang betul dengan jenis produk yang ditawarkan memainkan
peranan penting. Kaedah mempromosi, pengiklanan dan penggunaan media yang sesuai sangat
penting selain mencari pasaran baharu yang lebih kecil, menguntungkan dan membangunkan
pengurusan yang lebih berkesan. Dalam pembaharuan semula Malta, beberapa strategi telah
dijalankan antaranya ialah meningkatkan penglibatan pihak swasta dalam pengurusan pusat tarikan
dan tapak warisan dinaik taraf untuk meningkatkan imej, aksessibiliti, konservasi dan promosi selain
penjenamaan semula dan perubahan kaedah pemasaran ke luar negara. Pendek kata perubahan
pendekatan dilakukan daripada pendekatan pasaran berdasarkan geogra  kepada pendekatan
berasaskan segmen. Pelan pemasaran telah dijalankan untuk meningkatkan darjah pasaran di
peringkat antarabangsa dan meletakkan imej kepada penjenamaan semula pasaran berdasarkan
kepada sumber asal Malta. Pelan pemasaran pelancongan ini berasaskan empat paksi utama iaitu:1.
Analisis kajian pasaran dan pengumpulan data primer2. Pemasaran dan promosi3. Pelan strategik4.
Penjenamaan

73Jurnal Perspektif Jil. 5 Bil. 3 (68-79)ISSN 1985 - 496XSementara itu, perubahan dari segi pemasaran
dan promosi turut dilakukan dengan merombak bentuk pembangunan, meningkatkan penyebaran
dan promosi serta menekankan ciri keunikan Malta kepada sasaran pasaran di peringkat global. MTA
juga telah menempatkan rangkaiannya ke luar negara untuk memastikan industri pelancongan Malta
aktif di seluruh dunia. Hakikatnya, pengiklanan merupakan kaedah promosi yang mahal namun
sangat berkesan selain penggunaan slogan dan kempen sebagai satu proses mempromosikan
sesebuah tempat. Pelan perhubungan awam yang dijalankan oleh MTA juga memainkan peranan
dalam promosi dengan cara membawa masuk wartawan dan krew siaran dari luar untuk membuat
liputan tentang destinasi menarik di Malta. Penyertaan dalam karnival, pameran, bengkel dan majlis-
majlis di peringkat antarabangsa membuka peluang yang besar untuk mempamerkan destinasi dan
perkhidmatan yang disediakan selain menyumbangkan secara langsung kepada pembangunan
ekonomi tempatan. Penjenamaan Malta sebagai sebuah pusat pelancongan terkemuka melibatkan
konsep-konsep yang perlu digunakan. Konsep tersebut ialah membezakan imej Malta daripada
pesaing lain dalam pasaran, kerjasama yang berkualiti dan dengan cara tertentu dalam
menyampaikan kepada pengguna dan kebolehan untuk memberi kelebihan bersaing untuk jangka
masa panjang. Selain itu, penawaran pakej berganda iaitu ‘sun-sea’ dan ‘culture-heritage’ sebagai
paksi utama pembangunan pelancongan turut ditekankan.Polisi pelancongan Malta turut distruktur
semula untuk tahun 2007-2011. Malta National Tourism Plan (MNTP) memfokuskan kepada
pembangunan dan pengukuhan industri perlancongan dan budaya. Pelan strategik ini juga
merangkumi menaik taraf perkhidmatan perlancongan, kerjasama secara berterusan dan efektif
bersama operator pelancongan dan pengurusan secara efektif zon pelancongan yang lebih tersusun
perlu diwujudkan berdasarkan kepada keperluan, trend dan jangkaan terhadap sasaran pasaran
yang berpotensi. Pengenalan imej Malta ke pasaran luar negara dan berhadapan dengan pesaing
utama perlu diberi perhatian serius. Data statistik secara berterusan hasil kajian terhadap pasaran
perlancongan antarabangsa perlu sentiasa diperoleh supaya segmentasi terhadap sasaran pasaran
berpotensi dan formulasi strategi pembangunan dapat dilakukan secara efektif. Malta juga bergerak
ke arah mewujudkan satu bentuk pelancongan alternatif seperti pelancongan sukan golf dan
menyelam skuba. Polisi masa depan juga memfokuskan untuk mengurangkan corak bermusim dalam
aktiviti pelancongan dan menghasilkan polisi harga yang lebih kompetatif dan dalam kemampuan
pelanggan. Selain itu terdapat juga strategi ‘pengurusan permintaan’ dalam konteks pemasaran
terus yang berpotensi sebagai alat pendekatan yang penting bagi membangunkan destinasi
pelancongan yang lestari. Secara tradisionalnya, setiap kawasan destinasi pelancongan merancang
kekuatan tempat berdasarkan kepada strategi mengurus sama ada berasaskan produk atau secara
berpusatkan sumber (resource-centered way). Usaha meningkatkan pemasaran semakin mendapat
permintaan pada masa kini, tetapi terdapat had dalam menyesuaikan strategi ini dengan pasaran,
yang menggesa ke arah penggabungan bekalan dan pendekatan yang diterajui oleh pemasaran
destinasi. Dalam konteks ini, ‘pengurusan permintaan’ boleh menyumbang kepada pembangunan
pelancongan yang lebih mapan. Ini ditunjukkan dengan menggunakan contoh pasaran pelancong
luar bandar di utara Portugal, yang dibahagikan berdasarkan kelebihan

Jurnal Perspektif Jil. 5 Bil. 3 (68-79)ISSN 1985 - 496X74pencarian. Segmen dinilai mengikut satu set
kriteria dari segi daya tarikan dan destinasi-sesuai (destination- t). Pemilihan sasaran pasaran yang
berhati-hati, pembezaan dalam ruang dan masa akhirnya boleh membantu destinasi tersebut
mencapai matlamat pembangunan utama, di mana ia seharusnya bergantung secara berterusan
terhadap kepentingan semua pemegang amanah tempatan dan memberi pertimbangan dalam
kepentingan pemeliharaan.Kajian yang dijalankan di utara Portugal berkaitan dengan pengurusan
permintaan memperlihatkan; 1. Pemasaran destinasi dalam konteks pembangunan pelancongan
lestari 2. Status pelancongan luar bandar di utara Portugal 3. Kajian pasaran pelancongan di luar
bandar Portugal 4. Strategi menguruskan permintaan dalam pasaran pelancongan luar bandar
PortugalKajian tentang pasaran pelancongan di luar bandar sebagai salah satu cara bagi
membuktikan teorinya yang berkaitan dengan pengurusan permintaan yang boleh dijadikan sebagai
salah satu alat dalam membangunkan sebuah destinasi pelancongan yang lestari. Penulis mengupas
tentang pemasaran destinasi dalam konteks pembangunan pelancongan lestari. Beberapa
denisi telah dinyatakan oleh penulis seperti pelancongan yang mapan boleh ditakrifkan sebagai
“pelancongan yang berdaya maju dari segi ekonomi tetapi tidak memusnahkan sumber-sumber
pelancongan masa depan terutamanya yang akan bergantung pada persekitaran zikal dan fabrik
sosial masyarakat tempatan. Perbahasan tentang pelancongan lestari telah mendapat perhatian
ramai. Hal ini disebabkan oleh potensi kemungkinan impak negatif pelancongan yang dibincangkan
secara meluas dan fakta bahawa daya tarikan sesebuah destinasi sangat bergantung pada sumber
utama yang dipelihara dengan baik. Selain itu, dari segi permintaan, evolusi terhadap “pelancong
baharu” turut dibangkitkan. Menurut Krippendorf (1986), “pelancong baharu” akan menjadi lebih
bijak, berkiran terbuka, bertolak ansur, berkomunikasi, sederhana, menyesuaikan diri dan
bersedia untuk membayar harga yang diterima secara sosial untuk produk pelancongan yang lestari.
Secara tidak langsung, terdapat tekanan dari segi pasaran terhadap pelancongan yang lestari.
Terdapat kebimbangan untuk memenuhi kepuasan pelanggan masa kini telah pun dipenuhi oleh
perspektif pemasaran masyarakat yang lebih luas di mana ia menuntut satu pendekatan yang
“mengekalkan” atau meningkatkan kesejahteraan pengguna dan masyarakat (Kotler, 1986).
Pendekatan ini mencerminkan sistem baharu dalam masyarakat dan peningkatan permintaan bagi
menangani permintaan pelancongan merupakan satu tanggungjawab sosial. Teknik pemasaran yang
bersifat tradisional perlu diubahsuai kepada perspektif baharu kerana ia boleh membantu ke arah
mencapai matlamat kelestarian pelancongan. Seseorang mungkin mempertimbangkan pemasaran
destinasi sebagai satu bentuk khusus “Pemasaran Tempat” (Kotler, 1986). Spesi kasi pemasaran
tempat memberi denisi sebagai sebuah proses di mana aktiviti tempatan berkait rapat dengan
permintaan pelanggan sasaran (Kotler, 1986). Tujuannya adalah untuk memaksimumkan kecekapan
sosial dan fungsi ekonomi kawasan berkenaan. Di samping itu, pemasaran destinasi

75Jurnal Perspektif Jil. 5 Bil. 3 (68-79)ISSN 1985 - 496Xjuga turut diulas sebagai satu unit geogra 
yang mempunyai imej tertentu dan boleh dijalankan di beberapa tahap (bandar, rantau, negeri,
negara). Dalam konteks ini, garis panduan bagi perancangan, pembangunan dan pemasaran
pelancongan di peringkat setempat mahupun serantau boleh dilaksanakan berikutan pendekatan
pemasaran yang bersepadu.Kupasan lebih lanjut berkaitan dengan proses menguruskan permintaan
dalam pasaran pelancongan luar bandar di Portugal telah dibuat. Kaedah menentukan keputusan
dalam perspektif “menguruskan permintaan” untuk pembangunan pelancongan lestari perlu
diketengahkan. Umumnya, pemasaran dicadangkan dengan cara memilih sasaran pasaran yang
paling menarik yang dapat disediakan dan mudah untuk dilaksanakan. Dalam konteks ini, penilaian
setiap segmen pasaran diperlukan. Secara umumnya, segmentasi yang berkesan ialah segmen yang
boleh diukur, diakses, cukup besar, boleh dakwa, stabil dan responsif (Steenkamp & Hofstede, 2002).
Oleh sebab segmentasi yang bermanfaat adalah berdasarkan motivasi berkaitan produk,
actionability dan responsif segment tersebut boleh diandaikan. Pengukuran dan akses telah dikenal
pasti dengan mengisi prol setiap segmen, walaupun darjah akses yang berbeza boleh dilihat dalam
segmen yang berbeza (akses lebih mudah dalam pasaran berhampiran rumah) (near-home market).
Beberapa andaian telah dikemukakan bagi membangunkan senarai kriteria kemapanan yang
dicadangkan dalam membangunkan pelancongan yang lestari. Andaian pertama yang dinyatakan
ialah daya tarikan setiap segmen dan destinasi sesuai boleh dinilai. Kriteria ini sebahagiannya
mencerminkan kriteria umum yang telah disebutkan sebelum ini yang dicadangkan untuk penilaian
penyelesaian segmentasi, yang berkait rapat dengan dimensi ekonomi, sosial, kebudayaan dan alam
sekitar. Andaian kedua ialah kemapanan ekonomi sesuatu destinasi perlu bergantung pada
kekukuhan dan keuntungan pasaran, seperti yang ditunjukkan oleh skala pasaran dan tahap purata
perbelanjaan. Satu lagi faktor kepentingan ekonomi ialah jumlah pendapatan berdasarkan tukaran
asing kerana ia akan mencerminkan penyebaran pendapatan daripada yang lebih kaya (biasanya)
kepada sebuah negara miskin, iaitu sumbangan luar kepada pembangunan ekonomi negara,
memperbaiki imbangan pembayaran, dari segi pandangan ekonomi makro. Selain itu, kesetiaan
destinasi (destination loyalty) perlu dipertimbangkan sebagai salah satu penunjuk kemapanan yang
penting, iaitu bukan sahaja berguna dari segi ekonomi, malah menjamin pendapatan berterusan dan
stabil, tetapi juga yang paling menarik kerana kebolehcapaian pasaran setia, responsif dan dengan
itu actionability. Di samping itu, andaian keempat ialah pasaran berdekatan (market proximity),
ialah pasaran pelancongan yang menumpukan kepada destinasi pelancongan yang berdekatan dari
segi geogra dan seharusnya ia menjadi kekuatan untuk pasaran tempatan. Faktor geogra  ini
juga meningkatkan potensi untuk lawatan ulangan, khususnya untuk cuti rehat secara spontan
dalam tempoh masa yang pendek. Akhir sekali, dalam usaha melaksanakan pelancongan yang
lestari, sedikit pelaburan dalam pelbagai aktiviti adalah perlu dan ini membayangkan peningkatan
berpotensi untuk keuntungan ekonomi dengan tarikan beberapa segmen pasaran tertentu. Ini
secara tidak langsung dapat mencerminkan level “destinasi-sesuai” (destination- t) yang agak tinggi
dalam kalangan pelancong yang berpuas hati dengan apa yang mereka peroleh. Satu kaedah untuk
menganalisis pasaran destinasi pelancong dengan objektif

Jurnal Perspektif Jil. 5 Bil. 3 (68-79)ISSN 1985 - 496X76untuk meningkatkan keupayaan mencapai
pembangunan pelancongan lestari dengan pemilihan yang teliti dan memenuhi keperluan segmen
kumpulan sasaran khusus. Pelbagai cara untuk menilai daya tarikan setiap segmen dan destinasi
yang bersesuaian (destination-t) telah dibentangkan. Ini bergantung kepada set kriteria yang
dianggap sebagai paling relevan untuk pembangunan destinasi dengan turut mempertimbangkan
alam sekitar dan matlamat sosio-budaya yang lestari. Kepentingan Pemasaran Tempat Sebagai
Strategi Meningkatkan Persaingan dalam Sektor Pelancongan Berasaskan Sejarah dan Warisan di
Kuala KangsarPemasaran tempat dapat membantu perancang pembangunan kawasan pelancongan
untuk meningkatkan integriti tempat dengan cara menghasilkan, mengubahsuai serta
menambahbaik atribut tempat agar ia dapat memenuhi kehendak dan kerenah pengunjung secara
efektif dan esyen serta peka dengan keupayaan, daya saing dan sumber tempat. Proses
komodikasi ciri-ciri atau atribut tempat ditransformasikan peranannya sebagai komoditi atau
produk yang boleh dipasarkan untuk dinikmati oleh pengguna tempat sama ada pada peringkat
tempatan, nasional atau global. Atribut tempat perlu diketengahkan secara berlainan dengan
sebelumnya agar ia menjadi tarikan kepada pelabur dan pengunjung tempat seterusnya
menentukan “populariti” sesuatu tempat sebagai destinasi pelancongan tertentu. Persoalannya
berdasarkan kepada trend, tahap dan jenis kepenggunaan sedia ada, sejauh mana atribut tempat
sudah berjaya dimanipulasi untuk tujuan pembangunan pelancongan di tempat tersebut? Apakah
bentuk kepenggunaan dan pemasaran yang telah diterapkan dalam pembangunan pelancongan
sebelum ini? Bagaimana pula usaha meningkatkan integriti tempat perlu diambil agar ianya
mendatangkan hasil maksimum? Persoalan-persoalan perlu dipertimbangkan terlebih dahulu
sebelum menentukan strategi pemasaran tempat yang bersesuaian agar matlamat memasarkan
tempat tercapai tetapi pada masa yang sama integriti tempat berjaya dikekalkan untuk generasi
seterusnya. Intergiti tempat yang boleh dicapai daripada strategi pemasaran tempat yang
diaplikasikan merangkumi atribut seperti kesaksamaan, kelestarian dan keseimbangan antara
keupayaan tempat dengan kehendak dan kerenah pelancong tempatan yang matlamatnya bukan
sahaja seiring, malah berupaya memantapkan lagi Pelan Fizikal Negara dan Dasar Pelancongan
Negara sedia ada. Hal ini juga adalah selaras dengan matlamat kerajaan dalam mencapai NKRA
negara dan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi berasaskan konsep kesejahteraan kepada
penduduk dan tempat yang diterokai sumbernya. Keputusan menentukan strategi pemasaran mana
yang perlu diambil bergantung kepada jenis dan skala kawasan destinasi pelancongan tu sendiri.
Namun begitu, pemahaman dalam struktur pasaran terutamanya dari segi permintaan faedah
hendaklah dijadikan instrumen asas apabila menentukan sesuatu keputusan pemasaran yang
hendak diimplementasikan. Langkah ini bagi memastikan ia membantu destinasi pelancongan dalam
mengaitkannya dengan pasaran yang mereka pilih demi memuaskan kehendak dan kerenah
pelancong. Pengintergrasian strategi pemasaran tempat dan penggunaan tempat bakal
menyerlahkan lagi pengaplikasian model untuk pemasar tempat pelancongan di sesuatu kawasan
bagi

77Jurnal Perspektif Jil. 5 Bil. 3 (68-79)ISSN 1985 - 496Xmenentukan strategi pemasaran yang efektif
dan esyen berdasarkan artibut tempat pelancongan masing-masing. Penduduk luar bandar
menjalani kehidupan tradisional dan membentuk sebuah landskap yang indah dan latar belakang
kehidupan tradisional ini mungkin membentangkan tarikan utama bagi pelancong bandar, yang
merupakan “pasaran baharu” bagi melawat kawasan bandar Kuala Kangsar. Kewujudan atribut
tempat seperti rumah Melayu Perak dengan seni bina cemerlang dan penuh dengan nilai sejarah dan
rumah desa yang mewakili seni bina serantau boleh disepadukan sebagai antara daya tarikan baharu
bagi Kuala Kangsar. Evolusi unit penginapan pelancong berasaskan nilai-nilai tradisional Melayu
Perak yang dilakukan berperingkat boleh dijadikan sebagai petunjuk pembangunan pelancongan luar
bandar di Kuala Kangsar. Kuala Kangsar mempunyai suatu set sumber asli dan budaya yang
signikan, termasuk kawasan luar bandar yang besar dengan pemandangan alam yang indah,
apabila persekitaran, warisan budaya dan amalan tradisional masih dikekalkan. Walau
bagaimanapun, Kuala Kangsar berkongsi beberapa masalah kawasan luar bandar yang lain, seperti
akses terpencil dan sukar di sesetengah tempat, pengurangan penduduk di beberapa kawasan,
sumber semula jadi dan landskap yang mudah terjejas, kesukaran untuk memastikan pemeliharaan
amalan tradisional bagi generasi akan datang. Walau bagaimanapun, Kuala Kangsar mampu menarik
kapasiti pelancong yang ramai tidak kira pelancong tempatan atau antarabangsa. Justeru, ia
memerlukan usaha mengenal pasti jenis pasaran yang berkemungkinan berpotensi
diimplementasikan dalam corak pembangunan destinasi pelancongan yang lestari.Pemasaran
tempat boleh membantu dalam menguruskan aliran pelancong dan memahami tingkah laku
pelancong di sesuatu lokasi pelancongan yang terlibat. Di samping itu, sesuatu lokasi pelancongan
dapat menyesuaikan diri dengan kelebihan destinasi pelancongan lain dan memahami pasaran
pelancong serta pendekatan pemasaran destinasi yang diguna pakai. Hakikatnya, adalah penting
bagi sesebuah destinasi pelancongan mengetahui dan memahami segmen pasaran pelancong dan
mampu menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu jika bercita-cita untuk mencapai kepuasan yang
diingini oleh pelancong. Walau bagaimanapun, sesebuah destinasi pelancongan tidak boleh
menyesuaikan diri dengan kesemua jenis pelancong dan pemilihan sasaran pasaran perlu dilakukan
dengan lebih berhati-hati. “Pengurusan permintaan” dicadangkan sebagai potensi sumbangan
daripada pemasaran untuk meningkatkan pembangunan pelancongan yang lestari.Kepentingan
peranan pengguna dan keupayaan tempat didapati mempengaruhi pembuat dasar pembangunan
kerana ia mewujudkan dilema sama ada untuk menukarkan polisi pembangunan berteraskan tempat
atau berteraskan pengguna tempat. Kebiasaanya, lokasi pelancongan memerlukan penawaran
produk yang dapat memenuhi kepelbagaian kehendak pelancong dan ini ada kaitan dengan
keupayaan tempat pelancongan masing-masing. Masalahnya, banyak kawasan pelancongan semasa
terutama pelancongan berasaskan sejarah dan warisan masih berterusan menyediakan aktiviti
pelancongan berbentuk pentasan dan menggunapakai atau “meniru” aktiviti-aktiviti yang didapati
berjaya menarik pelancong ditempat lain ketempat mereka dengan harapan ianya juga dapat
menarik ramai pelancong. Pembangunan yang diterapkan ini tidak merujuk terlebih dahulu kepada
faktor keupayaan dan keunikan tempat masing-masing langsung menyebabkan masalah seperti
kemusnahan alam, kesesakan,

Jurnal Perspektif Jil. 5 Bil. 3 (68-79)ISSN 1985 - 496X78pencemaran dan ketidakselesaan pengunjung
yang berterusan lantas memberi imej negatif terhadap lokasi pelancongan tersebut. Strategi
pemasaran tempat pelancongan dilihat sebagai pendekatan penjenamaan semula kawasan
pelancongan berasaskan kepada “tunjang” atau kekuatan utama lokasi pelancongan. Bagi tujuan
membangunkan semula kawasan pelancongan, terdapat pelbagai rancangan untuk memberikan
penjenamaan semula produk pelancongan yang memperlihatkan dimensi baharu yang lebih
komprehensif selari dengan trend industri pelancongan dunia. Sebagai contoh, antara destinasi
pelancongan yang diberikan penjenamaan semula ialah Pulau Langkawi sebagai “Natural Langkawi”
atau “Langkawi Serba Asli” yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia melalui Pelan Induk
Pelancongan Langkawi 2011-2015. Pelan ini bertujuan menjadikan Langkawi sebagai antara 10 buah
pulau dan destinasi ekopelancongan terbaik di dunia menjelang 2015. Strategi yang sama mungkin
boleh diaplikasikan di Bandar Diraja Kuala Kangsar dengan cara membuat penjenamaan semula
bandar Diraja Kuala Kangsar dengan cara meningkatkan keupayaan produk berasaskan sejarah dan
warisan diraja yang dijangka boleh merancakkan lagi industri pelancongan di Kuala Kangsar
sterusnya mengukuhkan kedudukan sektor ini sebagai setor ekonomi utama di peringkat daerah dan
negeri. Penjenamaan bandar boleh memberi impak positif dalam pembangunan industri
pelancongan dan memberi limpahan kebaikan terhadap sosio-ekonomi komuniti. Menurut Lau dan
Leong (2004), dalam usaha menjenamakan tempat (place branding), bandar tersebut perlu
mempunyai kriteria yang tersendiri sama ada melalui logo atau simbol yang kreatif bertujuan
menjadikannya lebih istimewa dan unik serta berupaya menarik pelancong. Sebagai contoh Kota
London terkenal disebabkan London Bridge, Paris kerana terdapat menara Ef el Tower, National
Historic Park of Palengue Mexico (kota lama peradaban maya), Santorini Greece (pulau yang
terbentuk daripada letusan gunung berapi) merupakan antara contoh destinasi pelancongan yang
mampu menarik pelancong bagi menikmati produk pelancongan beraneka konsep berdasarkan
pengamatan terhadap pengalaman, pemerhatian dan perasaan yang dilalui sendiri oleh pelancong.
Namun, pendekatan ini harus disokong oleh penglibatan masyarakat bagi membentuk transformasi
baharu dalam pembangunan sesebuah tempat pelancongan. KesimpulanIndustri pelancongan hari
ini bukan sahaja memberi sumbangan terhadap ekonomi negara malahan turut bermanfaat
terhadap perkembangan dalam kesejahteraan komuniti setempat. Hal ini turut berlaku terhadap
industri pelancongan di Malaysia yang berkembang dengan pesat dan memberi limphan manfaat
kepada komuniti melalui pelbagai amalan dan pendekatan yang dilaksanakan dengan mengambil
kira aspek pembangunan pelancongan mapan. Ini kerana, sesebuah destinasi pelancongan yang
dapat menarik dan memuaskan sasaran pasaran yang jelas lebih cenderung untuk berjaya dalam
memenuhi pasaran tersebut dan membangunkan produk yang sewajarnya berbanding dengan
sekiranya destinasi pelancongan yang cuba untuk memuaskan hati semua jenis pelancong dengan
pelbagai jenis tawaran. Kajian berterusan berkaitan dengan trend pasaran dan evolusi dalam sesuatu
sektor pelancongan perlu tepat pada masa agar daya saing kawasan pelancongan dapat dikekalkan.
Oleh itu, sesuatu

79Jurnal Perspektif Jil. 5 Bil. 3 (68-79)ISSN 1985 - 496Xlokasi pelancongan perlu mengambil langkah
“pengurusan permintaan” berdasarkan pemilihan pasaran sasaran yang teliti dengan mengambil kira
daya tarikan setiap segmen dan destinasi yang bersesuaian (destination- t). RujukanAshworth, G.
(1990). Marketing tourism places. London: Routledge.Buhalis, D. (2000). Marketing the competitive
destination of the future. Tourism Management, 21(2), 97-116.Bryan, D. (2000). Globalization and
competitiveness. Ecodate, 14(1), 5-7.Fatimah Hassan. (2009). Pemasaran tempat: Pendekatan
pembangunan wilayah. Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia.Fullerton, L., Mcgettigan, K. &
Stephens, S. (2010). Integrating management and marketing strategies at heritage sites.
International Journal of Culture, Tourism and Hospitality Research, 4(2), 108-117.Kastenholdz, E.
(2004). ‘Management of Demand’ as a tool in sustainable tourist destination development. Journal
of Sustainable Tourism, 12(5), 388-408.Kotler, P. (1986). Principles of marketing. Englewood Cliffs,
NJ: Prentice Hall.Krippendorf, J. (1986). The new tourist – turning point for leisure and travel.
Tourism Management, 7(2), 131-135.McCarthy, E. J. (1984). Reading and cases in basic marketing.
New York: Prentice Hall International.Metaxas. T. (2009). Place marketing, strategic planning and
competitiveness: The case of Malta. European Planning Studies, 17(9), 1357-1378.Steenkamp, J. B. E.
M., & Hofstede, F. (2002). International market segmentation: Issues and perspectives. International
Journal of Research in Marketing, 19(3), 185-213.

Citations0References11

Place Marketing, Strategic Planning and Competitiveness: The Case of Malta

[Show abstract]

Full-text · Article · Sep 2009

Theodore MetaxasTheodore Metaxas

Read full-text

The new tourist — turning point for leisure and travel

[Show abstract]

Article · Jun 1986

Jost KrippendorfJost Krippendorf

Read

Integrating management and marketing strategies at heritage sites

[Show abstract]

Article · Jun 2010

Leanne FullertonLeanne FullertonKathleen McGettiganKathleen McGettiganSimon StephensSimon


Stephens

Read

Show more

Recommended publications

Discover more publications, questions and projects in Place Marketing

Article
Justice Oriented Recovery Strategies And Customer Retention In The Retail Banking Industry In
Malays...

February 2017

Nek KamalYeop Yunus

Read more

Article

The need and significance of traditional shop lot pavements in the context of town conservation in
M...

February 2017

Fauziah Che Leh

Read more

Article

Keberkesanan kurikulum pendidikan sains sosial di Malaysia: Kajian perspektif guru siswazah dan
peng...

February 2017

Hanifah MahatZainudin OthmanYazid Saleh+11 more authors…Kemanusiaan

Read more

Article

Homestay tourism and pro-poor tourism strategy in banghuris selangor,Malaysia

February 2017

Fauziah Che Leh

Read more

Discover more

Data provided are for informational purposes only. Although carefully collected, accuracy cannot be
guaranteed. Publisher conditions are provided by RoMEO. Differing provisions from the publisher's
actual policy or licence agreement may be applicable.

This publication is from a journal that may support self archiving.Learn more

Last Updated: 25 Nov 16

© 2008-2017 researchgate.net. All rights reserved.About us · Help Center · Careers · Developers ·


News · Contact us · Privacy · Terms · Copyright | Advertising · Recruiting
Search for publications, researchers, or questions

or

Discover by subject area

Join for free

Log in

Anda mungkin juga menyukai